Pages

Powered By Blogger

Saturday, March 23, 2013

MALAM PENGANTIN  PASTI SANGAT  NIKMAT APABILA MENGIKUT SYARI'AT
Malam pengantin bagi pasangan suami isteri hendaklah penuh dengan suasana kelembutan, kasih sayang dan kesenangan. Malam yang menghubungkan suami dengan isterinya dengan tali kasih sayang dan cinta serta menjadikan isterinya merasa tenang dan pasrah.

Berikut adalah beberapa adab yang diajar oleh ajaran Islam untuk membentuk kehidupan baru, semoga bermanfaat :


1.Kebenaran niat

Pasangan hendaklah meluruskan niat untuk menjadi suami isteri yang soleh dan solehah dan bernikah adalah untuk menjaga kehormatan, berdasarkan sabda Rasulullah saw, ” Tiga orang yang memiliki hak atas Allah menolong mereka : seorang yang berjihad dijalan Allah, seorang budak (berada didalam perjanjian antara dirinya dengan tuannya) yang menginginkan penunaian dan seorang menikah yang ingin menjaga kehormatannya. ” (HR. Ahmad, Tirmidzi, Ibnu Majah dan Hakim dari hadits Abu Hurairoh)


2.Berhias dan mempercantik diri.

Hendaklah si isteri mempercantikkan dirinya dengan cara-cara yang yang dibolehkan oleh Allah SWT. Pada dasarnya hal ini dibolehkan kecuali apa-apa yang diharamkan oleh Allah  seperti mencabut alis dan bulu diantara keduanya atau mencukurnya, menyambung rambut dengan rambut lain, mentatu atau mengikir gigi agar lebih cantik. Diharamkan mengenakan pakaian dari bahan kain yang diharamkan baik pada malam pengantin maupun di luar malam itu. Diperbolehkan baginya menghiasi dirinya dengan emas dan perak sebagaimana biasa dipakai oleh kaum wanita.

Begitu juga dengan si suami hendaklah berhias diri untuk isterinya kerana perkara ini adalah termasuk dalam bab "menggaulinya dengan cara yang baik". Firman Allah SWT : 
“ Akan tetapi para suami, mempunyai satu tingkatan kelebihan daripada isterinya. ” (QS. Al Baqoroh : 228)  
Namun demikian, menghias diri ini juga hendaklah di dalam batas-batas yang dibenarkan. Tidak dibolehkan memakai cincin emas. Tidak dibolehkan mencukur janggut, melabuhkan pakaian hingga ke tanah, memakai sutera kecuali apa yang dikecualikan oleh syariat.


3.Lemah lembut terhadap isterinya saat menggaulinya

Diriwayatkan oleh Ahmad didalam al Musnad dari Asma binti Yazid bin as Sakan berkata, ” Aku pernah menghiasi Aisyah untuk Rasulullah SAW lalu aku mendatangi beliau SAW dan mengajaknya untuk melihat kecantikan Aisyah. Beliau SAW pun mendatanginya dengan membawa segelas susu lalu beliau meminumnya dan memberikannya kepada Aisyah maka Aisyah pun menundukkan kepalanya kerana malu. Maka aku menegurnya.  Dan aku katakan kepadanya, ” Ambillah (minuman itu) dari tangan Nabi SAW ".  Maka Aisyah pun mengambilnya lalu meminumnya sedikit. ”


4.Mendoakan isterinya.

Hendaklah suami meletakkan tangannya di kening isterinya dan mengatakan seperti yang disabdakan Rasulullah saw, ” Apabila seorang dari kalian menikah dengan seorang wanita atau membeli seorang jariah maka hendaklah memegang keningnya lalu menyebut nama Allah Azza wa Jalla dan berdoa memohon keberkatan dengan mengatakan : Allahumma Innii Asaluka Min Khoiriha wa Khoiri Ma Jabaltaha 'Alaihi. Wa A'uzu bika Min Syarri wa Syarri Ma Jabaltaha 'Alaih — Wahai Allah sesungguhnya aku memohon kepada-Mu kebaikannya dan kebaikan dari apa yang Engkau berikan kepadanya serta Aku berlindung kepada-Mu daripada keburukannya dan keburukan yang Engkau berikan kepadanya.. ”

5.Melaksanakan solat dua rakaat

Diriwayatkan Ibnu Syaibah dari Ibnu Masud, dia mengatakan kepada Abi Huraiz,”Perintahkan dia untuk solat dua rakaat di belakang (suaminya) dan berdoa, ” Allahumma Barik Lii fii Ahlii wa Barik Lahum fii. Allahummajma’ Bainanaa Ma Jama’ta bi Khoirin wa Farriq Bainana iza Farroqta bi Khoirin—Wahai Allah berkahilah aku didalam keluargaku dan berkatilah mereka didalam diriku. Wahai Allah satukanlah kami dengan kebaikan dan pisahkanlah kami jika Engkau menghendaki (kami) berpisah dengan kebaikan juga. ”


6.Apa yang dikatakan ketika melakukan jima’ atau saat menggauli isterinya.

Diriwayatkan dari Ibnu Abbas bahwa Nabi saw bersabda, ” Apabila seorang dari kalian mendatangi isterinya maka hendaklah dia berdoa,”Allahumma Jannibna asy Syaithon wa Jannib asy Syaithon Ma Rozaqtana - Wahai Allah jauhilah kami dari setan dan jauhilah setan dari apa-apa yang Engkau rezekikan kepada kami - sesungguhnya Allah Maha Mampu memberikan buat mereka berdua seorang anak yang tidak boleh dicelakai setan selamanya. ”

7.Diharamkan baginya menyiarkan hal-hal yang rahsia di antara suami isteri

Diriwayatkan oleh Ahmad dari Asma binti Yazid yang saat itu duduk dekat Rasulullah saw bersama dengan kaum laki-laki dan wanita lalu beliau saw bersabda, ” Boleh jadi seorang laki-laki menceritakan apa yang dilakukannya dengan isterinya dan boleh jadi seorang istri menceritakan apa yang dilakukannya dengan suaminya.” Maka mereka pun terdiam. Lalu aku bertanya, ” Demi Allah wahai Rasulullah sesungguhnya kaum wanita melakukan hal itu begitu juga dengan kaum laki-laki mereka pun melakukannya.” Beliau SAW bersabda,”Janganlah kalian melakukannya. Sesungguhnya hal itu bagaikan setan laki-laki berhubungan dengan setan perempuan di jalan lalu (setan laki-laki) menutupi (setan perempuan) sementara orang-orang menyaksikannya. 


8.Berwudhu diantara dua jima’ meskipun mandi adalah lebih utama

Apabila seorang suami menggauli isterinya lalu dia ingin kembali mengulanginya maka yang paling utama baginya adalah berwudhu' sehingga dapat mengembalikan tenaganya, sebagaimana yang diriwayatkan oleh Muslim dari Abi Said al Khudriy berkata, ” Rasulullah saw bersabda,’Apabila seorang dari kalian menggauli isterinya kemudian dia ingin mengulanginya lagi maka berwudhulah di antara kedua (jima) itu. ”

Didalam sebuah riwayat, ” Seperti wudhu hendak solat. ” (HR. Muslim) Abu Naim menambahkan,” Sesungguhnya hal itu akan mengembalikan tenaganya.”

Namun mandi adalah lebih utama, sebagaimana diriwayatkan oleh Abu Daud dari Rafi’ bahwa Nabi SAW mengelilingi para isterinya dan mandi ketika (hendak menggauli) isteri yang ini dan juga dengan yang isteri ini. Dia berkata, ” Aku bertanya kepadanya,’Wahai Rasulullah apakah tidak cukup hanya dengan sekali mandi?’ beliau SAW menjawab,”Ini lebih suci. Lebih wangi dan lebih bersih. ”

Sebaik-baiknya bagi orang yang ingin tidur dalam keadaan junub hendaknya berwudhu' (seperti wudhu untuk solat) terlebih dahulu, sebagaimana diriwayatkan oleh Bukhori dan Muslim dari Ibnu Umar bahwa Umar berkata,” Wahai Rasulullah apakah seorang dari kami tidur sementara dia dalam keadaan junub?’ beliau SAW menjawab,”Ya, hendaklah dia berwudhu.” Di dalam sebuah riwayat,” Berwudhu dan cucilah kemaluanmu lalu tidurlah. ”

Wudhu ini merupakan sebuah anjuran dan bukan sebuah kewajiban, sebagaimana diriwayatkan oleh Umar ketika bertanya kepada Rasul SAW, ” Apakah seorang dari kami tidur sementara dirinya junub?” beliau SAW menjawab,”Ya dan hendaklah dirinya berwudhu jika mau. ”. Diriwayatkan oleh Ashabus Sunan dari Aisyah berkata, ” Rasulullah SAW pernah tidur dalam keadaan junub tanpa menyentuh air hingga dia terbangun setelah itu dan mandi. ”

Dibolehkan pula untuk bertayammum, sebagaimana diriwayatkan oleh Baihaqi dari Aisyah berkata, ” Rasulullah saw jika dirinya junub dan hendak tidur maka dia berwudhu atau bertayammum. ”


9.Mandi berduaan

Dibolehkan bagi suami isteri untuk mandi secara bersama-sama dalam satu wadah, sebagaimana diriwayatkan oleh Bukhori dan Muslim dari Aisyah berkata,” Aku mandi bersama Rasulullah SAW dari satu wadah antara diriku dengan dirinya. Tangan kami saling bergantian berebutan sehingga aku mengatakan, ” tinggalkan (sedikit air) buatku, tinggalkan buatku.” Dia berkata, ” Mereka berdua dalam keadaan junub. ”

Dari hadith diatas maka diperbolehkan keduanya telanjang dan saling melihat aurat satu dengan yang lainnya.
Didalam hadith yang diriwayatkan oleh Abu Daud dan Ibnu Majah dari Muawiyah bin Haidah berkata,” Aku berkata,’Wahai Rasulullah. Apa yang dibolehkan dan dilarang dari aurat kami?’ beliau menjawab,”Jagalah auratmu kecuali terhadap istri atau budakmu. ” Maka dibolehkan bagi salah seorang dari pasangan suami isteri untuk melihat seluruh badan pasangannya dan menyentuhnya hingga kemaluannya berdasarkan hadith ini, kerana kemaluan adalah tempat kenikmatan maka dibolehkan melihat dan menyentuhnya seperti bahagian tubuh lainnya.


10.Bersenda gurau dengan isteri

Dibolehkan bersenda gurau dan bermain-main dengan isterinya di tempat tidur, sebagaimana sabda Nabi SAW : ”Mengapa bukan dengan gadis maka engkau boleh bermain-main dengannya dan dia boleh bermain-main denganmu. ” (HR. Bukhori dan Muslim) dan didalam riwayat Muslim,”Engkau akan bahagia dengannya dan dia pula akan bahagia denganmu.”

Diantara senda gurau dan mempergaulinya dengan baik adalah ciuman suami walaupun bukan untuk jima’. Rasulullah SAW mencium dan menyentuh isteri-isterinya meskipun mereka dalam keadaan haidh atau beliau mencium dan menyentuhnya meski beliau sedang dalam keadaan puasa.

Sebagaimana terdapat didalam ash Shahihain dan lainnya dari Aisyah dan Maimunah bahkan juga diriwayatkan oleh Ahmad dan Abu Daud dari Aisyah berkata, ” Nabi SAW mencium sebahagian isteri-isterinya kemudian beliau keluar menuju solat dan tidak berwudhu lagi. ” Ini sebagai dalil bahwa mencium istri tidaklah membatalkan wudhu.


11.Dibolehkan ‘Azal

Dibolehkan bagi seorang suami untuk melakukan ‘azal iaitu mengeluarkan air maninya di luar faraj isterinya, sebagaimana diriwayatkan oleh Bukhori dan Muslim dari Jabir bin Abdullah berkata, ” Kami melakukan ‘azal sementara al Qur’an masih turun.” Di dalam sebuah riwayat, ” Kami melakukan ‘azal pada masa Rasulullah saw dan hal ini sampai kepada Nabi saw dan beliau saw tidaklah melarangnya. ”

Meskipun demikian yang paling utama adalah meninggalkan ‘azl kerana hal itu dapat mengurangi kenikmatan baginya dan bagi isterinya dan kerana hal itu juga dapat menghilangkan tujuan dari pernikahan iaitu memperbanyakkan keturunan umat ini, berdasarkan sabda Rasulullah SAW, ” Nikahilah oleh kalian (wanita-wanita) yang dapat mendatangkan anak lagi mendatangkan kasih sayang. Sesungguhnya aku akan membanggakan banyaknya (jumlah) kalian di hadapan semua umat pada hari kiamat. ”

Akan tetapi tidak diperbolehkan bagi seorang muslim melakukan ‘azal selamanya kerana dapat membatasi dan mencegah keturunan…..

12.Mengunjungi kerabat pada pagi harinya

Dianjurkan bagi pasangan supaya pergi mengunjungi kaum kerabat dan saudara maranya yang telah memenuhi undangannya..
Berdasarkan hadith Anas berkata, ” Rasulullah SAW mengadakan pesta saat menikah dengan Zainab. Kaum muslimin dikenyangkan dengan roti dan daging. Kemudian Nabi SAW keluar menemui para Ummul Mukminin (isteri-isterinya beliau SAW) dan mengucapkan salam kepada mereka, mendoakan mereka dan mereka pun menyambut salamnya dan mendoakannya, beliau lakukan itu pada pagi hari iaitu setelah malam pengantinnya.”

Friday, March 22, 2013


AGAMA ITU NASIHAT

(اوله :  خــالــد الســـلابـقــــى)



Hadis Nabi SAW yang diriwayatkan oleh Abu Ruqayyah Tamim bin Aus al-Dariy r.a. bahawasanya Nabi SAW telah bersabda:

اَلدِّيْنُ النَّصِيْحَةُ. قُلْنَا: لِــمَنْ ؟ قَلَ: لِلّهِ، وَلِكِتَابِهِ، وَلِرَسُـوْلِهِ، وَلِأَئِمَّةِ الْمُسْــلِمِيْنَ وَعَامَّتِــهِمْ.


Bermaksud: “ Agama itu nasihat. Kami bertanya: “untuk siapa ?” Baginda menjawab: “untuk Allah, Kitab-Nya, Rasul-Nya, para pemimpin kaum muslimin, dan bagi manusia umumnya “.

"Nasihat" bererti;  “ tunjuk ajar yang baik ".

" Agama itu Nasihat " bermaksud : “ Nasihat itu merupakan suatu uslub yang penting dalam Agama".
Ini diqias dari penafsiran maksud hadis Nabi SAW: “Haji adalah Arafah” yang bermaksud: " Tiada Wukuf, tiada Haji ". Ini ialah kerana Wukuf di Arafah itu adalah rukun Ibadat Haji.

Tiada perkataan lain yang sama makna dengan "nasihat" dalam bahasa Arab.

Jadi kesimpulannya ialah;"Agama itu Nasihat" bukan bermaksud: Agama itu adalah " tunjuk ajar yang baik ", tetapi "tunjuk ajar yang baik " itu adalah merupakan suatu uslub atau tunggak yang penting dalam agama. 

Menurut Imam Nawawi, nasihat itu wajib sekadar yang mampu dan berupaya, dengan syarat seorang itu mengetahui bahawa nasihatnya akan diterima, akan dipatuhi dan dirinya tidak akan terancam.

Al-Khathabi dan ulama-ulama hadis yang lain memberi penafsiran-penafsiran yang jika diringkaskan adalah seperti berikut:

1.UNTUK ALLAH
ialah nasihat yang mengajak kepada;
  • ·         Beriman kepada Allah.
  • ·         Tidak mensyirikkan Allah.
  • ·         Tidak mengingkari perintah-Nya.
  • ·         Meagungkan Allah dengan sifat-sifat kesempurnaan-Nya.
  • ·         Menyucikan-Nya daripada sifat kekurangan dan kelemahan.
  • ·         Mentaati-Nya.
  • ·         Menjauhkan diri dari melakukan dosa.
  • ·         Mencintai atau membenci sesuatu kerana Allah.
  • ·         Berjihad melawan musuh Allah.
  • ·         Mengakui dan mensyukuri nikmat-nikmat pemberian-Nya.
  • ·         Ikhlas dalam setiap amal.
  • ·         Berbuat kebaikan.
  • ·         Bersikap lemah lembut sesama makhluk kerana Allah.

2.UNTUK KITAB-NYA
ialah nasihat yang mengajak kepda;
  • ·         Beriman kepada kitab-Nya.
  • ·         Beramal mengikut panduan kitab-Nya.
  • ·         Memulia dan menghormati kandungan kitab-Nya.
  • ·         Meyakini bahawa isi kandungan kitab-Nya adalah relevan bagi semua zaman dan  manusia.
  • ·         Membaca ayat-ayatnya dengan cara yang betul.
  • ·         Memahami maksud ayat-ayatnya.
  • ·         Melaksanakan segala perintah dan tegahan yang terkandung di dalam kitab-Nya.
  • ·         Mempelajari ilmu pengetahuan tentang kitab-Nya dan rahsia-rahsia yang tersembunyi didalamnya.
  • ·         Berubah dari jahil dan ragu-ragu kepada kebenaran dan yakin dengan limpah kurnia Rahmat Allah yang menurunkan segala kitab-Nya.

3.UNTUK RASUL-NYA
ialah nasihat yang mengajak kepada;
  • ·         Membenarkan kerasulannya.
  • ·         Mempercayai ajaran yang dibawanya.
  • ·         Mematuhi suruhan dan meninggalkan larangannya.
  • ·         Membela agamanya.
  • ·         Memusuhi siapa saja yang memusuhinya.
  • ·         Mencintainya dan mencintai siapa saja yang mencintainya.
  • ·         Menghidupkan perjalanan dan sunah-sunahnya.

4.UNTUK PARA PEMIMPIN KAUM MUSLIMIN
ialah nasihat yang mengajak kepada;
  • ·         Menolong dan menyokong mereka dalam perkara benar dan adil.
  • ·         Mematuhi mereka dalam urusan kebaikan.
  • ·         Menegur mereka secara tatatertib dan beradab sopan.
  • ·         Mengingatkan mereka apabila mereka lalai.
  • ·         Melarang orang ramai dari menghasut,berpecah belah dan menentangnya    

5.UNTUK MANUSIA UMUM
ialah nasihat yang mengajak kepada;
  • ·         Memimpin mereka ke jalan yang benar.
  • ·         Mengawal mereka daripada terjerumus ke jalan yang salah.
  • ·         Mengajar mereka tentang Islam.
  • ·         Saling tolong menolong diantara mereka dalam perkara kebaikan dan taqwa.
  • ·         Saling hormt menghormati.
  • ·         Saling cinta mencintai.
  • ·         Bersama-sama menjaga maslahah hidup dengan menjauhi fitnah dan permusuhan.
  • ·         Memahamkan mereka pentingnya setiap orang memainkan peranan dalam masyarakat agar perpaduan ummah dapat ujud utuh setiap masa.
Wallahu a'alam bis-sawab. (Mohon pembetulan sekiranya ada yang salah) 

Wednesday, May 2, 2012


WAKTU-WAKTU YANG KITA DILARANG SOLAT

HADITH SAHIH MUSLIM MENGENAI:
RASULULLAH S.A.W. MELARANG KITA MENGERJAKAN SOLAT  SESUDAH SOLAT ‘ASAR & SUBUH DAN KETIKA MATAHARI SEDANG MENYINGSING & TERBENAM.

عَنْ أَبىِ هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ نَهَى عَنِ الصَّلاَةِ بَعْدَ الْعَصْرِحَتَى تَغْرُبَ  الشَّمْسُ وَعَنِ الصَّلاَةِ بَعْدَ الصُّبْحِ حَتَّى تّطْلُعَ الشَّمْسُ .  
Yang bermaksud: “ Dari Abi Hurairah r.a. katanya: “ Bahawasanya Rasulullah s.a.w. melarang mengerjakan solat sesudah ‘Asar sehingga telah terbenam matahari dan sesudah Subuh sehingga telah naik matahari.


عَنِ ابْنِ عُمَرَ أَنَّ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لاَيَتَحَرَّى أَحَدُكُمْ فَيُصَلِّ عِنْدَ طُلُوعِ الشَّمْسِ وَلاَ عِنْدَ غُرُوْبِهَا .
Yang bermaksud: “ Dari Ibni ‘Umar r.a. katanya: “ Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. telah bersabda: Jangan seseorang kamu mengintai-intai (waktu) untuk mengerjakan solat ketika matahari sedang terbit dan ketika sedang terbenamnya ” .

عَنْ عُقْبَةَ  بْنِ عَامِرٍ الْجُهَنِّيِّ يَقُوْلُ ثَلاَثُ سَاعَاتٍ كَانَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ نُصَلِّى فِيْهِنَّ أَوْ أَنْ نَقْبُرَ فِيْهِنَّ مَوْتَانَا حِيْنَ تَطْلُعُ اَلشّمْسِ بَازِغَةً حَتَّى تَرْتَفِعَ وَحِيْنَ يَقُوْمُ قَائِمُ الظَّهِيْرَةِ حَتَّى تَمِيْلَ الشَّمْسُ وَحِيْنَ تَضَيَّفُ الشَّمْسُ لِلْغُرُوْبِ حَتَّى تَغْرُبَ .
Yang bermaksud: “ Dari ‘Uqabah bin ‘Amir Al-Juhanni r.a. telah berkata ia:: “  Tiga waktu, Rasulullah s.a.w. telah melarang kami mengerjakan solat didalamnya atau menguburkan mayat, iaitu; ketika matahari sedang terbit hingga agak meninggi, ketika matahari sedang tepat dipertengahan langit hingga ia condong dan ketika matahari sedang hampir terbenam hingga ia terbenam habis” .
  
Allah berfirman:“Sesungguhnya solat itu adalah suatu ketetapan yang diwajibkan atas orang-orang yang beriman (mengikut) waktu-waktu yang telah ditentukan ” . 
(An-Nisaa’ : 103)

Ada waktu yang wajib, ada waktu yang sunat dan ada waktu yang makruh dan dilarang kita mengerjakan solat.

WAKTU-WAKTU YANG DILARANG MENGERJAKAN SOLAT  IALAH:

1.Selepas solat Subuh sehingga matahari terbit.
2.Ketika matahari sedang menyingsing naik sehingga   
   matahari itu terbit sepenuhnya (lebihkurang 28 minit).
3.Ketika matahari berada tegak tepat diatas kepala sehingga   
   matahari condong ke ghurub (barat).
4.Ketika matahari berwarna kuning sehingga ia terbenam.
5.Sesudah solat asar sehingga matahari terbenam.

Pengecualian:

Kecuali solat-solat yang bersebab, iaitu 

1. Solat gerhana matahari. 

2. Mengqadha’ solat. 

3. Solat Janazah.  

4. Solat-solat yang dikerjakan ketika menghadiri solat Juma’at. 

5. Solat yang dilakukan di Masjidil Haram.

 

ULASAN
Ramai orang keliru tentang larangan solat selepas solat Subuh dan ketika waktu Isyrak. Ramai pula yang kurang memahami apa yang dimaksudkan dengan ISYRAK dan istilah TATLU’-ASY-SYAMS atau TULUU-‘ISY-SYAMS (matahari sedang terbit).

ISYRAK atau SYURUK ialah keadaan ketika matahari sedang terbit di ufuk timur selepas habis waktu Subuh. Mengikut kiraan falak, matahari mengambil masa kira-kira 28 minit untuk menyingsingkan seluruh badannya dan terbit meninggi di ufuk timur

Kebanyakan masjid  mempunyai alat paparan Jadual Waktu Solat elektronik yang canggih yang boleh mengeluarkan nada isyarat masuk waktu solat setiap waktu, termasuklah waktu  IMSAK dan ISYRAK.

Untuk makluman muslimin muslimat, isyarat itu sebenarnya terbahagi kepada dua: 
Pertama; isyarat SURUH, & Kedua; isyarat LARANG.

Apabila isyarat waktu solat berbunyi, bererti kita diSURUH azan dan solat.

Tetapi apabila isyarat IMSAK berbunyi bererti kita diLARANG makan jika kita akan berpuasa pada hari itu. Begitu juga apabila isyarat ISYRAK berbunyi, itu  bererti kita diLARANG mengerjakan SOLAT kerana matahari sedang menyingsing naik yang mengambil masa kira-kira 28 minit baru terbit sepenuhnya dari ufuk timur.

Hadith Sahih Bukhari Jilid 1 , bil.330:
Ibnu  Umar r.a.mengatakan bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda;  “Jangan kamu solat ketika matahari sedang terbit dan jangan kamu solat ketika matahari sedang terbenam “.

Disebabkan kekeliruan ini, apabila masuk waktu ISYRAK, terdapat orang yang bangun mendirikan sunat ISYRAK. Sedangkan ketika itu adalah saat yang ditegah. Oleh itu harus difahami bahawa tiada solat sunat ISYRAK melainkan setelah masuk waktu DHUHA. Disegi istilah, bila dikatakan solat sunat ISYRAK, itu adalah merujuk kepada sunat DHUHA jua, sebagaimana solat Fajar itu adalah merujuk kepada solat Subuh jua.

Walaupun kita ditegah mendirikan solat pada waktu tersebut, namun kita sangat digalakkan melakukan ibadat-ibadat yang lain seperti membaca Al-Quran, bertasbih, bertahmid, berzikir, beristighfar, beri’tikaf di dalam masjid, muhasabah diri dan lain-lain yang sangat besar fadhilatnya,  Wallahu a’alam bissawab. 

Saturday, April 14, 2012

[Muzakarah Ulama] Syiah: Kesannya Terhadap Masa Depan Islam Serantau



ABDULLAH BIN SABA’ (Yahudi penaja fahaman Syiah)
Abdullah bin Saba' (atau Ibnu Saba') adalah seorang pendita Yahudi dari Yaman yang telah menyusup masuk dikalangan orang-orang Islam bersama-sama beberapa orang yang lain pada zaman Khalifah Sayyidina Othman r.a. Beliau memeluk Islam dan datang ke Madinah dengan harapan diberi jawatan. Apabila hasratnya tidak dilayan, dia tidak berpuashati, lalu merancang makar stratergi jahat untuk menghancurkan Islam dan Umat Islam dari dalam.    
     Mula-mula beliau menghasut orang-orang diluar Madinah yang pro-Syyidina Ali kwjh. agar bangun bersatu menentang kepimpinan Khalifah Sayyidina Othman r.a. yang dikatakan tidak layak menjadi Khalifah. Beliau telah mencipta banyak hadis-hadis palsu tentang keunggulan Sayyidina Ali kwjh. dan hadis-hadis yang memburuk-burukkan Sayyidina Abu Bakar r.a., Sayyidina Umar r.a. dan Sayyidina Othman r.a. yang dikatakan telah merampas kehilafahan selepas kewafatan Rasulullah SAW yang sepatutnya disandang oleh Sayyidin Ali kwjh.  Dakyah beliau telah berjaya mencetuskan penubuhan gerakan “Syiah” yang mengagung-agungkan Sayyidina Ali kwjh. sehingga ketaraf melebihi Nabi dan mengkafirkan para Sahabat Nabi SAW yang lain.
      Kemuncak kepada cetusan gerakan “Syiah” ini ialah, berlakunya peristiwa Khalifah Sayyidina Othman r.a. dibunuh.
     Pada zaman Khalifah Sayyidina Ali kwjh. pula, beliau telah mencetuskan satu  fitnah besar melalui hasutan  “adu-domba” yang sangat licik, sehingga mencetuskan perang saudara diantara orang-orang Sayyidatina Aisyah dengan tentera Khalifah Sayyidina Ali kwjh. pada peristiwa hitam yang dipanggil "Perang Jamal" dan mencetuskan fitnah dan "adu-domba" sehingga mencetuskan perang saudara diantara pengikut Muawiyah dengan tentera Khalifah Sayyidina Ali kwjh. yang dipanggil  "Perang Sifin".   (wallahu a'alam bissawab).
Oleh:  Khalid Assalabaqie
24 Rabiul Akhir 1433 / 16 April 2012.


Sunday, April 8, 2012

HUKUM DAN PERATURAN MENYEMBELIH BINATANG



HUKUM DAN PERATURAN  MENYEMBELIH BINATANG

1.ISTILAH MENYEMBELIH PADA SYARA’

Menyembelih ialah suatu perbuatan yang melukakan bahagian tertentu pada badan binatang bertujuan untuk mengeluarkan darah daripada badan binatang itu supaya ia mati, mengikut peraturan dan syarat-syarat yang tertentu.

2.SYARAT-SYARAT ORANG YANG HENDAK MENYEMBELIH

Disyaratkan orang yang hendak menyembelih itu mestilah
1.     Orang Islam atau
2.     Ahli Kitab daripada Yahudi atau Nasrani yang harus orang Islam berkahwin dengan dia.

3.SYARAT-SYARAT BINATANG YANG HENDAK DISEMBELIH

1.     Binatang yang hendak disembelih itu mestilah;
1.1. Binatang yang masih hidup.
1.2. Binatang yang halal dimakan.
1.3  Binatang yang dikuasai atau dalam kawalan dan mudah disembelih seperti kerbau, lembu, kambing dan sebagainya.
1.4  Binatang liar yang dapat ditangkap hidup-hidup atau yang tak dapat bergerak kerana tercedera anggotanya.
( Nota: Binatang ternakan seperti lembu atau kerbau yang terlepas lari dan menjadi liar hingga sukar untuk di tangkap, serta sukar untuk disembelih, maka harus jika ia diburu dan jika ia terbunuh ketika diburu tidak perlu lagi disembelih sama seperti binatang buruan jua. Tetapi jika dapat ditangkap hidup-hidup dan mudah dikuasai untuk disembelih, maka  disembelih adalah lebih utama).  

4.HUKUM BINATANG BURUAN YANG TIDAK PERLU DISEMBELIH

Binatang liar seperti rusa, kijang, kancil dan sebagainya atau binatang ternakan  yang telah menjadi liar hingga sukar untuk ditangkap dan sukar untuk disembelih, adalah tergolong kepada  “binatang buruan”, tertakluk kepada syarat-syarat berikut :-
1.    Binatang yang diburu hendaklah binatang liar yang halal dimakan.
2.    Binatang yang diternak tetapi telah terlepas lari dan menjadi liar yang sukar untuk ditangkap semula, seperti kerbau atau lembu yang terlepas dan menjadi liar dan sukar untuk disembelih dengan cara biasa, boleh dikira sebagai binatang liar yang boleh diburu.

3.   Binatang yang diburu apabila telah dibunuh dengan cara  memanah, atau merejam dengan lembing, atau menikam dengan senjata yang tajam seperti tombak, pedang, mata pisau, atau alat-alat tajam yng diperbuat daripada batu, buluh, kayu, kaca, besi, tembaga, emas, perak, timah dan logam-logam lain yang tajam, (tidak termasuk sesuatu alat daripada kuku, gigi atau tulang; dan tidak termasuk tembakan daripada peluru senapang, meriam, bom, alat peletup dan sebagainya), adalah dikira seperti telah disembelih. Maka ia tidak perlu disembelih lagi.

4.   Binatang liar atau binatang ternakan yang terjatuh ke dalam lubang atau perigi buta, atau lurah gunung yang sempit, hingga sukar untuk diselamatkan atau disembelih dengan cara biasa, maka bolehlah dilakukan sepertimana memburu.. Setelah ia mati, bolehlah diangkat naik ke atas dan tidak perlu disembelih lagi. Ia adalah halal untuk dimakan dan bermanfaat kerana terhindar daripada menjadi bangkai.


5.SYARAT ALAT MENYEMBELIH

1.   Alat menyembelih mestilah daripada alat yang tajam yang boleh melukakan seperti pisau, parang, golok dan sebagainya. Ta’arif alat-alat yang tajam ialah sesuatu yang tajam (yakni boleh melukakan) yang dibuat daripada daripada kaca, batu, kayu, buluh, besi, timah, emas, perak, dan logam-logam lain, (tetapi tidak termasuk sesuatu daripada  kuku, gigi dan tulang).

6.SYARAT MENYEMBELIH

1.  Menyembelih ialah dengan cara memotong dan memutuskan halqum dan dua urat-urat marih pada leher binatang, kedudukan sembelihan ialah diantara bawah dagu dan pangkal leher binatang itu.

2. Menyembelih itu mestilah memutuskan halqum dan urat-urat mari pada leher binatang kedudukannya diantara bawah dagu dan pangkal leher disebelah atas dada. Bagi binatang yang lehernya panjang tempat sembelihan ialah lebih hampir kepada dagunya.

3.   Senghaja melakukan sembelihan keatas binatang itu.

4.   Binatang yang disembelih itu mati kerana sembelihan itu bukan mati disebabkan yang lain seperti direndam dalam air, disiram air panas, dihempap benda berat, dipukul, dipijak dan sebagainya.


7.SUNAT

1.    Menajamkan pisau.
2.  Bagi binatang yang panjang tengkoknya seperti, unta, angsa, kasuari, burung unta dan sebagainya, sunat memutuskan dua urat tengkok dan apa-apa selebihnya.
3.   Menghadapkan sembelihannya ke qiblat.
4.    Membaca nama Allah  dan Solawat atas Nabi SAW seperti
      بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْمِ  اَللّهُمَّ صَلِّ وَ سَلِّمْ عَلى سَيِّدِنَا مُحَمَّد
      atau yang ringkas;
      بِسْمِ اللهِ  اَللهُ اَكْـبَر، اَللّهُمَّ صَلِّ عَلى سَيِّدِنَا مُحَمَّد  

8.MAKRUH

 Makruh jika yang menyembelih ialah;
1.     Kanak-kanak yang belum mumaiyyiz.
2.     Orang mabuk.
3.     Orang gila.
4.     Makruh menyembelih hingga putus leher binatang (dengan senghaja, kalau tidak senghaja 
        tidak makruh). 

9.ADAB-ADAB KETIKA MENYEMBELIH

1.     Hendaklah berlaku ihsan terhadap binatang yang hendak disembelih. Yakni tidak 
         menganiaya dan berlaku kasar terhadapnya.
2.     Jangan menajamkan pisau dihadapan binatang sembelihan.
3.     Jangan menyembelih dihadapan binatang-binatang lain yang belum disembelih.

10.BEBERAPA MAKLUMAT PENTING YANG PERLU DIKETAHUI TENTANG
      MENYEMBELIH.

  1.     Tidak disyaratkan hanya orang lelakisahaja yang harus menyembelih. Orang perempuan dan kanak-kanak yang Mumayyiz pun diharuskan menyembelih, yakni boleh menyembelih walaupun ada orang lelaki.

2.   Lelaki dewasa yang tiada uzur adalah lebih afdhal daripada perempuan dan kanak-kanak.

3.   Binatang buruan yang mati dipanah atau dilembing ketika diburu dikira sudah disembelih, maka  tidak perlu disembelih lagi.

4.   Binatang yang sukar hendak disembelih cara biasa, tidak kira binatang buruan atau ternakan, contohnya seperti lembu yang terjatuh ke dalam lubang yang sempit harus ia dimatikan dengan cara berburu. Contohnya: dengan cara menikam mana-mana bahagian yang boleh mengalirkan darahnya supaya ia mati. Setelah ia dikeluarkan daripada lubang, ia tidak perlu desembelih lagi kerana ia dikira sudah disembelih.

5.  Binatang yang mati ditembak tidak halal dimakan, sebab peluru senapang tidak termasuk dalam istilah alat tajam untuk menyembelih atau untuk memburu. (Nota: Adapun “peluru tajam yang berbentuk anak panah” yang digunakan dalam senjata “cross bow” adalah dikiaskan sebagai anak panah jua. Maka ia bukanlah peluru senapang).

6.   Bahagian badan binatang yang terputus ketika hidupnya dikira bangkai. Maka ia  haram dimakan.

7.   Hukum keatas beberapa ralat, kesilapan dan perkara-perkara berkaitan dengan binatang sembelihan:-
7.1. Sah sembelihan walaupun terlupa membaca nama Allah (Bismillah…) 
       dan Solawat 
(Allahumma solli ‘ala Muhammad) ketika  menyembelih,
       kerana membaca Basmallah 
dan  Solawat hukumnya sunat, bukan wajib).
7.2. Sah sembelihan walaupun semasa sedang menyembelih, terangkat
       pisau sebentar 
 kemudian diteruskan.
      7.3. Sah sembelihan, jika, apabila diangkat pisau didapati urat mari masih
             belum putus,
 hendaklah diteruskan serta merta ditempat yang sama.
7.4. Sah sembelihan, walaupun binatang yang disembelih itu mengambil masa
       dua atau tiga
 hari baru mati.
7.5. Jika lebih pada biasa hingga melebihi tiga hari tidak juga mati, maka hendakklah
       desembelih buat kali yang kedua pada bahagian atas atau pada bahagian bawah
    
   sembelihan yang pertama.
7.6. Sah sembelihan, walaupun yang tolong memegang binatang adalah
        orang bukan Islam.
7.7. Sah sembelihan, jika terputus leher binatang sembelihan secara tidak sengaja.
       Jika s
enghaja, hukumnya makruh.
7.8. Haram sembelihan orang kafir kecuali orang Yahudi atau Nasrani
       daripada Ahli Kitab.
7.9. Tidak sah sembelihan, jika didapati halqum atau urat mari tidak putus.
7.10.Hukumnya haram memperacepatkan matinya binatang yang disembelih
        dengan cara 
merendam dalam air biasa atau menjirus dengan air panas,
        atau menindih dengan 
benda berat atau memijaknya atau membantingnya
        hingga mati dan sebagainya. 
Jika ia mati dengan cara sedemikian, ia dikira
        bangkai dan haram dimakan.
7.11 Haram memakan binatang yang tidak dihalalkan oleh Syarak, walaupun ianya
       disembelih.(Contoh: Singa, harimau, Anjing, Babi, Serigala, Musang, Kucing, Ular,
       Biawak, Burung Helang dan lain-lain).
7.12.Haram memakan bangkai atau sebahagian anggota binatang yang terpotong
       semasa hidupnya.
7.14.Haram memakan binatang yang disembelih yang tidak mengikut peraturan atau
        syarat-s
yarat yang dinyatakan di atas.

11. Pada badan binatang yang telah disembelih dengan sempurna, terdapat 10 perkra atau bahagian organ-organnya yang haram dimakan, iaitu:-


1.   Darahnya.
2.   Najis dan kotorannya.
3.   Lendir-lendir selain darah dan najis.
4.   Bagi yang jantan: zakar, buah zakar dan semua organ-organ kelaminnya.
5.   Bagi yang betina: faraj yang luar, salur faraj dan semua organ-organ kelaminnya.
6.   Duburnya.
7.   Pundi-pundi kencingnya.
8.   Mempedunya (termasuk sarung dan isinya).
9.   Kulit ari yang nipis dibawah kulit.
10. Kulit yang berpenyakit.

Wallahu a’alam bissawab.

Oleh:  Khalid Assalabaqie.
(Mohon pembetulan dan penambah-baikan daripada sdr./sdri. sekalian)

Sumber rujukan: Kitab Sabilal Muhtadin dan Risalah-Risalah panduan yang diperolehi  semasa Kursus Teori dan Praktikal Menyembelih Binatang, anjuran bersama Masjid Jamek Tapah dan Jabatan Agama Islam Negeri Perak.