Pages

Powered By Blogger

Friday, March 22, 2013


AGAMA ITU NASIHAT

(اوله :  خــالــد الســـلابـقــــى)



Hadis Nabi SAW yang diriwayatkan oleh Abu Ruqayyah Tamim bin Aus al-Dariy r.a. bahawasanya Nabi SAW telah bersabda:

اَلدِّيْنُ النَّصِيْحَةُ. قُلْنَا: لِــمَنْ ؟ قَلَ: لِلّهِ، وَلِكِتَابِهِ، وَلِرَسُـوْلِهِ، وَلِأَئِمَّةِ الْمُسْــلِمِيْنَ وَعَامَّتِــهِمْ.


Bermaksud: “ Agama itu nasihat. Kami bertanya: “untuk siapa ?” Baginda menjawab: “untuk Allah, Kitab-Nya, Rasul-Nya, para pemimpin kaum muslimin, dan bagi manusia umumnya “.

"Nasihat" bererti;  “ tunjuk ajar yang baik ".

" Agama itu Nasihat " bermaksud : “ Nasihat itu merupakan suatu uslub yang penting dalam Agama".
Ini diqias dari penafsiran maksud hadis Nabi SAW: “Haji adalah Arafah” yang bermaksud: " Tiada Wukuf, tiada Haji ". Ini ialah kerana Wukuf di Arafah itu adalah rukun Ibadat Haji.

Tiada perkataan lain yang sama makna dengan "nasihat" dalam bahasa Arab.

Jadi kesimpulannya ialah;"Agama itu Nasihat" bukan bermaksud: Agama itu adalah " tunjuk ajar yang baik ", tetapi "tunjuk ajar yang baik " itu adalah merupakan suatu uslub atau tunggak yang penting dalam agama. 

Menurut Imam Nawawi, nasihat itu wajib sekadar yang mampu dan berupaya, dengan syarat seorang itu mengetahui bahawa nasihatnya akan diterima, akan dipatuhi dan dirinya tidak akan terancam.

Al-Khathabi dan ulama-ulama hadis yang lain memberi penafsiran-penafsiran yang jika diringkaskan adalah seperti berikut:

1.UNTUK ALLAH
ialah nasihat yang mengajak kepada;
  • ·         Beriman kepada Allah.
  • ·         Tidak mensyirikkan Allah.
  • ·         Tidak mengingkari perintah-Nya.
  • ·         Meagungkan Allah dengan sifat-sifat kesempurnaan-Nya.
  • ·         Menyucikan-Nya daripada sifat kekurangan dan kelemahan.
  • ·         Mentaati-Nya.
  • ·         Menjauhkan diri dari melakukan dosa.
  • ·         Mencintai atau membenci sesuatu kerana Allah.
  • ·         Berjihad melawan musuh Allah.
  • ·         Mengakui dan mensyukuri nikmat-nikmat pemberian-Nya.
  • ·         Ikhlas dalam setiap amal.
  • ·         Berbuat kebaikan.
  • ·         Bersikap lemah lembut sesama makhluk kerana Allah.

2.UNTUK KITAB-NYA
ialah nasihat yang mengajak kepda;
  • ·         Beriman kepada kitab-Nya.
  • ·         Beramal mengikut panduan kitab-Nya.
  • ·         Memulia dan menghormati kandungan kitab-Nya.
  • ·         Meyakini bahawa isi kandungan kitab-Nya adalah relevan bagi semua zaman dan  manusia.
  • ·         Membaca ayat-ayatnya dengan cara yang betul.
  • ·         Memahami maksud ayat-ayatnya.
  • ·         Melaksanakan segala perintah dan tegahan yang terkandung di dalam kitab-Nya.
  • ·         Mempelajari ilmu pengetahuan tentang kitab-Nya dan rahsia-rahsia yang tersembunyi didalamnya.
  • ·         Berubah dari jahil dan ragu-ragu kepada kebenaran dan yakin dengan limpah kurnia Rahmat Allah yang menurunkan segala kitab-Nya.

3.UNTUK RASUL-NYA
ialah nasihat yang mengajak kepada;
  • ·         Membenarkan kerasulannya.
  • ·         Mempercayai ajaran yang dibawanya.
  • ·         Mematuhi suruhan dan meninggalkan larangannya.
  • ·         Membela agamanya.
  • ·         Memusuhi siapa saja yang memusuhinya.
  • ·         Mencintainya dan mencintai siapa saja yang mencintainya.
  • ·         Menghidupkan perjalanan dan sunah-sunahnya.

4.UNTUK PARA PEMIMPIN KAUM MUSLIMIN
ialah nasihat yang mengajak kepada;
  • ·         Menolong dan menyokong mereka dalam perkara benar dan adil.
  • ·         Mematuhi mereka dalam urusan kebaikan.
  • ·         Menegur mereka secara tatatertib dan beradab sopan.
  • ·         Mengingatkan mereka apabila mereka lalai.
  • ·         Melarang orang ramai dari menghasut,berpecah belah dan menentangnya    

5.UNTUK MANUSIA UMUM
ialah nasihat yang mengajak kepada;
  • ·         Memimpin mereka ke jalan yang benar.
  • ·         Mengawal mereka daripada terjerumus ke jalan yang salah.
  • ·         Mengajar mereka tentang Islam.
  • ·         Saling tolong menolong diantara mereka dalam perkara kebaikan dan taqwa.
  • ·         Saling hormt menghormati.
  • ·         Saling cinta mencintai.
  • ·         Bersama-sama menjaga maslahah hidup dengan menjauhi fitnah dan permusuhan.
  • ·         Memahamkan mereka pentingnya setiap orang memainkan peranan dalam masyarakat agar perpaduan ummah dapat ujud utuh setiap masa.
Wallahu a'alam bis-sawab. (Mohon pembetulan sekiranya ada yang salah)