YA ALLAH ! Aku pohon rahmatMu dalam sujud dan pasrah, Aku pohon pimpinan Mu dengan taufiq dan hidayah, Lenyapkan AKU dalam kebesaran Mu, Ridhokan aku sebagai HAMBA MU.
Tuesday, May 15, 2012
Wednesday, May 2, 2012
WAKTU-WAKTU YANG KITA DILARANG SOLAT
HADITH SAHIH MUSLIM MENGENAI:
RASULULLAH S.A.W. MELARANG KITA MENGERJAKAN SOLAT SESUDAH SOLAT
‘ASAR & SUBUH DAN KETIKA MATAHARI SEDANG MENYINGSING & TERBENAM.
عَنْ أَبىِ هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُوْلَ اللهِ
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ نَهَى عَنِ الصَّلاَةِ بَعْدَ الْعَصْرِحَتَى
تَغْرُبَ الشَّمْسُ وَعَنِ الصَّلاَةِ بَعْدَ الصُّبْحِ حَتَّى تّطْلُعَ الشَّمْسُ .
Yang bermaksud: “ Dari Abi Hurairah r.a. katanya: “ Bahawasanya
Rasulullah s.a.w. melarang mengerjakan solat sesudah ‘Asar sehingga telah
terbenam matahari dan sesudah Subuh sehingga telah naik matahari “.
عَنِ ابْنِ عُمَرَ أَنَّ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى
اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لاَيَتَحَرَّى أَحَدُكُمْ فَيُصَلِّ عِنْدَ
طُلُوعِ الشَّمْسِ وَلاَ عِنْدَ غُرُوْبِهَا .
Yang bermaksud: “ Dari
Ibni ‘Umar r.a. katanya: “ Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. telah bersabda:
Jangan seseorang kamu mengintai-intai (waktu) untuk mengerjakan solat ketika
matahari sedang terbit dan ketika sedang terbenamnya ” .
عَنْ عُقْبَةَ
بْنِ عَامِرٍ الْجُهَنِّيِّ يَقُوْلُ ثَلاَثُ سَاعَاتٍ كَانَ رَسُوْلُ
اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ نُصَلِّى فِيْهِنَّ أَوْ أَنْ نَقْبُرَ
فِيْهِنَّ مَوْتَانَا حِيْنَ تَطْلُعُ اَلشّمْسِ بَازِغَةً حَتَّى تَرْتَفِعَ
وَحِيْنَ يَقُوْمُ قَائِمُ الظَّهِيْرَةِ حَتَّى تَمِيْلَ الشَّمْسُ وَحِيْنَ
تَضَيَّفُ الشَّمْسُ لِلْغُرُوْبِ حَتَّى تَغْرُبَ .
Yang bermaksud: “ Dari ‘Uqabah bin ‘Amir Al-Juhanni r.a. telah berkata
ia:: “ Tiga waktu,
Rasulullah s.a.w. telah melarang kami mengerjakan solat didalamnya atau
menguburkan mayat, iaitu; ketika matahari sedang terbit hingga agak meninggi,
ketika matahari sedang tepat dipertengahan langit hingga ia condong dan ketika
matahari sedang hampir terbenam hingga ia terbenam habis” .
Allah berfirman:“Sesungguhnya
solat itu adalah suatu ketetapan yang diwajibkan atas orang-orang yang beriman
(mengikut) waktu-waktu yang telah ditentukan ” .
(An-Nisaa’ : 103)
(An-Nisaa’ : 103)
Ada waktu yang wajib, ada waktu yang sunat dan ada
waktu yang makruh dan dilarang kita mengerjakan solat.
WAKTU-WAKTU YANG DILARANG MENGERJAKAN SOLAT IALAH:
1.Selepas solat Subuh
sehingga matahari terbit.
2.Ketika matahari sedang menyingsing naik sehingga
2.Ketika matahari sedang menyingsing naik sehingga
matahari itu terbit sepenuhnya (lebihkurang 28 minit).
3.Ketika matahari berada tegak tepat diatas kepala sehingga
3.Ketika matahari berada tegak tepat diatas kepala sehingga
matahari condong ke ghurub (barat).
4.Ketika matahari berwarna kuning sehingga ia terbenam.
5.Sesudah solat asar sehingga matahari terbenam.
4.Ketika matahari berwarna kuning sehingga ia terbenam.
5.Sesudah solat asar sehingga matahari terbenam.
Pengecualian:
Kecuali solat-solat yang bersebab, iaitu
1. Solat gerhana matahari.
2. Mengqadha’ solat.
3. Solat Janazah.
4. Solat-solat yang dikerjakan ketika menghadiri solat Juma’at.
5. Solat yang dilakukan di Masjidil Haram.
ULASAN
Ramai orang keliru
tentang larangan solat selepas solat Subuh dan ketika waktu Isyrak. Ramai pula
yang kurang memahami apa yang dimaksudkan dengan ISYRAK dan istilah
TATLU’-ASY-SYAMS atau TULUU-‘ISY-SYAMS (matahari sedang terbit).
ISYRAK atau SYURUK
ialah keadaan ketika matahari sedang terbit di ufuk timur selepas habis waktu Subuh.
Mengikut kiraan falak, matahari mengambil masa kira-kira 28 minit untuk
menyingsingkan seluruh badannya dan terbit meninggi di ufuk timur
Kebanyakan masjid mempunyai alat paparan Jadual Waktu Solat elektronik
yang canggih yang boleh mengeluarkan nada isyarat masuk waktu solat setiap
waktu, termasuklah waktu IMSAK dan
ISYRAK.
Untuk makluman
muslimin muslimat, isyarat itu sebenarnya terbahagi kepada dua:
Pertama; isyarat SURUH, & Kedua; isyarat LARANG.
Pertama; isyarat SURUH, & Kedua; isyarat LARANG.
Apabila isyarat waktu
solat berbunyi, bererti kita diSURUH azan dan solat.
Tetapi apabila isyarat
IMSAK berbunyi bererti kita diLARANG makan jika kita akan berpuasa pada hari
itu. Begitu juga apabila isyarat ISYRAK berbunyi, itu bererti kita diLARANG mengerjakan SOLAT
kerana matahari sedang menyingsing naik yang mengambil masa kira-kira 28 minit
baru terbit sepenuhnya dari ufuk timur.
Hadith Sahih Bukhari
Jilid 1 , bil.330:
Ibnu Umar r.a.mengatakan bahawa Rasulullah s.a.w.
telah bersabda; “Jangan kamu solat ketika matahari
sedang terbit dan jangan kamu solat ketika matahari sedang terbenam “.
Disebabkan kekeliruan
ini, apabila masuk waktu ISYRAK, terdapat orang yang bangun mendirikan sunat
ISYRAK. Sedangkan ketika itu adalah saat yang ditegah. Oleh itu harus difahami
bahawa tiada solat sunat ISYRAK melainkan setelah masuk waktu DHUHA. Disegi
istilah, bila dikatakan solat sunat ISYRAK, itu adalah merujuk kepada sunat
DHUHA jua, sebagaimana solat Fajar itu adalah merujuk kepada solat Subuh jua.
Walaupun kita ditegah
mendirikan solat pada waktu tersebut, namun kita sangat digalakkan melakukan
ibadat-ibadat yang lain seperti membaca Al-Quran, bertasbih, bertahmid,
berzikir, beristighfar, beri’tikaf di dalam masjid, muhasabah diri dan
lain-lain yang sangat besar fadhilatnya,
Wallahu a’alam bissawab.
Saturday, April 14, 2012
[Muzakarah Ulama] Syiah: Kesannya Terhadap Masa Depan Islam Serantau
ABDULLAH BIN SABA’ (Yahudi penaja fahaman Syiah)
Abdullah bin Saba' (atau Ibnu Saba') adalah seorang pendita Yahudi dari Yaman yang telah menyusup masuk dikalangan orang-orang Islam bersama-sama beberapa orang yang lain pada zaman Khalifah Sayyidina Othman r.a. Beliau memeluk Islam dan datang ke Madinah dengan harapan diberi jawatan. Apabila hasratnya tidak dilayan, dia tidak berpuashati, lalu merancang makar stratergi jahat untuk menghancurkan Islam dan Umat Islam dari dalam.
Mula-mula beliau menghasut orang-orang diluar Madinah yang pro-Syyidina Ali kwjh. agar bangun bersatu menentang kepimpinan Khalifah Sayyidina Othman r.a. yang dikatakan tidak layak menjadi Khalifah. Beliau telah mencipta banyak hadis-hadis palsu tentang keunggulan Sayyidina Ali kwjh. dan hadis-hadis yang memburuk-burukkan Sayyidina Abu Bakar r.a., Sayyidina Umar r.a. dan Sayyidina Othman r.a. yang dikatakan telah merampas kehilafahan selepas kewafatan Rasulullah SAW yang sepatutnya disandang oleh Sayyidin Ali kwjh. Dakyah beliau telah berjaya mencetuskan penubuhan gerakan “Syiah” yang mengagung-agungkan Sayyidina Ali kwjh. sehingga ketaraf melebihi Nabi dan mengkafirkan para Sahabat Nabi SAW yang lain.
Kemuncak kepada cetusan gerakan “Syiah” ini ialah, berlakunya peristiwa Khalifah Sayyidina Othman r.a. dibunuh.
Pada zaman Khalifah Sayyidina Ali kwjh. pula, beliau telah mencetuskan satu fitnah besar melalui hasutan “adu-domba” yang sangat licik, sehingga mencetuskan perang saudara diantara orang-orang Sayyidatina Aisyah dengan tentera Khalifah Sayyidina Ali kwjh. pada peristiwa hitam yang dipanggil "Perang Jamal" dan mencetuskan fitnah dan "adu-domba" sehingga mencetuskan perang saudara diantara pengikut Muawiyah dengan tentera Khalifah Sayyidina Ali kwjh. yang dipanggil "Perang Sifin". (wallahu a'alam bissawab).
Oleh: Khalid Assalabaqie
24 Rabiul Akhir 1433 / 16 April 2012.
Sunday, April 8, 2012
HUKUM DAN PERATURAN MENYEMBELIH BINATANG
HUKUM DAN PERATURAN MENYEMBELIH BINATANG
1.ISTILAH MENYEMBELIH PADA SYARA’
Menyembelih ialah suatu perbuatan yang melukakan bahagian tertentu pada badan binatang bertujuan untuk mengeluarkan darah daripada badan binatang itu supaya ia mati, mengikut peraturan dan syarat-syarat yang tertentu.
2.SYARAT-SYARAT ORANG YANG HENDAK MENYEMBELIH
Disyaratkan orang yang hendak menyembelih itu mestilah
1. Orang Islam atau
2. Ahli Kitab daripada Yahudi atau Nasrani yang harus orang Islam berkahwin dengan dia.
3.SYARAT-SYARAT BINATANG YANG HENDAK DISEMBELIH
1. Binatang yang hendak disembelih itu mestilah;
1.1. Binatang yang masih hidup.
1.2. Binatang yang halal dimakan.
1.3 Binatang yang dikuasai atau dalam kawalan dan mudah disembelih seperti kerbau, lembu, kambing dan sebagainya.
1.4 Binatang liar yang dapat ditangkap hidup-hidup atau yang tak dapat bergerak kerana tercedera anggotanya.
( Nota: Binatang ternakan seperti lembu atau kerbau yang terlepas lari dan menjadi liar hingga sukar untuk di tangkap, serta sukar untuk disembelih, maka harus jika ia diburu dan jika ia terbunuh ketika diburu tidak perlu lagi disembelih sama seperti binatang buruan jua. Tetapi jika dapat ditangkap hidup-hidup dan mudah dikuasai untuk disembelih, maka disembelih adalah lebih utama).
4.HUKUM BINATANG BURUAN YANG TIDAK PERLU DISEMBELIH
Binatang liar seperti rusa, kijang, kancil dan sebagainya atau binatang ternakan yang telah menjadi liar hingga sukar untuk ditangkap dan sukar untuk disembelih, adalah tergolong kepada “binatang buruan”, tertakluk kepada syarat-syarat berikut :-
1. Binatang yang diburu hendaklah binatang liar yang halal dimakan.
2. Binatang yang diternak tetapi telah terlepas lari dan menjadi liar yang sukar untuk ditangkap semula, seperti kerbau atau lembu yang terlepas dan menjadi liar dan sukar untuk disembelih dengan cara biasa, boleh dikira sebagai binatang liar yang boleh diburu.
3. Binatang yang diburu apabila telah dibunuh dengan cara memanah, atau merejam dengan lembing, atau menikam dengan senjata yang tajam seperti tombak, pedang, mata pisau, atau alat-alat tajam yng diperbuat daripada batu, buluh, kayu, kaca, besi, tembaga, emas, perak, timah dan logam-logam lain yang tajam, (tidak termasuk sesuatu alat daripada kuku, gigi atau tulang; dan tidak termasuk tembakan daripada peluru senapang, meriam, bom, alat peletup dan sebagainya), adalah dikira seperti telah disembelih. Maka ia tidak perlu disembelih lagi.
4. Binatang liar atau binatang ternakan yang terjatuh ke dalam lubang atau perigi buta, atau lurah gunung yang sempit, hingga sukar untuk diselamatkan atau disembelih dengan cara biasa, maka bolehlah dilakukan sepertimana memburu.. Setelah ia mati, bolehlah diangkat naik ke atas dan tidak perlu disembelih lagi. Ia adalah halal untuk dimakan dan bermanfaat kerana terhindar daripada menjadi bangkai.
5.SYARAT ALAT MENYEMBELIH
1. Alat menyembelih mestilah daripada alat yang tajam yang boleh melukakan seperti pisau, parang, golok dan sebagainya. Ta’arif alat-alat yang tajam ialah sesuatu yang tajam (yakni boleh melukakan) yang dibuat daripada daripada kaca, batu, kayu, buluh, besi, timah, emas, perak, dan logam-logam lain, (tetapi tidak termasuk sesuatu daripada kuku, gigi dan tulang).
6.SYARAT MENYEMBELIH
1. Menyembelih ialah dengan cara memotong dan memutuskan halqum dan dua urat-urat marih pada leher binatang, kedudukan sembelihan ialah diantara bawah dagu dan pangkal leher binatang itu.
2. Menyembelih itu mestilah memutuskan halqum dan urat-urat mari pada leher binatang kedudukannya diantara bawah dagu dan pangkal leher disebelah atas dada. Bagi binatang yang lehernya panjang tempat sembelihan ialah lebih hampir kepada dagunya.
3. Senghaja melakukan sembelihan keatas binatang itu.
4. Binatang yang disembelih itu mati kerana sembelihan itu bukan mati disebabkan yang lain seperti direndam dalam air, disiram air panas, dihempap benda berat, dipukul, dipijak dan sebagainya.
7.SUNAT
1. Menajamkan pisau.
2. Bagi binatang yang panjang tengkoknya seperti, unta, angsa, kasuari, burung unta dan sebagainya, sunat memutuskan dua urat tengkok dan apa-apa selebihnya.
3. Menghadapkan sembelihannya ke qiblat.
4. Membaca nama Allah dan Solawat atas Nabi SAW seperti
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْمِ اَللّهُمَّ صَلِّ وَ سَلِّمْ عَلى سَيِّدِنَا مُحَمَّد
atau yang ringkas;
بِسْمِ اللهِ اَللهُ اَكْـبَر، اَللّهُمَّ صَلِّ عَلى سَيِّدِنَا مُحَمَّد
8.MAKRUH
1. Kanak-kanak yang belum mumaiyyiz.
2. Orang mabuk.
3. Orang gila.
4. Makruh menyembelih hingga putus leher binatang (dengan senghaja, kalau tidak senghaja
tidak makruh).
9.ADAB-ADAB KETIKA MENYEMBELIH
1. Hendaklah berlaku ihsan terhadap binatang yang hendak disembelih. Yakni tidak
menganiaya dan berlaku kasar terhadapnya.
2. Jangan menajamkan pisau dihadapan binatang sembelihan.
3. Jangan menyembelih dihadapan binatang-binatang lain yang belum disembelih.
10.BEBERAPA MAKLUMAT PENTING YANG PERLU DIKETAHUI TENTANG
MENYEMBELIH.
1. Tidak disyaratkan hanya orang lelakisahaja yang harus menyembelih. Orang perempuan dan kanak-kanak yang Mumayyiz pun diharuskan menyembelih, yakni boleh menyembelih walaupun ada orang lelaki.
2. Lelaki dewasa yang tiada uzur adalah lebih afdhal daripada perempuan dan kanak-kanak.
3. Binatang buruan yang mati dipanah atau dilembing ketika diburu dikira sudah disembelih, maka tidak perlu disembelih lagi.
4. Binatang yang sukar hendak disembelih cara biasa, tidak kira binatang buruan atau ternakan, contohnya seperti lembu yang terjatuh ke dalam lubang yang sempit harus ia dimatikan dengan cara berburu. Contohnya: dengan cara menikam mana-mana bahagian yang boleh mengalirkan darahnya supaya ia mati. Setelah ia dikeluarkan daripada lubang, ia tidak perlu desembelih lagi kerana ia dikira sudah disembelih.
5. Binatang yang mati ditembak tidak halal dimakan, sebab peluru senapang tidak termasuk dalam istilah alat tajam untuk menyembelih atau untuk memburu. (Nota: Adapun “peluru tajam yang berbentuk anak panah” yang digunakan dalam senjata “cross bow” adalah dikiaskan sebagai anak panah jua. Maka ia bukanlah peluru senapang).
6. Bahagian badan binatang yang terputus ketika hidupnya dikira bangkai. Maka ia haram dimakan.
7. Hukum keatas beberapa ralat, kesilapan dan perkara-perkara berkaitan dengan binatang sembelihan:-
7.1. Sah sembelihan walaupun terlupa membaca nama Allah (Bismillah…)
dan Solawat (Allahumma solli ‘ala Muhammad) ketika menyembelih,
kerana membaca Basmallah dan Solawat hukumnya sunat, bukan wajib).
dan Solawat (Allahumma solli ‘ala Muhammad) ketika menyembelih,
kerana membaca Basmallah dan Solawat hukumnya sunat, bukan wajib).
7.2. Sah sembelihan walaupun semasa sedang menyembelih, terangkat
pisau sebentar kemudian diteruskan.
pisau sebentar kemudian diteruskan.
7.3. Sah sembelihan, jika, apabila diangkat pisau didapati urat mari masih
belum putus, hendaklah diteruskan serta merta ditempat yang sama.
belum putus, hendaklah diteruskan serta merta ditempat yang sama.
7.4. Sah sembelihan, walaupun binatang yang disembelih itu mengambil masa
dua atau tiga hari baru mati.
dua atau tiga hari baru mati.
7.5. Jika lebih pada biasa hingga melebihi tiga hari tidak juga mati, maka hendakklah
desembelih buat kali yang kedua pada bahagian atas atau pada bahagian bawah
sembelihan yang pertama.
sembelihan yang pertama.
7.6. Sah sembelihan, walaupun yang tolong memegang binatang adalah
orang bukan Islam.
orang bukan Islam.
7.7. Sah sembelihan, jika terputus leher binatang sembelihan secara tidak sengaja.
Jika senghaja, hukumnya makruh.
Jika senghaja, hukumnya makruh.
7.8. Haram sembelihan orang kafir kecuali orang Yahudi atau Nasrani
daripada Ahli Kitab.
daripada Ahli Kitab.
7.9. Tidak sah sembelihan, jika didapati halqum atau urat mari tidak putus.
7.10.Hukumnya haram memperacepatkan matinya binatang yang disembelih
dengan cara merendam dalam air biasa atau menjirus dengan air panas,
atau menindih dengan benda berat atau memijaknya atau membantingnya
hingga mati dan sebagainya. Jika ia mati dengan cara sedemikian, ia dikira
bangkai dan haram dimakan.
dengan cara merendam dalam air biasa atau menjirus dengan air panas,
atau menindih dengan benda berat atau memijaknya atau membantingnya
hingga mati dan sebagainya. Jika ia mati dengan cara sedemikian, ia dikira
bangkai dan haram dimakan.
7.11 Haram memakan binatang yang tidak dihalalkan oleh Syarak, walaupun ianya
disembelih.(Contoh: Singa, harimau, Anjing, Babi, Serigala, Musang, Kucing, Ular,
Biawak, Burung Helang dan lain-lain).
7.12.Haram memakan bangkai atau sebahagian anggota binatang yang terpotong
semasa hidupnya.
7.14.Haram memakan binatang yang disembelih yang tidak mengikut peraturan atau
syarat-syarat yang dinyatakan di atas.
syarat-syarat yang dinyatakan di atas.
11. Pada badan binatang yang telah disembelih dengan sempurna, terdapat 10 perkra atau bahagian organ-organnya yang haram dimakan, iaitu:-
1. Darahnya.
2. Najis dan kotorannya.
3. Lendir-lendir selain darah dan najis.
4. Bagi yang jantan: zakar, buah zakar dan semua organ-organ kelaminnya.
5. Bagi yang betina: faraj yang luar, salur faraj dan semua organ-organ kelaminnya.
6. Duburnya.
7. Pundi-pundi kencingnya.
8. Mempedunya (termasuk sarung dan isinya).
9. Kulit ari yang nipis dibawah kulit.
10. Kulit yang berpenyakit.
Wallahu a’alam bissawab.
Oleh: Khalid Assalabaqie.
(Mohon pembetulan dan penambah-baikan daripada sdr./sdri. sekalian)
Sumber rujukan: Kitab Sabilal Muhtadin dan Risalah-Risalah panduan yang diperolehi semasa Kursus Teori dan Praktikal Menyembelih Binatang, anjuran bersama Masjid Jamek Tapah dan Jabatan Agama Islam Negeri Perak.
Tuesday, April 3, 2012
10 JENIS RUMAH YANG JIN SUKA TINGGAL DIDALAMNYA
10 JENIS RUMAH YANG JIN SUKA TINGGAL DIDALAMNYA
1. Rumah yang secara tidak kita sedari telah didirikan diatas tempat tinggal Jin. Jin sangat suka kawasan bumi yang ada mata air. Mata air yang disukai oleh jin ialah mata air yang tidak pernah kering walau pun pada musim kemarau.
Maka rumah yang didirikan diatas tapak seperti ini, akan menjadi tempat tinggal jin.
Oleh sebab itu berhati-hatilah memilih tapak rumah. Jika terdapat mata air, terlebih dahulu bertanyalah kepada seseorang yang arif mengenainya.
2. Rumah yang didirikan diatas kawasan kubur. Tidak kira kubur itu kubur lama atau baru. Tidak kira walaupun disitu hanya ditanam satu mayat sahaja. Atau mungkin disitu dulu pernah menjadi tapak pembunuhan atau ada orang mati terbunuh disitu, atau pernah ada mayat dibuang disitu dan sebagainya.
Jin suka berkumpul dikawasan perkuburan, atau tempat dimana pernah terdapat orang mati disitu, atau orang mati dibunuh disitu, atau orang mati ditanam disitu, atau mayat orang dibuang disitu atau pernah dibuang cebisan-cebisan tubuh dan tulang-tulang manusia disitu.
Jika kita mendirikan rumah ditas tapak seperti itu, maka jin-jin akan secara automatik turut mendiami rumah kita. Akibatnya mereka akan menimbulkan masalah besar kepada kita.
Oleh itu berhati-hatilah memilih tapak rumah. Jangan sampai terkena tapak-tapak yang seperti itu. Jika kita telah mengenal pasti memang ada kubur lama atau tulang-tulang manusia disitu, hendaklah “dibersihkannya” terlebih dahulu. Mintalah khidmat nasihat orang yang arif mengenainya.
3. Rumah yang didirikan diatas tapak yang dahulunya pernah menjadi tempat “pembuangan” jin-jin disiitu. Ini termasuk pembuangan oleh bomoh atau pawang ketika melakukan rawatan kepda pesakit yang “tersampuk jin” atau melakukan upacara seperti contohnya “membuang saka” , “membuang sihir”, “membuang hantu”, “membuang toyol”, “membuang pelesit”, “membuang polong”, “membuang hantu raya” dan sebagainya.
Jika kita mendirikan rumah ditas tapak seperti ini, maka jin-jin yang “dibuang” itu akan turut mendiami rumah kita dan akan menimbulkan masalah besar kepada kita.
Atau misalnya sesuatu kwasan itu merupakan kawasan hutan yang menjadi tempat tinggal jin atau tempat pembuangan jin, kemudian pada satu masa ia dibangunkan pula untuk menjadi kawasan perumahan, maka jin-jin akan turut mendiami mana-mana rumah yang disuskainya.
Biasanya apabila kita berpindah ke kawasan perumahan seperti itu, pada awalnya tidak mengalami apa-apa ganguan. Tetapa lama kelamaan mereka akan menggangu kita, lebih-lebih lagi bagi rumah yang tidak didirikan solat, sepi dari Azan dan Iqomah, sepi dari bacaan ayat-ayat suci al-Quran, sepi dari zikir, tasbih, tahmid, solawat dan sebagainya.
4. Rumah yang didalamnya menyimpan tangkal sihir atau objek sihir atau tangkal azimat, seperti contohnya: “tangkal penunggu rumah”, “tangkal pagar rumah”, “tangkal pendinding” dan sebagainya. Keris lama “yang berpenunggu” juga termasuk dalam kategori objek atau tangkal sihir yang berpenunggu jin. Semua itu adalah merupakan cabang ilmu sihir yang disebaliknya pasti ada jin-jin sihir yang digunakan untuk melaksanakan tuntutan ilmu sihir tersebut. Jadi, apakah jin-jin itu duduk ditangkal sentiasa ?. Jawabnya: tentu tidak. Pastinya jin-jin itu akan berkeliaran didalam rumah dan diluar, juga boleh jadi mengikut tuannya kemana-mana pergi. Banyak kes dimana jin-jin sihir akan menggangu anak cucu dan keluarga lantaran tuannya tidak memenuhi syarat-syarat tertentu umpamanya disyaratkan kena mengasap kemenyan, mengadakan sajian tertentu, membuang ancak ke sungai dan lain-lain.
Oleh itu jangan sekali-kali terpedaya dengan tuntutan nafsu ingin memiliki “kuasa ghaib” (‘super natural power”) melalui cara yang salah ini, semata-mata supaya dikenali orang sebagai “bomoh”, “pawang”, “mahaguru silat” atau ingin mudah mencari pendapatan atau ingin membalas dendam atau lain-lain.
Harus diingat bahawa tangkal azimat tidak dapat mendatangkan apa-apa manfaat atau mudharat kecuali dengan izin Allah. Sekali kita telah mengambilnya, bermakna kita telah mengikat janji dengan jin , syaitan dan iblis untuk melaksanakan kerja-kerja sesat melalui sihir yang jahat dan terlaknat.
5. Rumah yang didiami oleh orang yang memiliki jin yang dipusakai turun temurun (biasa disebut “saka” lebih releven jika disebut "jin saka"). Ini termasuk orang yang tidak mengetahui dirinya ada memiliki “jin saka” ,kerana “jin saka” akan memilih sesiapa sahaja daripada keturunan keluarga tuannya yang disukainya.
Jika “jin-jin saka “itu lebih dari seekor dan dari yang jenis membiak seperti manusia, maka semakin lama jin-jin itu akan beranak pinak dan akan bertambah ramai. Maka tidak mustahil sebahagiannya akan keluar dari tubuh seseorang dan mendiami rumah, berkeliaran diluar rumah atau akhirnya berkeliaran ke tempat-tempat lain. Para pengamal perubatan traditional menyatakan “mengeluarkan” jin saka dari dalam badan manusia adalah suatu kerja yang sangat susah. Perlu dilakukan mengikut banyak kaedah dan teknik serta tektik yang bijaksana. Walau bagaimana pun, dengan izin Allah, dengan pertolongan Allah dan dengan berkat keyakinan aqidah yang tinggi ianya boleh dilakukan lebih-lebih lagi jika secara berjamaah.
6. Rumah yang didalamnya berlaku berbagai fahsya dan mungkar, seperti, syirik, fasik, meninggalkan solat, meninggalkan puasa, makan harta anak yatim, berzina, berjudi, minum arak, membunuh, menganiaya manusia atau bintang, memuja syaitan, main muzik yang melampau, menyimpan arak, menyimpan patung-patung idola (pujaan), gambar-gambar idola (pujaan), memain atau menyimpan alat-alat muzik kebudayaan yang “ada penunggu”, dan lain-lain.
Jin-jin, syaitan dan iblis sangat suka kepada benda-benda tersebut. Malaikat Rahmat tidak akan memasuki rumah seperti ini. Maka rumah seperti ini sangat disukai jin, syaitan dan iblis dan akan menjadi tempat tinggal jin-jin.
7. Rumah yang dibina ditas tapak yang menjadi “tempat laluan jin” yang keluar masuk daripada alam jin ke alam manusia atau sebaliknya, atau dari tempat lain menuju ke sesuatu tempat kerana ada tugas yang hendak didlaksanakan. Ini ialah kerana ramai manusia yang bersahabat dengan jin dan berintraksi dengan jin untuk meminta tolong kepada jin-jin. Maka jin-jin akan menjadikan rumah itu sebagai tempat persinggahan atau “pusat pertemuan” atau sebagai “gerbang”atau “medium” laluan bagi pergerakan aktiviti mereka. Contohnya apabila seseorang yang diktakan mempunyai kebolehan biasa pergi ke tempat perkampungan jin (orang bunian?), dia hanya akan pergi ke suatu tempat tertentu yang telah ditandakan, maka apabila dia sampai ke tempat itu dia hanya melangkah masuk, maka tiba-tiba dia akan berada dalam perkampungan jin (orang bunian?).
Mungkin “gerbang” itu dahulunya berada dalam kawasan hutan. Maka apabila telah dibangunkan oleh manusia mungkin “gerbang” itu sekarang, misalnya telah ditanam dengan pokok landskap buluh renik. Maka untuk masuk ke dalam alam jin itu seseorang hanya perlu membaca sesuatu mentera kemudian melangkan masuk ke dalam rimbunan buluh renik tersebut. Maka jika kawasan seperti ini dibina rumah diatasnya, maka rumah berkenaan juga akan menjadi tempat laluan jin-jin atau “gerbang” atau “medium”,atau menjadikan rumah itu markas mereka.
Rumah seperti ini biasanya kelihatan “menyeramkan” jika kita menghampirinya atau memasukinya.
8. Rumah yang telah disihir, iaitu rumah yang telah diletakkan atau ditanamkan dibawahnya sesuatu objek sihir oleh manusia yang berniat jahat. Selagi ada objek itu, maka jin sihir akan berada di rumah itu untuk melakukan gangguan sihir seperti yang dikehendaki oleh si penyihir. Pernah seseorng terpaksa mengorek tanah dihadapan rumahnya seluas 10 kaki persegi dan dalam 5 kaki kerana menurut pakar ilmu pengubatan sihir, penyihir telah menyimbahkan air dan menaburkan pasir sihir yang banyak disitu dan air sihir itu mungkin telah meresap masuk ke dalam tanah. Apabila dilakukan kerja membuang tanah tersebut, barulah sihir tersebut dapat dibinasakan.
9. Rumah yang penghuninya ada mengamalkan ilmu sihir atau cabang ilmu sihir seperti ”ilmu guna-guna”, “ilmu pengasih”, “ilmu pembenci”, “ilmu pemanis”, “ilmu awet cantik & muda”, “ilmu pelaris”, “susuk” dan lain-lain. Maka rumah seperti ini akan didiami oleh jin-jin sihir.
Biasanya orang yang baru menuntut ilmu sihir, dia akan membawa pulang ke rumahnya seekor atau mungkin banyak jin-jin sihir. Maka menjadilah jin atau jin-jin itu kawan rapatnya semasa jaga dan juga semasa tidur. Maka celakalah orang seperti ini kerana memilih jalan sesat yang dilaknat Allah hingga ke hari Akhirat. Kemudian jin atau jin-jin itu akan kekal setia dengannya dan akan terus setia kepada keturunannya hingga ke cucu cicit serta jenerasinya yang akan datang. Mungkin inilah caranya jin “saka” bermula.
10. Rumah yang dimasuki oleh “jin liar” dengan cara mengikut seseorang semasa pulang ke rumah. Biasa terjadi seseorang yang pergi ke sesuatu tempat, kemudian “jin liar” mengikutnya kemana-mana dia pergi dan turut sama pulang ke rumah tanpa disedarinya. Ini mungkin disebabkan “jin liar” itu telah memilihnya kerana orang itu tidak memiliki sesuatu apa pun sebagai “pelindung, perisai atau penghalang”. Maka jin tersebut terus mengikutnya pulang dan tinggal bersama-samanya di rumah.
MOHON PERLINDUNGAN DARIPADA ALLAH
Dalam amalan Islam, kita dituntut untuk sentiasa meminta perlindungan Allah daripada jin, iblis dan syaitan sebelum kita keluar rumah. Contohnya Rsulullah menyarankan kita membaca “ta’uz” :
أَعُوْذُ بِا للهِ مِنَ الشَّيْطَا نِ الرَّجِيْم
(Aku berlindung dengan Allah daripada Syaitan yang direjam),
atau membaca :
اَللّهُمَّ إنِّي أعُوْذُبِكَ مِنْ هَمَزَاتِ الشَّيطِيْنِ وَ أعُوْذُبِكَ رَبِّيْ عَنْ يَحْضُرُوْن
(Ya Allah , aku berlindung dengan Mu daripada gangguan Syaitan dan aku berlindung dengan Mu ya Robbi, daripada kehadiran mereka) sebelum kita mendirikan solat atau mengerjakan sesuatu ibadah,
Atau membaca ;
أَعُوْذُ بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّامَّاتِ مِنْ شَرِّمَا خَلَقَ
(Aku berlindung dengan kalimah-kalimah Mu yang sempurna dari segala kejahatan makhluk yang telah Dia cipta), untuk mohon perisai pertahanan diri daripada gangguan makhluk-makhluk jahat atau membaca Basmallah (11 kali atau seelok-eloknya 21 kali) atau membaca Fatihah dan 3 Qul, atau membaca ayat Kursi;
Sila lihat khasiat & fadhilat Ayat Kursi pada link ini:
اللهُ لآ اِلهَ اِلّا هُوَ الحَيُّ القَيُّوْمُ لَا تَأ خُذُهُ سِنَةٌ وَ لَانَوْمٌ،
لَهُ مَا فِي السَّمَوتِ وَما فِي الاَرْضِ،
مَنْ ذَالَّذِيْ يَشْفَعُ عِنْدَهُ اِلَّا بِاِ ذْنِهِ،
يَعْلَمُ مَا بَيْنَ أَيْدِ يْهِمْ وَمَاخَلْفَهُمْ
وَ لَا يُحِيْطُوْنَ بِشَيٍءٍ مِنْ عِلْمِه اِلَّا بِمَا شَآءَ
وِسِعَ كُرْسِيُّهُ السَّموَاتِ وَالاَرْضَ
وَلَا يَئُوْدُهُ حِفْظُهُمَا وَهُوَ الْعَلِيُّ الْعَظِيْم .
dan banyak lagi do’a-do’a yang ma’thur daripada Rasulullah s.a.w. yang boleh kita amalkan. Perisai atau pertahanan diri yang paling bagus ialah bertaqwa dan beramal soleh, dengan sentiasa mengerjakan amal-amal yang wajib, yang sunat dan yang khusus untuk memohon perlindungan Allah daripada gangguan jin, iblis, syaitan dan makhluk-makhluk jahat serta tidak melakukan segala perkara yang dilarang oleh Allah.
ALLAH AKAN MEGADAKAN SYAITAN “QORIN” KEPADA ORANG YANG ENGKAR…
Allah berfirman dalam Surah Az-Zuhruf ayat 36;
وَمَنْ يَعْشُ عَنْ ذِكْرِ الَّرَّ حْمنِ نُقَيِّضْ لَهُ شَيْطَانًا فَهُوَ لَهُ قَرِيْنٌ
Yang bermaksud: “ Dan sesiapa yang tidak mengindahkan pengajaran (Al-Quran yang diturunkan oleh Allah) Ar-Rahman, kami akan adakan baginya syaitan (yang menghasut dan menyesatkan) lalu menjdilah ia “Qorin” (iaitu teman rapat, yang tidak renggang daripadanya)”
dan ayat 37;
وَإِنَّهُمْ لَيَصُدُّوْنَهُمْ عَنِ السَّبِيْلِ وَيَحْسَبُوْنَ أَنَّهٌمْ مُّهْتَدُوْنَ
Yang bermaksud: “ Dan sesungguhnya syaitan-syaitan itu tetap menyekat menghalangi mereka dari jalan yang benar, sedang mereka menyangka bahawa mereka adalah orang-orang yang mendapat hidayah “.
Dan ayat 38 ;
حَتّى إذَاجَاءَنَاقَالَ يلَيْتَ بَيْنِى وَبَيْنَكَ بُعْدَ الْمَشْرِقَيِنِ فَبِئْسَ الْقَرِيْنُ
Yang bermaksud: “ sehingga apabila ia (orang yang telah disesatkan itu) datang kepada Kami (Allah) (pada hari kiamat), berkatalah ia: “alangkah baiknya (kalau didunia dulu ada pemisahan) diantara aku denganmu sejauh timur dan barat ! kerana (engkau) adalah sejahat-jahat (syaitan) Qorin “.
Wallahu a'lam bissawab.
(Mohon pembetulan atau penambah-baikan daripda sdr./sdri. sekalian)
Oleh: Khalid Assalabaqie,
Tapah, Perak Darul Ridzuan,
Tapah, Perak Darul Ridzuan,
Rabu: 12 Jamadil Awal 1433 / 04 April 2012.
Sunday, February 19, 2012
Saturday, February 18, 2012
Mishary Rashid Alafasy - Surah Mulk (The Dominion)
سـورة الملك
SURAH AL-MULK
Assalamualaikum warahmatullahi wa barakatuh,
Saya ingin berkongsi dengan anda sekalian tentang Surah Al-Mulk iaitu suatu surah yang patut menjadi hafalan, penghayatan, dan amalan harian bagi kita semua. Sebagai seorang Islam yang beriman dan beriktiqad Ahli Sunnah wal Jamaah, wajib percaya adanya siksa kubur. hari kiamat, hari kebangkitan, hari mahsyar, hari hisab, hari pengadilan, titian sirot, syurga dan neraka dan sebagainya. Semua ini adalah dalam lingkungan beriman kepada perkara-perkara yang ghaib.
Semua orang takut mati. Semua orang takut akan siksa kubur. Jika kita mendapat musibah didunia, kita boleh dengan mudah minta tolong orang lain. Jika kita didalam kubur, siapakah yang akan menolong kita ?. Pastinya tiada siapa yang akan menolong kita. Tanggunglah sendiri apa juga akibat yang akan kita terima jika kita tidak mempunya bekalan yang cukup. Nak minta tolong Nabi Muhammad s.a.w., Baginda tidak dapat menolong kita ketika didalam kubur. Syafaat Nabi Muhammad (saw) hanya berlaku semasa di hari mahsyar kelak, bukan semasa kita didalam kubur. Tidak kita ketahui berapa lama pula kita akan berada didalam kubur sebelum tibanya hari qiamat.
Namun, Allah Maha Pengasih dan Maha Penyayang terhadap hamba-hambaNYA. Masih ada pengharapan, iaitu syafaat beramal dengan al-Quran.
Pada ruangan ini saya hendak mewar-warkan khusus tentang fadhilat beramal dengan Surah Al-Mulk.
Namun, Allah Maha Pengasih dan Maha Penyayang terhadap hamba-hambaNYA. Masih ada pengharapan, iaitu syafaat beramal dengan al-Quran.
Pada ruangan ini saya hendak mewar-warkan khusus tentang fadhilat beramal dengan Surah Al-Mulk.
Ibnu Abbas telah menceritakan yang maksudnya lebih kurang begini:
“Pernah berlaku satu peristiwa, beberapa orang sahabat, telah berkhemah di atas satu kawasan lapang dan bermalam disitu, Mereka tiba-tiba mendengar suara orang membaca Surah Al Mulk dari mula hinggalah akhirnya. Suara itu datangnya dari dalam tanah. Mereka kehairanan dan saling bertanya diantara satu sama lain. Tahulah meraka bahawa mereka sedang berada diatas perkuburan, lalu merekapun segera meninggalkan tempat itu “
“Hal itu telah diadukan kepada Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam. Maka Baginda pun bersabda yang bermaksud: “Surah Al Mulk adalah surah pelepasan kerana ia menghindar pembacanya dari azab neraka.”
1.Pada satu ketika lain Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: “Surah Al Mulk itu memelihara dan menghindarkan pembacanya dari azab kubur.”
2. Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah Shallallhu ‘Alaihi Wasallam telah bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya di dalam Al-Quran itu, ada satu surah yang mengandungi 30 ayat, ia mensyafaat bagi lelaki yang membacanya. Maka selagi mana lelaki itu membacanya, selagi itu pula ia meminta ampun unutuknya. Surah itu ialah surah Al Mulk.”
3. Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: “Surah Al Mulk itu memelihara dan menghindarkan pembacanya dari azab kubur.”
4. Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: “Aku sungguh gembira, sekiranya orang mukmin sentiasa membaca surah Al Mulk sehingga seolah-olah surah itu tertulis di dalam hatinya.”
5. Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: “Barangsiapa membaca surah Al Mulk setiap malam, diselamatkannya dari azab kubur.”
6. Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: “Sesiapa membaca surah Al Mulk pada mana-mana malam, nescaya datang ke dalam kuburnya surah itu sebagai pengganti untuk bersoal jawab dengan Munkar Nakir.
7. Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya di dalam Al-Quran ada satu surah yang terkandung 30 ayat. Surah itu ialah surah Al Mulk. Ia akan datang kepada pembacanya untuk membantu bersoal jawab dalam kubur sehinggalah mereka selamat masuk ke dalam Syurga.”
8. Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: “Sebahagian surah-surah yang terdapat di dalam Al-Quran ada satu surah yang mengandungi 30 ayat. Surah itu surah Al Mulk. Ia memberi syafaat kepada orang yang membacanya dengan mengeluarkannya dari Neraka dan memasukkannya ke dalam Syurga.”
9. Ulama berkata: “Sesungguhnya Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam tidak akan beradu melainkan setelah membaca surah As Sajadah dan surah Al Mulk.”
10. Ulama berkata: “Sesungguhnya surah Al Mulk itu melepaskan pengamal-pengamalnya dari kena azab. Ia akan bersoal jawab pada hari kiamat di hadapan tuhan kerana menuntut kelepasan mereka yang mengamalkannya dari azab api Neraka.”
11. Saiyidina ‘Ali berkata: “Barangsiapa mengamalkan surah Al Mulk, nescaya dibawa ia pada hari kiamat di atas sayap malaikat serta wajahnya yang cantik seperti nabi Yusuf.”
12. Ulama berkata: “Sesungguhnya surah Yasin dan surah Al Mulk terkandung di dalamnya beberapa rahsia dan kelebihan. Barangsiapa mengamalkannya nescaya ia mendapat rahsia-rahsia dan kelebihan-kelebihan itu serta dikasihi oleh semua manusia dan juga menjadi hebat pada pandangan makhluk.”
13. Saiyidina ‘Abdullah bin Abbas berkata: “Barangsiapa membaca surah Al Mulk sehingga menjadi amalan wiridnya, nescaya ia mendapat bantuan dan pertolongan dari Allah Subhanahu wa Ta’ala di dalam kuburnya. Bila azab hendak datang ke pihak kepala, terdengar satu seruan: “Tidak boleh engkau datang ke pihak kepala ini kerana ada surah Al Mulk.”
Begitulah keadaanya bila azab itu pergi ke pihak kaki dan perutnya. Kerana semuanya mengandungi surah Al Mulk.”
Begitulah keadaanya bila azab itu pergi ke pihak kaki dan perutnya. Kerana semuanya mengandungi surah Al Mulk.”
Wallahu a’alam bissawab.
Marilah kita beramal denganya mudah-mudahan kita beroleh manfaat daripadanya. Amin !
Subscribe to:
Posts (Atom)





