Pages

Powered By Blogger

Thursday, August 4, 2011

RAMADHAN AL-MUBARAK


Assalamu'alaikum warahmatullahi wa barakatuh,

PENGHAYATAN  DAN KEBEJATAN  AMALAN

Imam Al-Bukhari menceritakan yang dipetik dari perktaan Ibrahim bin Abdul Rahman bin 'Auf yang menceritakan bahawa bapanya, iaitu Abdul Rahman bin 'Auf, pada suatu petang di bulan Ramadhan sedang duduk menghadap hidangan untuk berbuka puasa. Tiba-tiba dia berkata: " Mus'af bin 'Umair adalah seorang sahabat yang jauh lebih baik daripada aku. Ketika dia mati (gugur syahid), dia tidak mempunyai kain untuk menutup janazahnya, melainkan sehelai selimut pendek, jika ditutup kepalanya, terbuka kakinya, jika ditutup kakinya terbuka kepalanya. Sekarang kami telah dikurniakan kekayaan dunia yang melimpah ruah. Kami bimbang kalau-kalau amal kebajikan kami telah dibayar tunai didunia ini yang akan menyebabkan kami tidak lagi berhak mendapat sebarang ganjaran diakhirat kelak ". Kemudian beliau pun mengangis tersedu-sedu, sebentar kemudia beliau bangun lalu meninggalkan hidangan.

Diharap luahan perasaan seorang sahabat Nabi SAW yang kita tahu,  adalah seorang yang hartawan,  kaya, memiliki harta  yang banyak, dapat menyedarkan kita semua, agar jangan terlampau bermewah-mewah dalam menyediakan makanan untuk bebuka puasa, walau pun kita mempu berbuat demikian.  Sahabat Nabi, Abdul Rahman bin 'Auf yang kaya, meninggalkan hidangan yang kita kira  tidak seberapa mewah jika dibandingkan dengan hidangan dizaman kita sekarang, demi takut tidak dapat ridha Allah. Takut kalau-kalau nikmat makan yang bermewah-mewah itu adalah bayaran tunai didunia bagi segala pahala amal kebajikan yang telah kita lakukanya..

Allah yang mencipta manusia dan Allah yang mencipta Islam. Islam merupakan Agama  bagi manusia, panduan bagi manusia, cara hidup bagi manusia yang sangat sempurna, komprehensif dan releven. Islam mengatur kehidupan manusia dengan begitu rapi dan terperinci sehingga ke peringkat soal makan dan minum serta langkah penjagaan kesihatan rohani dan jasmani.
Allah berfirman;

وَكُلُوْا وَ اشْرَبُوْا وَ لاَتُسْرِفُوْا إِنَّ اللهُ لآَ يُحِبُّ الْمُسْرِفِيْنَ .
yang bermaksud: " Dan makanlah kamu, dan minumlah kamu sekalian dan jangalah kamu berlebih-lebihan, sesungguhnya Allah tidak suka akan orang yang belebih-lebihan.  
(Al-A'araf : 31).

Selama sebelas bulan dalam setahun Allah mengharuskan kita makan dan minum siang dan malam; dan selama sebulan pula Allah mewajibkan orang-orang yang beriman berpuasa disiang hari. Hakikatnya ialah untuk menguji siapakah yang lebih baik taqwanya disamping hendak  mengangkat martabat orang yang berpuasa ke  beberapa darjat yang labih tinggi

Amatlah silap mereka yang menganggap bahawa setelah kita berpuasa, menahan diri dari makan dan minum disiang hari, maka pada waktu malamnya bolehlah kita menjamu selera, makan dan minum semau-maunya.

Dalam hal ini Hujjatul Islam Imam Al-Ghazali menerangkan; " Jangan engkau makan ketika berbuka puasa itu melebihi kadar biasa engkau makan diwaktu siang diluar Ramadhan. Jika kamu berbuat demikian bererti kamu memindahkan apa yang biasa kamu makan diluar bulan Ramadhan ke waktu malam, disamping itu kamu pula makan  bermewah-mewah pada waktu berbuka dan pada malamnya. Ini bererti kamu bukan mengurangkan makan dan minum, tetapi menambah banyak lagi dari hari-hari biasa. Maka tiada bermakna puasa kamu itu, kerana sesungguhnya puasa itu ialah untuk merasai keperitan berlapar dan dahaga sebagaimana yang dirasai oleh fakir miskin yang tiada kecukupan makan. Natijahnya ialah untuk menundukkan hawa nafsu kamu, dan untuk meningkatkan darjat ketaqwaan kamu.  Firman Allah SWT :

يَا ايُّهَا الَّذِيْنَ امََنُوْا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِيْنَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُوْنَ
Wahai orang yang beriman, diwajibkan keatas kamu berpuasa, sebagaimana diwajibkan keatas umat yang terdahulu daripada kamu, mudah-mudahan kamu menjadi orang  yang bertaqwa.
( Al-Baqarah : 183).

Muslimin Muslimat  yang dirahmati Allah sekalian,
Ramadhan, penghulu bagi segala bulan, memang ditunggu-tunggu kedatangannya oleh orang-orang yang beriman, sebagai bulan pembawa Rahmat, ibarat menunggu turunnya hujan dimusim kemarau panjang, yang akan  membasahi bumi gersang  yang kering kontang.

Oleh itu sangat silaplah orang-orang yang menunggu-nunggu kedatangan Ramadhan bukan untuk tujuan melaksanakan perintah Allah, tetapi hanya untuk tujuan mengaut keuntungan duniawi semta-mata seperti beniaga dipasar ramadhan, bazar ramadhan,  mempromosi makanan dan minuman, mengajar masakan yang lazat-lazat, memperomosi pakej berbuka puasa ditempat-tempat eksklusif dan  dihotel-hotel mewah, memperomosi kuih raya,  pakaian raya, program raya, hiburan raya, tarian raya, pesta raya, dan berbagai-bagai lagi promosi sedangkan  Ramadhan tiba.

Jika kita lihat budaya berbuka puasa masa kini, samada dirumah-rumah atau dimasjid-masjid, sangat mendukacitakan sekali, kerana banyak belaku  boros atau membazir disana sini setiap hari. Sedangkan kita tahu sifat tersebut sangat dimurkai Allah, bahkan dikategorikan kepada "saudara syaitan" bagi orang yang melakukannya.

Allah berfirman:
اِنَّ الْمُبَذِّرِيْنَ كَانُوْا إِخْوَانَ الشَّيـطِيْنِ وَكَانَ الشَّيْطنُ لَرَ بِّهِ كَفُوْرًا .
yang bemaksud: " Sesungguhnya orang-orang yang pemboros (membazir) itu adalah saudara syaitan-syaitan, dan syaitan itu sangat ingkar kepad Tuhannya". ( Al-Isra' : 26  )

Dan yang paling dahsyat sekali ialah apabila ada beberapa pihak yang sudah bersiap sedia untuk melancarkan berbagai program hiburan hari raya yang sarat dengan nyanyian, tarian, lawak jenaka, fesyen pakaian, makanan, pertandingan, dan lain-lain, dari pagi hingga membawa ke petang, petang membawa ke malam, malam hingga santak ke pagi.

Pada pandangaan saya;
Pertama: Menggambarkan seolah-olah Negara ini sarat dengan manusia yang tidak ada agama dan tidak mempunyai arah tujuan hidup, melainkan berhibur, berhibur dan berhibur.
Kedua: Menggambarkan bahawa inilah satu budaya baru, cara hidup kotemporari yang sesuai bagi sebuah Negara yang hendak mencapai status sebuah  Negara maju yang berwawasan.
Ketiga:  Menggambarkan seolah-olah Negara ini diterajui oleh tukang nyayi, tukang tari, tukang karut, 24 jam yang bersiaran disebalik  selogan "hiburan berinformasi".
Keempat; Menggambarkan seolah-olah semua benda mesti ada nilai komersial, nilai iklan, nilai duit ringgit, sehingga IBADAH PUASA dan AIDIL FITRI pun turut dicemarkan.
Kelima: Menggambarkan seolah-olah media masa dominan dalam  melakari kebejatan nilai dan sistem nilai Umat Islam masa kini.

1.Ini menyebabkan orang bukan Islam dan yang  jahil agama menganggap Bulan Ramadhan itu bulan yang sarat dengan promosi komersil, bazar ramadhan, pesta makanan, bulan rezeki, majlis berbuka puasa, pakej berbuka puasa di hotel dan sebagainya.
2.Fenomena dan reality kebejatan sistem nilai sangat ketara sekarang. Nilai Robbani, Fadhilat dan Hakikat Ibadah Puasa semakin dikesampingkan. Realitinya, nilai duniawi dan kehendak nafsu manusia semakin diutamakan.
2.1  Deliema 1:  Berlaku boros  dalam   berbelanja,  berlebih-lebihan  dalam  makan  dan  minum  
       melebihi bulan-bulan lain dan berlaku pembaziran. Amalan bertukar-tukar makanan buatan
       sendiri  semakin  pupus.   Diganti  dengan amalan sibuk memikirkan apa
       hendak dibeli  untuk berbuka.   Lalu ahli keluarga mengumpulkan banyak makanan, menyebabkan   
       setiap hari berlaku "berlebih-lebihan", boros dan membazir.


2.2   Deliema 2: Apabila perut jadi gendut dan sarat dengan air dan makanan, badan menjadi berat dan malas untuk melakukan ibadat, kita akan lihat masjid-masjid pada malam-malam 10 pertama sahaja ramai, tapi malam10 kedua hingga ke akhir semakin berkurangan.

2.3   Deliema 3:  Penyertaan solat berjamaah Maghrib terjejas kerana ahli-ahli Qaryah mengutamakan "berjamaah" berbuka puasa dirumah masing-masing. Kalau ada pun itu adalah para peserta morė berbuka puasa dan para musafir yang singgah.

2.4   Deliema 4:   Penyakit malas beribadat menimpa apabila kita lihat setengah orang menghadirkan diri berjamaah solat Tarawih tidak bersungguh-sungguh. Gemar kepada yang ringkas-ringkas dan suka "short-cut". Suka merungut jika Imam membawa surah yang panjang atau membawa solat tarawih 20 raka'at. Sedangkan nanti, dia pulang kerumah duduk didepan TV sambil menjamu selera.

Media TV dan lain-lain giat menayangkan berbagai rancangan yang  memberikan gambaran kepada umum tentang Hari Raya. Pada kesimpulannya, umum mendapat  gambaran bahawa Hari Raya ialah;

  1. Hari yang penuh sarat dengan berbagai promosi jualan hebat sebagaimana perayaan-perayaan kaum lain.
  2. Hari menjamu selera sarat dengan bermacam-macam jenis makanan, juadah, hidangan, lengkap dengan berjenis-jenis ciptaan resepi baru dan kulinari istimewa.
  3. Hari memperagakan pakaian-pakaian baru, dengan fesyen kotemporari yang digayakan oleh para artis dan model terkemuka.
  4. Hari memperagakan berbagai eksesari wanita yang kotemporari, termasuk barang kemas, hiasan diri dan persolekan.
  5. Hari menukar alat perabot rumah, perkakas letrik, lagsir, cat rumah, hiasan dalaman rumah, perkakas dapur, perhiasan luar dan dalam, termasuk hiasan taman dan landscap.
  6. Hari rumah-rumah dihiasi dengan lampu-lampu berwarna warni, bergemerlapan, bebagai jenis termasuk, lampu-lampu tradisional "panjut" dan sebagainya.
  7. Hari yang sarat dengan hiburan di TV dan astro yang menggambarkan orang Melayu pada hari raya semua akan menari sambil menyanyi sambil makan rending, ketupat, kuih muih sambil bersalam-salaman lelaki perempuan macam orang Barat. (Ada lakonan yang ralat dan tidak lojik, menganyam ketupat, atau membakar lemang atau mengacau dodol memakai baju raya yang baru – betul ke?).
  8. Hari yang menyeronokkan bagi kanak-kanak kerana diperlihatkan kanak-kanak main bunga api, main mercun, berkunjung rumah orang, makan-makan, minum-minum, balik dapat duit raya.
  9. Hari yang semua orang lelaki perempuan, pagi-pagi pergi ke masjid-masjid atau surau-surau dengan pakaian tradisional, kemudian bersalam-salaman, kemudian tidak lupa menziarahi pusara-puara kaum keluarga. (Kalau di Indonesia digambarkan semua orang akan membawa atau membeli bunga yang akan ditaburkan diatas pusara)
  10. Hari yang bekumandangnya disana-sini takbir raya yang dialunkan oleh para Jamaah masjid atau surau (secara lakonan), sedangkan realitinya tidak begitu.
  11. Hari yang disambut oleh para muda mudi dengan berpesta hiburan dikelab-kelab "favorite" mereka, atau menonton "cinema show" atau menyaksikan berbagai "hari raya show" yang dianjurkan khas untuk persta hibuan hari raya berlanjutan sebulan penuh.
  12. Hari yang disambut oleh para artis dan bintang filem dengan kesibukan membuat "show" disana sini belanjutan sebulan panuh.
  13. Hari yang disambut dengan acara-acara "rumah terbuka" selama sebulan penuh (hingga ada yang terlajak ke 1 atau 2 Syawal).
  14. Realitinya, kebejatan sistem nilai sudah semakin parah sekarang.  Nilai Robbani, Fadhilat dan Hakikat Ibadah Merayakan 'Aidil Fitri  semakin dikesampingkan,  Nilai duniawi dan kehendak nafsu manusia semakin diutamakan.

14.1 Deliema 1: Apabila menjelang akhir Ramadhan terutamanya malam raya, berlakulah "anti-climax" yang menyedihkan, apabila masjid-masjid dan surau-surau kembali lengang atau berkurangan bilangan jamaahnya.

14.2 Deliema 2: Bukan sahaja dimalam raya, malah pada hari-hari yang berikutnya sehingga berlarutan berminggu-minggu lamanya hal ini terjadi. Setengah tempat solat jamaah zuhur atau asar sukar didirikan bahkan ada yang langsung tiada kedengaran azan.

14.3 Deliema 3: banyak terjadi, anak-anak remaja yang berumar lingkungan 10 tahun ke atas enggan mengikut keluarga berkunjung ke  rumah-rumah sanak saudara di kampung kerana lebih terpaut duduk dihadapan TV atau video.

14.4 Deliema 4: Kebanyakan orang kembali kepada tabiat asalnya sebaik sahaja habis Ramadhan. Tidak lagi menghayati amalan-amalan soleh yang telah dilaksanakannya selama sebulan. Ini ialah akibat daripada terlampau terdedah kepada hiburan yang sarat lagi melampau. Perut disumbat semula dengan  makan minum yang tidak henti-henti kerana menyambut raya. Hati menjadi keras semula, menyebabkan sukar untuk menerima hidayah, sukar untuk menerima nur pertunjuk Ilahi dan mudah kembali mengikut tuntutan hawa nafsu yang diterajui oleh syaitan. Tarbiyyah Ramadhan gagal meninggalkan kesan kerana terkena     " virus" maksiat dibulan syawal.

Kesimpulan:
Ramadhan dan segala kelebihan, kemuliaan dan barokahnya, bulan anugerah yang sangat istimewa bagi Umat Muhammad akhir zaman. Beruntung besar, siapa yang dapat merebut peluang yang tersedia didalamnya, seperti sabda bginda Rasulullah SAW:

مَنْ صَامَ رَمَضَانَ إِيْمَا نًا وَاحْتِسَا بًا غُفِرَلَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ.
yang bermaksud: " Barangsiapa yang berpuasa Ramadhan dalam keadaan beriman dan mengharapkan keridhoaan Allah, niscaya diampunkan baginya dosa-dosa yang telah lalu"  ( Hadith: Riwayat Bukhari & Muslim)

Kata Hukama': 
Alangkah ruginya orang yang membiarkan Ramadhan berlalu tanpa mengambil segala fadhilatnya yang tersedia ".

" Apa yang telah berlalu, tidak akan berulang lagi,  yang akan datang belum pasti, sebab belum tentu kita masih diberi kesempatan untuk melakukannya ".

Sila layari links di Berita Harian:

Peniaga leka kejar untung terlepas nikmat Ramadan

<a href="http://www.bharian.com.my/bharian/articles/PeniagalekakejaruntungterlepasnikmatRamadan/Article">Berita Harian Online | Peniaga leka kejar untung terlepas nikmat Ramadan</a>

Peniaga leka kejar untung terlepas nikmat Ramadan
Oleh Zahiruddin Zabidi

2011/08/15

RAMADAN adalah pesta segala pesta, ia pesta kepada hamba yang cintakan kerahmantan dan keampunan Allah, juga mereka yang cintakan sunnah Rasulullah SAW. Ramadan juga pesta bagi mereka yang tidak bernasib baik seperti anak yatim dan fakir miskin serta ibu tunggal kerana kemurahan umat Islam yang berganda dalam bulan ini.

Antara janji Allah kepada hamba-Nya melalui Rasulullah SAW adalah sabdanya yang bermaksud: “Sesiapa yang berpuasa pada Ramadan dengan keimanan dan pengharapan, diampunkan segala dosanya yang lalu.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).
Dalam hadis lain dinyatakan bagaimana pemurahnya Rasulullah SAW dalam bulan Ramadan sehingga diibaratkan sebagai angin kencang yang berlalu. Pada bulan ini juga pelbagai fadilat dan keutamaan memberi makan kepada orang berbuka puasa.
Perniagaan adalah pekerjaan mulia dan sunnah Rasulullah SAW. Namun, Islam menitikberatkan soal hak, keadilan, kejujuran dan keikhlasan dalam urusan ini. Akhirnya, semua nilai ini terhakis kerana terlalu mengejar jualan dan risau rugi jika dibuang begitu saja. Inilah ujian terbesar kepada peniaga
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berbuka puasa, maka baginya pahala seperti orang yang berpuasa itu tanpa dikurangi walau sedikitpun pahala orang yang berpuasa itu.” (Hadis Ahmad dan An-Nasaie).

Banyak lagi hadis menggambarkan bagaimana Rasulullah SAW mempergunakan ruang waktu selama sebulan Ramadan beramal ibadah. Malah ulama lama dan baru masih terus menukilkan mengenai puasa dari pelbagai perspektif seperti kesihatan, sains serta emosi.

Pada masa sama, Ramadan juga dianggap pesta cukup penting bagi mereka yang inginkan keuntungan segera melalui perniagaan. Malah yang tidak berniaga pun akan turun padang membuat kerja tambahan dengan menjadi peniaga pasar Ramadan yang menjanjikan pulangan lumayan.

Sejak terma Pasar Ramadan diperkenalkan di Malaysia, banyak kesan buruk berbanding kesan baik yang diperoleh. Kelekaan berniaga dan membuat persiapan perniagaan memakan tumpuan dan ruang untuk mereka beramal ibadat. 
Keletihan membuat kerja tambahan ini pasti juga menyebabkan mereka tidak berdaya lagi melayari bahtera ibadah di masjid yang menjanjikan keampunan dan kerahmatan Allah.

Perniagaan adalah pekerjaan mulia dan sunnah Rasulullah SAW. Namun, Islam menitikberatkan soal hak, keadilan, kejujuran dan keikhlasan dalam urusan ini. Akhirnya, semua nilai ini terhakis kerana terlalu mengejar jualan dan risau rugi jika dibuang begitu saja. Inilah ujian terbesar kepada peniaga.

Ada yang berniaga tetapi tidak menjaga kualiti makanan atau lauk yang dijual. Cantik di mata namun tidak menepati kriteria sesuatu kuih atau lauk itu sendiri, semuanya kerana mahukan untung yang maksimum dengan kos minimum.

Allah memberi amaran keras dalam al-Quran yang bermaksud: “Ada suatu sungai dalam neraka jahanam itu disediakan bagi orang hina, yang apabila mereka menyukat atau menimbang akan sesuatu yang mereka jual maka akan mengurangkan sukatan atau timbangan tetapi apabila membeli barangan dari orang lain mereka akan melebihkan sukatan atau timbangan untung mereka.” (Surah al-Mutaffifin, ayat 1-3).

Peniaga yang tidak jujur akan untung wang ringgit tapi sebenarnya mereka adalah manusia yang rugi andai terus mengamalkan sikap demikian. Ramadan sepatutnya menjadi bulan mendidik dan mengajar mereka erti keikhlasan dan memberi, kerana keuntungan sebenar adalah apabila kita meraih habuan syurga daripada Allah di akhirat kelak.

Sabda Rasulullah yang bermaksud: “Peniaga yang jujur itu bersama para nabi, siddiqin dan syuhada nanti di syurga.” (Hadis riwayat Bukhari).

Rasulullah juga memberi amaran dalam sabda yang bermaksud: “Jual beli dilakukan dengan tawar-menawar, jika kedua-dua pihak jujur dan nyata, maka mereka diberkati, tetapi jika kedua-duanya dusta dan merahsiakan, maka keberkatannya akan lenyap.” (Hadis riwayat Abu Daud).