HUKUM DAN PERATURAN MENYEMBELIH BINATANG
1.ISTILAH MENYEMBELIH PADA SYARA’
Menyembelih ialah suatu perbuatan yang melukakan bahagian tertentu pada badan binatang bertujuan untuk mengeluarkan darah daripada badan binatang itu supaya ia mati, mengikut peraturan dan syarat-syarat yang tertentu.
2.SYARAT-SYARAT ORANG YANG HENDAK MENYEMBELIH
Disyaratkan orang yang hendak menyembelih itu mestilah
1. Orang Islam atau
2. Ahli Kitab daripada Yahudi atau Nasrani yang harus orang Islam berkahwin dengan dia.
3.SYARAT-SYARAT BINATANG YANG HENDAK DISEMBELIH
1. Binatang yang hendak disembelih itu mestilah;
1.1. Binatang yang masih hidup.
1.2. Binatang yang halal dimakan.
1.3 Binatang yang dikuasai atau dalam kawalan dan mudah disembelih seperti kerbau, lembu, kambing dan sebagainya.
1.4 Binatang liar yang dapat ditangkap hidup-hidup atau yang tak dapat bergerak kerana tercedera anggotanya.
( Nota: Binatang ternakan seperti lembu atau kerbau yang terlepas lari dan menjadi liar hingga sukar untuk di tangkap, serta sukar untuk disembelih, maka harus jika ia diburu dan jika ia terbunuh ketika diburu tidak perlu lagi disembelih sama seperti binatang buruan jua. Tetapi jika dapat ditangkap hidup-hidup dan mudah dikuasai untuk disembelih, maka disembelih adalah lebih utama).
4.HUKUM BINATANG BURUAN YANG TIDAK PERLU DISEMBELIH
Binatang liar seperti rusa, kijang, kancil dan sebagainya atau binatang ternakan yang telah menjadi liar hingga sukar untuk ditangkap dan sukar untuk disembelih, adalah tergolong kepada “binatang buruan”, tertakluk kepada syarat-syarat berikut :-
1. Binatang yang diburu hendaklah binatang liar yang halal dimakan.
2. Binatang yang diternak tetapi telah terlepas lari dan menjadi liar yang sukar untuk ditangkap semula, seperti kerbau atau lembu yang terlepas dan menjadi liar dan sukar untuk disembelih dengan cara biasa, boleh dikira sebagai binatang liar yang boleh diburu.
3. Binatang yang diburu apabila telah dibunuh dengan cara memanah, atau merejam dengan lembing, atau menikam dengan senjata yang tajam seperti tombak, pedang, mata pisau, atau alat-alat tajam yng diperbuat daripada batu, buluh, kayu, kaca, besi, tembaga, emas, perak, timah dan logam-logam lain yang tajam, (tidak termasuk sesuatu alat daripada kuku, gigi atau tulang; dan tidak termasuk tembakan daripada peluru senapang, meriam, bom, alat peletup dan sebagainya), adalah dikira seperti telah disembelih. Maka ia tidak perlu disembelih lagi.
4. Binatang liar atau binatang ternakan yang terjatuh ke dalam lubang atau perigi buta, atau lurah gunung yang sempit, hingga sukar untuk diselamatkan atau disembelih dengan cara biasa, maka bolehlah dilakukan sepertimana memburu.. Setelah ia mati, bolehlah diangkat naik ke atas dan tidak perlu disembelih lagi. Ia adalah halal untuk dimakan dan bermanfaat kerana terhindar daripada menjadi bangkai.
5.SYARAT ALAT MENYEMBELIH
1. Alat menyembelih mestilah daripada alat yang tajam yang boleh melukakan seperti pisau, parang, golok dan sebagainya. Ta’arif alat-alat yang tajam ialah sesuatu yang tajam (yakni boleh melukakan) yang dibuat daripada daripada kaca, batu, kayu, buluh, besi, timah, emas, perak, dan logam-logam lain, (tetapi tidak termasuk sesuatu daripada kuku, gigi dan tulang).
6.SYARAT MENYEMBELIH
1. Menyembelih ialah dengan cara memotong dan memutuskan halqum dan dua urat-urat marih pada leher binatang, kedudukan sembelihan ialah diantara bawah dagu dan pangkal leher binatang itu.
2. Menyembelih itu mestilah memutuskan halqum dan urat-urat mari pada leher binatang kedudukannya diantara bawah dagu dan pangkal leher disebelah atas dada. Bagi binatang yang lehernya panjang tempat sembelihan ialah lebih hampir kepada dagunya.
3. Senghaja melakukan sembelihan keatas binatang itu.
4. Binatang yang disembelih itu mati kerana sembelihan itu bukan mati disebabkan yang lain seperti direndam dalam air, disiram air panas, dihempap benda berat, dipukul, dipijak dan sebagainya.
7.SUNAT
1. Menajamkan pisau.
2. Bagi binatang yang panjang tengkoknya seperti, unta, angsa, kasuari, burung unta dan sebagainya, sunat memutuskan dua urat tengkok dan apa-apa selebihnya.
3. Menghadapkan sembelihannya ke qiblat.
4. Membaca nama Allah dan Solawat atas Nabi SAW seperti
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْمِ اَللّهُمَّ صَلِّ وَ سَلِّمْ عَلى سَيِّدِنَا مُحَمَّد
atau yang ringkas;
بِسْمِ اللهِ اَللهُ اَكْـبَر، اَللّهُمَّ صَلِّ عَلى سَيِّدِنَا مُحَمَّد
8.MAKRUH
1. Kanak-kanak yang belum mumaiyyiz.
2. Orang mabuk.
3. Orang gila.
4. Makruh menyembelih hingga putus leher binatang (dengan senghaja, kalau tidak senghaja
tidak makruh).
9.ADAB-ADAB KETIKA MENYEMBELIH
1. Hendaklah berlaku ihsan terhadap binatang yang hendak disembelih. Yakni tidak
menganiaya dan berlaku kasar terhadapnya.
2. Jangan menajamkan pisau dihadapan binatang sembelihan.
3. Jangan menyembelih dihadapan binatang-binatang lain yang belum disembelih.
10.BEBERAPA MAKLUMAT PENTING YANG PERLU DIKETAHUI TENTANG
MENYEMBELIH.
1. Tidak disyaratkan hanya orang lelakisahaja yang harus menyembelih. Orang perempuan dan kanak-kanak yang Mumayyiz pun diharuskan menyembelih, yakni boleh menyembelih walaupun ada orang lelaki.
2. Lelaki dewasa yang tiada uzur adalah lebih afdhal daripada perempuan dan kanak-kanak.
3. Binatang buruan yang mati dipanah atau dilembing ketika diburu dikira sudah disembelih, maka tidak perlu disembelih lagi.
4. Binatang yang sukar hendak disembelih cara biasa, tidak kira binatang buruan atau ternakan, contohnya seperti lembu yang terjatuh ke dalam lubang yang sempit harus ia dimatikan dengan cara berburu. Contohnya: dengan cara menikam mana-mana bahagian yang boleh mengalirkan darahnya supaya ia mati. Setelah ia dikeluarkan daripada lubang, ia tidak perlu desembelih lagi kerana ia dikira sudah disembelih.
5. Binatang yang mati ditembak tidak halal dimakan, sebab peluru senapang tidak termasuk dalam istilah alat tajam untuk menyembelih atau untuk memburu. (Nota: Adapun “peluru tajam yang berbentuk anak panah” yang digunakan dalam senjata “cross bow” adalah dikiaskan sebagai anak panah jua. Maka ia bukanlah peluru senapang).
6. Bahagian badan binatang yang terputus ketika hidupnya dikira bangkai. Maka ia haram dimakan.
7. Hukum keatas beberapa ralat, kesilapan dan perkara-perkara berkaitan dengan binatang sembelihan:-
7.1. Sah sembelihan walaupun terlupa membaca nama Allah (Bismillah…)
dan Solawat (Allahumma solli ‘ala Muhammad) ketika menyembelih,
kerana membaca Basmallah dan Solawat hukumnya sunat, bukan wajib).
dan Solawat (Allahumma solli ‘ala Muhammad) ketika menyembelih,
kerana membaca Basmallah dan Solawat hukumnya sunat, bukan wajib).
7.2. Sah sembelihan walaupun semasa sedang menyembelih, terangkat
pisau sebentar kemudian diteruskan.
pisau sebentar kemudian diteruskan.
7.3. Sah sembelihan, jika, apabila diangkat pisau didapati urat mari masih
belum putus, hendaklah diteruskan serta merta ditempat yang sama.
belum putus, hendaklah diteruskan serta merta ditempat yang sama.
7.4. Sah sembelihan, walaupun binatang yang disembelih itu mengambil masa
dua atau tiga hari baru mati.
dua atau tiga hari baru mati.
7.5. Jika lebih pada biasa hingga melebihi tiga hari tidak juga mati, maka hendakklah
desembelih buat kali yang kedua pada bahagian atas atau pada bahagian bawah
sembelihan yang pertama.
sembelihan yang pertama.
7.6. Sah sembelihan, walaupun yang tolong memegang binatang adalah
orang bukan Islam.
orang bukan Islam.
7.7. Sah sembelihan, jika terputus leher binatang sembelihan secara tidak sengaja.
Jika senghaja, hukumnya makruh.
Jika senghaja, hukumnya makruh.
7.8. Haram sembelihan orang kafir kecuali orang Yahudi atau Nasrani
daripada Ahli Kitab.
daripada Ahli Kitab.
7.9. Tidak sah sembelihan, jika didapati halqum atau urat mari tidak putus.
7.10.Hukumnya haram memperacepatkan matinya binatang yang disembelih
dengan cara merendam dalam air biasa atau menjirus dengan air panas,
atau menindih dengan benda berat atau memijaknya atau membantingnya
hingga mati dan sebagainya. Jika ia mati dengan cara sedemikian, ia dikira
bangkai dan haram dimakan.
dengan cara merendam dalam air biasa atau menjirus dengan air panas,
atau menindih dengan benda berat atau memijaknya atau membantingnya
hingga mati dan sebagainya. Jika ia mati dengan cara sedemikian, ia dikira
bangkai dan haram dimakan.
7.11 Haram memakan binatang yang tidak dihalalkan oleh Syarak, walaupun ianya
disembelih.(Contoh: Singa, harimau, Anjing, Babi, Serigala, Musang, Kucing, Ular,
Biawak, Burung Helang dan lain-lain).
7.12.Haram memakan bangkai atau sebahagian anggota binatang yang terpotong
semasa hidupnya.
7.14.Haram memakan binatang yang disembelih yang tidak mengikut peraturan atau
syarat-syarat yang dinyatakan di atas.
syarat-syarat yang dinyatakan di atas.
11. Pada badan binatang yang telah disembelih dengan sempurna, terdapat 10 perkra atau bahagian organ-organnya yang haram dimakan, iaitu:-
1. Darahnya.
2. Najis dan kotorannya.
3. Lendir-lendir selain darah dan najis.
4. Bagi yang jantan: zakar, buah zakar dan semua organ-organ kelaminnya.
5. Bagi yang betina: faraj yang luar, salur faraj dan semua organ-organ kelaminnya.
6. Duburnya.
7. Pundi-pundi kencingnya.
8. Mempedunya (termasuk sarung dan isinya).
9. Kulit ari yang nipis dibawah kulit.
10. Kulit yang berpenyakit.
Wallahu a’alam bissawab.
Oleh: Khalid Assalabaqie.
(Mohon pembetulan dan penambah-baikan daripada sdr./sdri. sekalian)
Sumber rujukan: Kitab Sabilal Muhtadin dan Risalah-Risalah panduan yang diperolehi semasa Kursus Teori dan Praktikal Menyembelih Binatang, anjuran bersama Masjid Jamek Tapah dan Jabatan Agama Islam Negeri Perak.
salam...bagus artikelnya
ReplyDeletecuma ada sedikit kekeliruan dalam artikel ni...cuba kita bandingkan artikel ni
ReplyDeleteHUKUM DAN PERATURAN MENYEMBELIH BINATANG
4.HUKUM BINATANG BURUAN YANG TIDAK PERLU DISEMBELIH
Binatang liar seperti rusa, kijang, kancil dan sebagainya atau binatang ternakan yang telah menjadi liar hingga sukar untuk ditangkap dan sukar untuk disembelih, adalah tergolong kepada “binatang buruan”, tertakluk kepada syarat-syarat berikut :-
3. Binatang yang diburu apabila telah dibunuh dengan cara memanah, atau merejam dengan lembing, atau menikam dengan senjata yang tajam seperti tombak, pedang, mata pisau, atau alat-alat tajam yng diperbuat daripada batu, buluh, kayu, kaca, besi, tembaga, emas, perak, timah dan logam-logam lain yang tajam, (tidak termasuk sesuatu alat daripada kuku, gigi atau tulang; dan tidak termasuk tembakan daripada peluru senapang, meriam, bom, alat peletup dan sebagainya), adalah dikira seperti telah disembelih. Maka ia tidak perlu disembelih lagi.
juga sila perhatikan pada artikel seterusnya
10.BEBERAPA MAKLUMAT PENTING YANG PERLU DIKETAHUI TENTANG
MENYEMBELIH.
5. Binatang yang mati ditembak tidak halal dimakan, sebab peluru senapang tidak termasuk dalam istilah alat tajam untuk menyembelih atau untuk memburu. (Nota: Adapun “peluru tajam yang berbentuk anak panah” yang digunakan dalam senjata “cross bow” adalah dikiaskan sebagai anak panah jua. Maka ia bukanlah peluru senapang).
cuba kita bandingkan pula dengan pendapat Dr. Yusuf al Qaradhawi dalam Halal dan Haram Dalam Islam
(http://media.isnet.org/islam/Qardhawi/Halal/20118.html)
2.1.18.3.1 Berburu Dengan Senjata Tajam
Berburu dengan alat diperlukan dua persyaratan:
1). Hendaknya alat tersebut dapat menembus kulit, dimana binatang tersebut mati karena ketajaman alat tersebut, bukan karena beratnya.
Adi bin Hatim pernah bertanya kepada Rasulullah s.a.w. bahwa ia melempar binatang dengan golok dan mengenainya. Maka jawab Nabi:
"Apabila Kamu melempar dengan golok, dan golok itu dapat menembus (melukai) kulit, maka makanlah. Tetapi kalau yang mengenai itu silangnya, maka janganlah kamu makan." (Riwayat Bukhari, Muslim)
Hadis ini menunjukkan, bahwa yang terpenting ialah lukanya, sekalipun pembunuhan itu dilakukan dengan alat yang berat. Dengan demikian, maka halallah binatang yang diburu dengan peluru dan senjata api dan sebagainya. Karena alat-alat tersebut lebih dapat menembus daripada panah, tombak dan pedang.
Adapun hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad yang berbunyi:
"Jangan kamu makan binatang yang mati karena senapang, kecuali apa-apa yang kamu sembelih."
Dan yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dari perkataan Umar dalam bab Binatang yang mati karena senapang, bahwa senapang yang dimaksud di sini, ialah senapang yang pelurunya itu terbuat dari tanah liat, kalau sudah kering kemudian dipakai untuk berburu. Senapang seperti ini bukan senapang yang sebenarnya (menurut pengertian sekarang. Penyusun).
Termasuk senapang jenis ini, ialah berburu dengan menggunakan batu bulat (sebangsa kerikil). Hal ini dengan tegas telah dilarang oleh Nabi dengan sabdanya:
"Bahwa (kerikil) itu tidak dapat untuk memburu binatang dan tidak dapat melukai musuh, tetapi dia dapat menanggalkan gigi dan mencabut mata." (Riwayat Bukhari dan Muslim).
Pendapat dalam artikel yg diterbitkan oleh tuan mengatakan haram memakan daging binatang yang ditembak dengan menggunakan senapang sebab peluru senapang tidak termasuk dalam istilah alat tajam untuk menyembelih atau untuk memburu.
Pendapat Dr. Yusuf al Qaradhawi pula halal memakan daging binatang yang ditembak dengan menggunakan senapang kerana alat-alat tersebut (senjata api) lebih dapat menembus daripada panah, tombak dan pedang.
agak mengelirukan bukan? mana satukah pendapat yang benar dan boleh diamalkan oleh umat Islam? mungkin fatwa al Qaradhawi lebih menepati kehendak semasa memandangkan manusia sudah tidak berburu menggunakan alatan panah dan tombak sebaliknya menggunakan senapang mengikut peredaran zaman..
wallahu alam..
jika salah mohon tuan luruskan kefahaman saya.
wassalam
setuju dgn pendapat DYaQ.... peluru moden lebih kuasa membunuh dari pedang panah dan tombak... satu tembakan headshoot dalam jarak 1000 ela dah boleh membunuh... pedang panah atau tombak tak buleh capai tahap tuh...
ReplyDeletePada saya peluru yg ditembak dengan menggunakan senapang moden halal serta makruh.Halal kerana senapang peluru senapang moden berbentuk tajam.Jadi ada kekuatan tajam disitu.Makruh kerana peluru itu panas.Jadi ada kekuatan api disitu yaitu panas.Cuma tak pasti panasnya peluru yg kena haiwan itu betul betul panas membakar atau sekadar panas hangat sahaja.Jadi kerana tak pasti itu maka saya berpendapat makruh.Tapi kalau dapat dipastikan bahawa peluru itu benar benar panas membakar maka saya berpendapat haram kerana ada uunsur menyiksa
ReplyDeleteSaya rasa jikalau peluru itu panas pun, tak cukup untuk membuatkan binatang itu mati. Binatang selalunya mati akibat dari kecedaraan parah dari tembakan, bukan sebab panas peluru. Pernah tengok bila orang kena tembak, dia menjerit "AAAAHHH, PANAAAAS, PANAAAAAS!" ...kemudian mati?
DeleteYour articles are very useful for all social media users, thanks for your article
ReplyDeletetaruhan judi poker online terpercaya
bagus
ReplyDeleteSy slalunye tembak, masa binatang buruan tgh nazak kna tembakan, sy cepat2 sembelihnye. Jarak sy dgn target xde lh smpai 1000m, brape meter je, jauh2 sgt shoting xkena, klau 1kilometer jaraknye, bukan senapang
ReplyDeleteKut, tu santau tu..he
Terbaik...maka, tembak binatang buruan guna Senapang,kemudian ia mati = HALAL dimakan. Xperlu sembelih
ReplyDeleteTapi klu xmati jgk..baru sembelih