Pages

Powered By Blogger

Friday, August 5, 2011

KHUTBAH RASULULLAH SAW MENGENAI RAMADHAN


Assalamu'alaikum wa rahmatullahi wa barakatuh.

KHUTBAH  RASULULLAH (SAW)  
MENGENAI BULAN RAMADHAN

Abu Laits As-Samarqandi dalam kitabnya Tanbihul 'Ghofilin meriwayatkan daripada Salman Al-Farisi bahawa pada suatu akhir bulan Sya'aban Rasulullah SAW telah menyampaikan satu Khutbah yang bermaksud begini:

" Wahai sekalian manusia ! telah tiba kepada kamu bulan yang mempunyai kebesaran keberkatan. Didalamnya terdapat "Lailatul Qadr" iaitu satu malam yang terlebih baik daripada seribu bulan.
     Bulan Allah mewajibkan puasa keatas hambaNya dengan menghidupkan malamnya sebagai Sunnah. Siapa yang melakukan 'Ibadat Sunnah dalam bulan itu sama nilainya dengan menunaikan Fardhu dibulan yang lain. Dan siapa yang menunaikan Fardhu dalam bulan itu sama nilainya dengan tujuh puluh Fardhu dalam bulan yang lain. Dan ia adalah bulan "Sabar". Sedangkan sabar itu ganjarannya adalah syurga. Dan ia adalah bulan Allah memberikan bantuan dan pertolongan, dan bulan Allah melimpahkan rezkinya kepada orang yang beriman.
     Siapa yang memberi makan berbuka kepada orang yang berpuasa, diberi pahala seperti memerdekakan seorang hamba dan diampunkan dosanya walaupun jamuannya hanyalah seteguk susu atau seulas tamar ataupun segelas air.
     Dan siapa yang mengenyangkan orang yang (berbuka) berpuasa akan diampunkan dosanya dan akan dapat minum air ditelagaku dimana ia tidak akan merasa dahaga sehinggalah ia masuk ke syurga serta ia mendapat pahala menyamai pahala sekalian orang yang berpuasa itu, tanpa mengurangkan pahala puasanya sedikit pun.
     Sesungguhnya bulan Ramadhan itu permulaannya "Rahmat" pertengahannya "Pengampunan" dan akhirnya "Pembebasan daripada api neraka"
     Dan siapa yang meringankan tugas pekerjaannya (dalam bulan Ramadhan), maka Allah akan memerdekakannya daripada api neraka.".  


Wallahu a'lam. Lis-sawaab, wa billahi taufiq wal-hidayah,
Wassalamu'alaikum warahmatullahi wa barakatuh