Pages

Powered By Blogger

Saturday, November 5, 2011



DINAR EMAS DAN DIRHAM PERAK
( Penulis : Puan Hajjah Nik Mahani binti Mohamad FCCA (UK); Ahli Lembaga Pengarah Kelantan Golden Trade (M) Sdn Bhd )
Perpatah Melayu ada satu bidalan ‘alah bisa tinggal biasa’. Bidalan ini sangat tepat apabila kita mula menyedari betapa keadaan kita umat Nabi Muhammad SAW diabad ini telah menjadikan suatu kebiasaan menggunakan wang-wang kertas sebagai alat pertukaran tanpa terdetik dihati sanubari akan kejanggalan amalan kita selama ini! Betapa matahati serta akal kita tidak nampak dan sedar akan kepincangan amalan kita selama ini menggunakan sekeping kertas yang kita semua secara spontan menerima sebagai sesuatu yang ada nilai berdasarkan coretan angka dan chop serta gambar tertera diatasnya Yang Dipertuan Agung dan disebelahnya lambang serta gambar Bank Negara Malaysia! Tidak pernah ada rasa terbuku dihati sanubari untuk menyoal mengapa dan kenapa kita menukarkan barangan kita yang ada nilai sebenar dengan sekeping kertas yang tiada nilai sebenar .Apa dia maksud Ringgit sebenar nya ? Paling baik; bolehlah kita tafsirkan sebagai ianya merupakan catitan hutang yang dijamin oleh Bank Negara kita! Pun demikian sekiranya anda beranikan diri pergi menuntut hutang tersebut dibayar dengan sesuatu yang nilai setimpal dengan nilai hutang tersebut dari Bank Negara; saya percaya mereka sendiri pun akan terpinga-pinga untuk menunaikan hajat anda ! Nak dibayar hutang tersebut dengan apa ? emas? Ringgit tidak lagi ada sandaran dengan emas atau perak sejak tahun 1971! Bukan kah ini bererti Ringgit sebenarnya bukan catitan hutang yang dijamin oleh kerajaan atau Bank Negara atau oleh sesiapa pun!! Menyedari hakikat ini kita akan membuat suatu konklusi bahawa adalah sangat tidak adil dan melanggar kebebasan kemaanusian apabila rakyat Malaysia dipaksa menerima penggunaan Ringgit sebagai ‘legal tender’ dalam semua urusan yang melibatkan penggunaan Ringgit!
Hakikat sebenarnya ialah apabila kerajaan mengenakan perundangan legal tender terhadap rakyat sebagai alat pertukaran adalah suatu paksaan yang menyekat kebebasan rakyat daripada kebebasan dan keredhaan pihak yang ditawarkan Ringgit Malaysia menerimanya. Mereka tiada pilihan terpaksa menerima Ringgit. Perundangan legal tender memaksa sipenjual menerima pembayaran dengan Ringgit apabila sipembeli menawarkanya ! Jika sipenjual tidak mahu menerima Ringgit; perundangan legal tender berkuatkuasa! Sipenjual boleh diheret ke mahkamah dengan penolakan penerimaan pembayaran dengan Ringgit! Hakikatnya dengan memaksa perundangan legal tender keatas sipenjual; pihak kerajaan memaksa sipenjual yang TIDAK ADA PILIHAN melainkan MESTI MENERIMA Ringgit untuk perniagaan dan perdagangan yang mereka lakukan. Asas inilah yang bertentangan dengan Syariah Islam! Dalam hokum-hukum Muamalat Syariah Islam dalam perkara transaksi asas perdagangan dan perniagaan mahupun dalam apa jua pertukaran yang melibatkan alat-alat pertukaran; kedua-dua belah pihak – Sipenjual dan Sipembeli atau sipemberi dan Sipenerima BEBAS menentukan samaada setuju atau sebaliknya – menggunakan Ringgit atau sebarang jenis pertukaran yang kedua belah pihak setuju menerimanya!
Pun begitu, sangat perlu diambil perhatian; perundangan ‘legal tender’ ini tidak dapat menghalang kebebasan sipenjual daripada menerima selain Ringgit apabila ditawarkan oleh Sipembeli! Ini bererti, jika sipembeli ingin membeli setin susu dengan menawarkan jam tangan beliau; tiada suatu perundangan termasuk perundangan ‘legal tender’ yang dapat menghalang sipenjual daripada menerima jam tangan tersebut sebagai alat pertukaran! Sekali gus, jika sipenjual ditawarkan dengan koin-koin dinar atau dirham; perundangan ‘legal tender’ tidak dapat menghalangnya! Jika pihak Bank Negara Malaysia atau mana-mana pihak cuba menghalang sipenjual daripada menerima koin-koin dinar dan dirham yang ditawarkan oleh sipembeli ; tindakan ini adalah sesuatu yang dianggap strange atau pelik kerana tiada mana-mana Negara didunia hari ini mengimplimentasikan suatu perundangan yang memaksa rakyat mereka MESTI HANYA MENERIMA PEMBAYARAN DENGAN WANG-WANG NASIONAL NEGARA MASING-MASING SAHAJA! Kerana perundangan sebegini menyekat kebebasan asas dalam kehidupan sesaorang insan dimuka bumi ini dan semestinya dalam dunia hari ini yang mengamalkan kebebasan bersuara dll adalah suatu tindakan yang tidak adil dan diluar kemanusian asas! Ini bermakna PEMBELILAH YANG MESTI MEMBUAT TAWARAN DENGAN WANG DINAR DAN DIRHAM SUPAYA SIPENJUAL DAPAT TERLEPAS DARI JERAT ‘LEGAL TENDER’! Inilah juga ruang yang memungkinkan kita rakyat Negara kita khasnya untuk kita kembali menawarkan koin-koin dinar dan dirham dalam setiap transaksi urusan jual/beli Insya Allah! Maksudnya jika sipembeli menghulurkan selain Ringgit; sipenjual BOLEH dan BEBAS menerimanya tanpa melanggar perundangan legal tender!
Kebebasan umat Islam sebagaimana yang digariskan dalam perundangan Muamalah Syariah dalam transaksi perdagangan dan perniagaan adalah pada suatu istilah ‘aantarodhin minkum’ atau maksudnya ‘kedua belah pihak dalam transaksi tersebut mestilah redha meredhai’! Sipenjual redha menjual barangan nya dan redha serta bebas memilih sebarang alat pertukaran yang ditawarkan dan sipembeli redha menerima barangan yang ditawarkan serta bebas menawarkan alat pertukaran asalkan sahaja sipenjual setuju menerimanya!. Jika inilah asas antara sipenjual dan sipembeli dalam sesuatu perdagangan dan peniagaan, maka inilah hokum Syariah Muamalah Islam yang selama ini kita abaikan! Aneh! Tetapi impaknya amat ketara sekali kerana dengan adanya amalan legal tender yang dikenakan atas rakyat; kebebasan sipenjual yang terpaksa menerima Ringgit apabila ditawarkan adalah suatu paksaan yang melanggar hak asasi kemanusian dalam urusan perdagangan dan perniagaan sebenarnya.
Tahukah anda bahawa perkara kebebasan memilih alat penukaran ini – bererti sipenjual dan sipembeli atau sesiapa pun atas apa jua hajat kebutuhan menggunakan wang MESTILAH DIBERIKAN KEBEBASAN MEMILIH! Impak penyataan Syariah ini amat besar implikasinya dalam kehidupan ini! ‘AANTARODHIN MIN KUM’ bererti juga kerajaan Kelantan sebagai contoh TIDAK BOLEH MEMAKSA RAKYATNYA MEMILIH UNTUK HANYA MENGGUNAKAN DINAR DAN DIRHAM SAHAJA DALAM APA JUA URUSAN MEREKA!! Ini maksudnya! Jadi membawa kembali penggunaan wang-wang Syariah sepertimana yang dirancang oleh Kerajaan Kelantan adalah SUATU PILIHAN PENGGUNA atau RAKYAT dan HANYA MEREKA yang BOLEH MEMBUAT PILIHAN SAMAADA MAHU ATAU TIDAK MENGGUNAKANNYA….DALAM MUAMALAH ISLAM TIADA PAKSAAN ! Hatta rakyat bebas samaada mahu memilih Ringgit atau koin-koin dinar dan dirham dalam apa jua keadaan. Sekiranya Kerajaan Negeri Kelantan contohnya MEMAKSA RAKYATNYA MENERIMA KOIN-KOIN DINAR DAN DIRHAM INI ADALAH SUATU KESALAHAN DAN MELANGGAR HUKUM MUAMALAH SYARIAH ITU SENDIRI! Maka percayalah KERAJAAN KELANTAN TIDAK AKAN MEMAKSA RAKYATNYA dan TIADA CADANGAN UNTUK MEMBUAT PERUNDANGAN LEGAL TENDER KEATAS RAKYATNYA sepertimana yang gembar gempurkan oleh sesetengah pihak semasa pelancaran Dinar Kelantan pada hari yang bersejarah 20hb September 2006 dahulu! Penggunakan koin-koin dinar dan dirham dan edarannya sebagai wang yang sah didalam Syarak terletak dalam tangan rakyat Negeri Kelantan khasnya dan semua warga Malaysia amnya terutamanya kaum Muslimin dan Muslimat di Negara kita Malaysia tercinta ini sahaja! Insya Allah!
Dengan suatu ketentuan kaedah Syarak dalam Muamalah ‘Aan tarodhin min kom’ sahaja sudah Nampak betapa kesempunaan agama Islam ini kerana implkasi –redha meredhai antara kedua belah pihak ini bermakna pada penggertian yang lebih luas; adalah suatu FREEDOM atau kebebasan dari mana-mana pihak didalam negeri; Negara mahupun diperingkat antarabangsa ! Islam memahatkan bahawa PERKARA MATAWANG INI TERSANGAT PERLU DIBEBASKAN DAN BUKAN DIKONGKONG DAN PERLU DIKAWALSELIA OLEH SESIAPA PUN! Dalam konteks monetary hari ini; perkara inilah yang menjadi akal tunjang nya! Tahukah anda masyarakat dunia dan pihak yang ada kuasa hari sedang merancang untuk menyatupadukan semua maanusia supaya tunduk kepada pemilihan SATU MATAWANG sahaja ? Ia akan bermula dengan rancangan regional currencies kemudian akan seterusnya beraleh kepada satu matawang dunia kononnya demi mencapai kesejagatan ummah! Inilah rhetorika yang mereka dan semua pemimpin dunai hari ini termasuk Negara kita dalam menanggani kononnya krisis ekonomi dunia hari ini! Percayalah bagi kita umat Nabi Muhammad SAW; kita harus berpegang pada tali Allah SWT dan percaya HANYA Allah SWT dapat memandu kita mencapai kesejahteraan dunia dan akhirat dengan mengembalikan muamalah Syariah kita sepertimana amalan muslimin dan muslimat di sebuah negeri yang mendapat cahaya hidayah Allah SWT – AMALAN HIDUP PENDUDUK DI MADINATUL MUNAWWARAH sahaja yang mampu membawa penyelesaikan masaalah kita! Hanya Allah SWT sahaja yang kita sembah dan kepadaNYA sahaja kita mendaulatkan! ALLAH HU AKBAR!Bersambung…

Wednesday, September 23, 2009


Dinar & Dirham Pemankin Daulah Islam

1.0 Pengenalan

Alhamdullillah! dengan izin Allah SWT jua kita dipertemukan sekali lagi setelah 9 bulan dahulu Emas Dinar Kelantan dilancarkan oleh Tuan Guru Dato’ Nik Aziz Bin Nik Mat pada tanggal bersejarah untuk kita rakyat Negeri ini - 20hb September 2006 . Majlis kali ini tidak kurang bersejarahnya kerana kali ini kita adalah dalam melancarkan Emas Dinar Keputeraan Al Sultan Kelantan yang kita semua kasehi ! Daulat Tuanku! Semoga Allah SWT mencucuri rahmat dan keberkatan pada pertemuan kita dihari ini pula dan semoga usaha kita mengembalikan sinaran emas dinar dan dirham mendapat restu dari Illahi! Insya Allah dan Allahu Akbar!.

Saudara/saudari kaum Muslimin dan Muslimat yang saya kasehi dan hormati, sebelum saya pergi lebih jauh, ingin saya sampaikan kepada tuan-tuan dan puan-puan dalam majlis ini akan suatu peristiwa yang sangat menyayat hati sanubari saya dan ianya sekali gus merupakan kesenambungan niat dan cita-cita murni seorang Yang Dipertua MAIK Kelantan sendiri ! Pada tahun 1981; saya adalah bersama sekumpulan 12 orang baru balik dari lawatan selama 3 minggu ke Negara Mesir . Dalam kumpulan 12 orang tersebut ; termasuk 4 orang dari negeri Kelantan Darul Na’im sebagai mewakili negeri ini . Kami telah di pilih untuk pergi berkursus di Universiti AlAzhar, Kaherah dan sekembalinya kami ; cadangan ialah untuk menubuhkan sebuah Bank Islam sapertimana realiti perlaksanaanya hari ini. Malangnya niat ini tidak kesampaian ! sebab nya ? Sebabnya sapertimana saya sampaikan kepada beliau isu penubuhan sebuah Bank adalah sepenuhnya dibawah kekuasaan Kerajaan Pusat dalam apa yang dikenali sebagai ‘Federal isu’ dalam Perlembagaan Malaysia[1] ! Hari ini genaplah 25 tahun –niat murni dan ikhlas seorang Yang Dipertua MAIK ini! Tuan-tuan dan puan-puan besar kemungkinan kejayaan kita mengembalikan dinar hari ini adalah berkat doa beliau ! Insya Allah! Marilah kita sama-sama doakan semoga Yang Dipertua MAIK yang memegang jawatan ini hari ini juga akan menyambungkan hasrat murni ini ! Semoga Allah SWT mencucuri rahmat keatas roh dan ditempatkan beliau ditempat yang terpuji ! amin. Kita akan balik kepada perkara ini semula diakhir ceramah kita nanti Insya Allah !

Saudara/saudari kaum Muslimin dan Muslimat yang dirahmati Allah SWT sekelian!

Ambo bukan orang pandai sangat sebenarnya. Ambo nak tabik dari awal. Ambo sendiri pun macam kebanyakan kita semua – terjebak sama dalam kancah amalan riba ni ! Kita sekarang ni duduk dalam satu kawah besar sebenarnya ! Ambo pun tahu dengan yakin mengenai amalan riba ini sejak tahun 2004. Inilah hakikat kita semua ! – jadi dari awal lagi ambo nak tabik bahawa kalau apa yang ambo kata hari ini kena atas ‘batang erong’ kita sendiri ; atau siapa makan cili maka rasa pedas – maka ambo harap marilah kita ambil sikap yang terbuka. Kebenaran itu dari Allah SWT[2] - Salah satu nama Allah SWT ialah Al-HAQ maka kita kena terima dulu hakikat nya dengan segala kerendahan diri ; Keikhlasan kita ialah kita harus terima yang Haq itu tanpa berdaleh - selepas itu barulah kita cari jalan keluar. Insya Allah. Kita tuan-tuan dan puan-puan adalah pada tangga yang sama sahaja. Mungkin ambo lebih tahu sekarang tapi yang Allah SWT nak tengok ialah sejauh mana keikhlasan kita dalam menangani perkara ini secara individu! Kubur kita masing-masing! Jadi ambo ni tidak ada sebarang kelebihan dari tuan-tuan dan puan-puan dan hanyalah sikap dan tindaan kita selepas kita tahu apa sebenarnya amalan riba ini sahaja ambo percaya adalah jauh lebih mustahak dari hanya tahu bercakap tapi buatnya tidak jugak! Ketakwaan sesaorang itu bukan di ukur pada percakapannya tapi pada perbuatan dan tindak tanduk kita Insya Allah !

Atas keinsafan ini pada kesempatan hari ini marilah kita berkongsi pengetahuan dengan ambo kerana perkara mengenai amalan riba ini Allah SWT telah menempatkan diri saya yang serba kekurangan ini sejak dari awal ambo kerja lagi sehinggalah sekarang . Alhamdullillah. Kita sekarang ni tuan-tuan dan puan-puan - Macam dalam satu kawah besar – persoalan kita ialah bagaimana nak keluar dari kawah riba ni! Tapi sebelum itu sudah pastilah kita mesti tahu dulu apa dia yang dikatakan amalan riba itu dok ?


2.0 Fahaman amalan riba dahulu dan apakah terhapus amalan riba ini dengan adanya Perbankan Islam dan produk-produk yang namanya bunyi ‘Arab’.

Tuan-tuan dan puan-puan semoga kita semua didalam rahmat Allah SWT sekelian !

Kebanyakan kita kaum Muslimin dan Muslimat tahu amalan riba itu adalah suatu perkara haram yang Allah SWT kencam dan benci dengan tak ada kompromi! Semua orang Islam kebanyakan tahu juga bahawa dinar dan dirham adalah matawang zaman Nabi Muhammad SAW. Tapi selama ini gambaran amalan riba dikepala kita ialah seorang ‘ceti’ kebanyakanya dari kaum India ( maaf bukan maksud menghina kaum India sebenarnya ) ; pakai payung beri hutang dan kutip hutang dengan bayaran lebih yang dipanggil ‘bunga’ atau ‘interest’! Kalu pun dikepala kita ada fahaman lain – maka istilah baru ialah ‘ Pinjaman dari Along’ yang mana mereka memberi pinjaman wang dengan mengenakan ‘bunga’ yang tinggi ; lepas tu bila tak bayar dia tunggu nak pukul kepala orang . Jadi kalu tak ambil pinjaman dari ceti dan Along gak tak adalah amalan riba . Kita ni bersihlah dari riba atau jika berhutang pun kalau melalui institusi –institusi yang namanya pun dah Islam atau nama bunyi Arab sikit maka memadailah tu – jika kita langgani institusi-institusi tersebut maka kita sudah keluar dari kancah amalan riba ! Sesetengah daripada kita mengambil sikap ; buat apa nak persoalkan lagi perkara riba ni – bukankah pihak Kerajaan Malaysia telah perihatin dengan masaalah kaum Muslimin dan telah sediakan kemudahan-kemudahan yang para ulama’ tanah air pun memberikan jaminan bahawa ianya adalah mengikut Syariat Allah SWT. Buat apa nak buat susah-susah bangkitkan mengenai amalan riba lagi ! Berat ambo hari ni jika tuan-tuan dan puan-puan tabik dengan ambo begini ! Jadi sebelum kita masuk kegelanggan ambo nak minta izin untuk membahaskan balik fahaman ini serta merongkai kembali fahaman-fahaman yang sudah lama bertapak dalam diri kita selama ini kepada suatu pengertian amalan riba yang mana matahati kita lama tertutup akan hakikatnya.

3.0 Fahaman Amalan Riba diabad ini dan dakwaan Amalan Riba adalah Strategi Utama – Dajjal & Suku-sakatnya Ya’juj dan Ma’juj yang tak pernah di bincangkan .

Saudara , saudari kaum Muslimin muslimat sekelian,

Saya nak membuat suatu dakwaan besar hari ini . Dakwaan ambo ialah AMALAN RIBA INILAH ASAS UTAMA ; ATAU STRATEGI UTAMA ATAU SENJATA UTAMA –DAJJAL DAN SUKU SAKATNYA - YAJJUJ DAN MA’JUJ UNTUK MENUNDUKAN TAMADDUN MAANUSIA ! Ianya bermula sejak wafatnya Nabi Besar kita –Nabi Muhammad SAW lagi! Insya Allah akan saya buktikan kepada tuan-tuan dan puan-puan nanti. Atas asas inilah tajuk ceramah saya hari ini bahawa dinar dan dirham adalah pemankin utama untuk menegakkan kembali Daulah Islamiyah sebenarnya ! Tanpa kita mewujudkan dan kembali balik kepada penggunaan dinar dan dirham ; jangan kita bercakap pasal perjuangan menegakkan Islam ! Bagi pendapat ambo – tak jadi gapo ! Tuan-tuan dan puan-puan tahu …hokum hudud tak leh nak dipraktikan selagi kita tidak berurusan dengan emas dinar dan dirham serta lain-lain matawang sunnah. Cuba bayangkan macam mana nak potong tangan sipencuri jika kita terpaksa cari harga pertukaran emas ¼ dinar dengan matawang kertas Ringgit Malaysia setiap hari ? Had minima dalam Syarak ialah bila pencurian adalah pada kadar ¼ Dinar ? Jadi kalu hari ini harga emas RM 98 untuk ¼ dinar esok boleh jadi lebih rendah atau lebih tinggi pulak dari harga hari ini! Mana ada keadilan ? Kesian sipencuri yang sudah kena potong tangan pada masa harga emas turun dan terlepas sipencuri yang mencuri masa harga emas naik ! Macam mana nak membawa keadilan dalam masyarakat selagi asas keadilan dalam kehidupan tiada ! Asas keadilan tidak boleh bertapak selagi kita tidak kembalikan penggunaan dinar & dirham semula. Sebab itulah menegakkan daulah Islamiyyah kita mesti kembali menggunakan dinar dan dirham dengan tiada bertolak ansur atau berkompromi!

Tuan-tuan dan puan-puan yang saya kasehi semoga kita dalam rahmat Allah SWT sekelian!

Akan saya buktikan dakwaan saya ini Insya Allah ! Saya nak mulakan dengan mengatakan perkara yang kita semua tahu –iaitu ayat terakhir yang diturunkan yang menamatkan misi Kenabian Rasullullah SAW bukan ayat yang mengatakan kesempurnaan agama Islam – Al Quran Surah Al Maidah Ayat 3:
‘‘ Pada hari ini , Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan Aku telah cukupkan nik’matKu kepada kamu…’! Sepatutnya kesempurnaa misi Rasullullah SAW tamat dengan ayat ini kerana Baginda sebelumnya telah melakukan Haji, dan telah memberikan pesanan terakhir beliau semasa di padang Arafah !

Sebaliknya ayat terakhir yang menamatkan misi Rasullullah SAW ialah ayat mengenai amalan riba ! ia-itulah Surah Al Baqarah ayat 278 hingga 282 ! Cuba perhatikan tafsiran ayat ini

‘ Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kamu kepada Allah dan tinggalkanlah saki baki riba itu, jika BENAR kamu orang-orang yang beriman. Jika kamu TIDAK JUGA melakukan perintah mengenai larangan riba itu), maka ketahuilah kamu : akan adanya peperangan dari Allah …’ ! Surah Al Baqarah ayat 278 hingga 282

Kalau dulu matahati kita tidak dapat memahami implikasi mengapa Firman Allah taala mengenai amalan riba diturunkan sebagai ayat penamat…maka hari ini terbukalah tabir yang menjadi dinding matahati kita memahami hikmah disebaliknya Insya Allah sudah nyata kepada kita sebabnya! Ayat ini adalah AMARAN KERAS kepada kita umat Nabi Muhammad SAW bahawa selepas wafatnya Rasul pilihan Allah SWT; gejala besar kepada KEIMANAN kita ialah gejala amalan RIBA !! Bahawa kedaulatan Islam akan tergadai kalau kita tak pegang perkara mengenai riba ini!! Dan inilah yang terjadi….KeDaulatan Islam kita gugur pada tahun 1924 dengan keruntuhan Kerajaan Islam Berkhalifah – Khalifah Uthmaniyyah !!

Berketepatan sekali dengan pengakuan seorang ulama yang saya kasehi dan hormati:

‘ Kami para ulama telah meninggalkan bidang mua’malah beratus-ratus tahun sehingga diumpamakan kami sekarang dalam suatu hutan yang sangat tebal…kami sendiri pun tidak tahu jalan untuk keluar dari hutan ini manakan nak menunjukki orang lain jalan untuk keluar !’

Tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati dan kasehi semoga kita dalam rahmat Illahi Insya Allah sekelian,

Firman Allah SWT dalam ayat tersebut adalah sebuah ayat mahkamat – bererti ianya merupakan ayat yang tidak memerlukan apa-apa tafsiran lagi ! Ianya jelas memberikan AMARAN KEPADA KITA untuk berlepaskan diri dari amalan riba ini dan jika kita masih juga mengambil dan memberi serta mencatitkan urusan atau pun menjadi saksi kepada perjanjian muamalah riba dan/atau menjadi pula penjamin kepada kawan kita yang berurusan menthabitkan riba….kita semua ADALAH MUSUH ALLAH DAN MUSUH RASULLULLAH SAW ! Wan au zubillah ! berat kita ini …KEIMANAN KITA TERGUGAT ! macam mana …jika ALLAH & RASULNYA MEMUSUHI KITA…mana ada can nak ke syorga oii ! Ambo rasa takut dan gelisah sekali; hinggakan ambo ini sebenarnya malu dan takut nak berdepan dengan tuan-tuan dan puan-puan sebenarnya tapi terpaksa gagahkan diri buat berani ! Hanya Allah SWT jua yang berikan kekuatan kepada kita menangganni semua ini Insya Allah!

Sekarang tentulah tuan-tuan dan puan-puan akan tanya ambo ; dok cerita apa yang kita semua sudah tahu ! woyak lah pulak apa yang orang tak tahu !

4.0 Mekanisma Amalan Riba – Dajjal, Ya’juj dan Ma’juj di Abad Ini untuk menundukkan ummah maanusia.

Baiklah, ambo tadi telah buat satu dakwaan bahawa Dajjal dan suku sakat mereka Ya’juj dan Ma’juj telah menggunakan amalan riba untuk memasang strategi pengguasaan atas umat maanusia seluruh dunia termasuk kita umat Nabi Muhammad SAW sejak dari dulu lagi hingga sekarang. Sekarang barulah ambo nak woyak Mekanisma atau cara mereka mencanang amalan riba ini kepada tuan-tuan dan puan-puan !

Ada dua mekanisma atau cara besar dan penting mereka rancangkan penaklukan keatas umat maanusia didunia ini:

Pertama ialah mekanisma matawangkertas yang tiada berasaskan emas lagi. Saya tidak mahu bangkitkan disini samada sekiranya matawangkertas bersandarkan emas boleh atau tidak. Perkara itu kena ceramah sekali lagi! Cuma nak jelaskan disini - dah lah kita guna kertas sebagai matawang; pulak tu matawang kertas hari ini tak ada nilai pun kerana hanya bersandar kepada sama-sama matawangkertas lain Negara jugak.

Kedua ialah melalui system perbankan dan kewangan. Seluruh dunia hari ini adalah menggunakan konsep apa yang diistilahkan sebagai ‘Fractional Reserve Banking’-FRB . Dalam istilah tanah air kita dipanggil “RESEB BERKANUN” ATAU “ STATUTORY RESERVE”. Yang dimaksudkan ialah ‘hanya sebahagian kecil sahaja wang deposit dalam bank yang dijadikan reseb untuk orang ramai keluarkan wang dari bank; la ni di seluruh bank di Malaysia - hanya 6.5% sahaja sebahagian besarnya iaitu 93.5% adalah digunakan untuk memberikan pinjaman atau pembiayaan ‘atas angin’ sahaja. Akan ambo ceritakan dengan secara yang paling mudah difahami Insya Allah. Inilah tuan-tuan dan puan-puan jenis riba yang ada pada hari ini.

Yang satu matawangkertas yang tiada nilai sebenar ( menyebabkan tidak adil dan menipu !) dan yang satu lagi mekanisma pinjaman dan pembiayaan yang diberikan atas angin sahaja ! ( jugak tidak adil sebab kita bayar hutang bank dengan penat lelah kita kerja tapi mereka ambil ‘bunga’ atau ‘keuntungan’ atas angin sahaja! Adil kah tu? )!
TIDAK KAH KEDUA-DUA MEKANISMA INI - MEMAKAN HARTA ORANG TANPA HAK ATAU DENGAN JALAN BATIL ? ! INI LAH DIA AMALAN RIBA HARI INI TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN !

Sapertimana Firman Allah SWT dalam Surah Al Baqarah Ayat 188 :yang bermaksud :

“Dan Janganlah kamu MEMAKAN HARTA ORANG-LAIN DIANTARA KAMU DENGAN JALAN YANG SALAH (BATIL)! , …” Surah Al Baqarah Ayat 188


Sapertimana ambo buat kenyataan tadi bahawa Dajjal dab suku sakatnya Ya’jujj dan Ma’jujj membuat suatu strategi yang begitu utuh . Inilah gambaran “zaman fitnah” yang diceritakan oleh Nabi besar kita Nabi Muhammad SAW !


4.1 Riba Dalam Matawangkertas – Mekanisma Pertama - Ummah kena tipu disiang hari !

Tuan-tuan dan puan-puan semoga kita dikasehi dan dirahmati Allah SWT sekelian!
.
Biar ambo cerita mengenai matawangkertas ini dulu. Dajjal dan suku sakatnya pandai menggunakan taktik ‘ DECEPTION’ atau dalam istilah kita ? ‘TIPU HELAH’ ? Bukan kita sahaja malah seluruh 44 buah Negara pada tahun 1945[3] , selepas perang dunia kedua hantar perwakilan termasuklah Malaysia menghadiri suatu mesyuarat di Brettonwoods di Amerika Syarikat. Pada awalnya mereka gaya 44 orang perwakilan ini untuk menerima Dollar Amerika menggantikan emas dan perak sebagai reseb sandaran kepada percetakan matawang kertas Negara mereka masing-masing! Ini bermakna walaupun pada masa tu kebanyakan Negara sudah guna matawangkertas tapi Bank Negara masing-masing menggeluakan matawangkertas mereka bersandarkan emas dan perak. Di sesetengah Negara pada masa itu masih menggunakan dinar dan dirham sebagai matawang mereka atau pun kedua-dua sekali. Inilah jerat yang mereka pasang. Kerajaan Amerika Syarikat untuk mengaburkan mata wakil persidangan telah membuat satu perjanjian lain yang menjamin Dollar Amerika ada sandaran emas dah ia itu sebanyak A$35[4] bagi setiap Auns emas. Jadi mereka gaya ahli-ahli perwakilan bahawa jika mereka ambil Dollar Amerika ; ianya semacam simpanan emas dah jugak! Buat apa nak sandarkan emas dan perak lagi! ‘Dollar America as good as gold’! Jadi perwakilan dari 44 buah Negara pun setuju mengambil Dollar Amerika sebagai matawangkertas reseb dunia dan sekali gus menerimalah Dollar Amerika menggantikan reseb emas di Bank-Bank Negara masing-masing. Kerajaan Amerika Syarikat memberikan jaminan bahawa sekiranya dituntut oleh mana-mana Bank Negara yang menandatanganni Perjanjian Brettonwords 1945 ini ; mereka bersedia memberikan jokong-jokong emas kepada Bank Negara tersebut. Inilah jaminan Amerika Syarikat waktu itu ! Mereka simpan emas jokong di satu tempat bernama Fort Knox di Amerika Syarikat.

Pada tahun 1959 Negara Amerika Syarikat masuk dalam Peperangan Vietnam ( Vietnam War) ;[5] Kenapa dan mengapa Amerika Syarikat masuk atau melibatkan Negara mereka juga kemungkinan sebahagian daripada agenda Dajjal jugak tu tapi kita tak se bangkitkan disini. Masuk perang bererti Nagara Amerika memerlukan wang yang banyak . Negara Amerika Syarikat telah mencetak tiga kali lebih banyak Dollar Amerika dari pegangan emas dalam reseb mereka! [6] Maka pada tahun 1971 Negara Amerika Syarikat telah terhutang melebihi sebanyak 57 Billion! President France pada masa itu – General De Gulle cerdik- dia menuntut lebihan dagangan dengan Amerika dibayar dengan emas jokong yang disimpan oleh Amerika lah ! Kerajaan Amerika Syarikat sendiri adalah terjerat - maka pada tahun 1971 semasa President Richard Nixon – beliau terpaksa bertindak ! Beliau telah mengistiharkan matawang Dollar Amerika bukan lagi bersandar kepada emas! Tak panggil ‘kena tipu’ kita semuanya ? Inilah helah Dajjal ! Baik-baik kita ada emas sebagai sandaran wangkertas kita dia gaya suruh tukar ke Dollar Amerika! Lepas tu dia kata Dollar Amerika tak akan bersandar kepada emas dah ! Jadi Dollar Amerika sebagai simpanan reseb matawang kita apa jadi ? Tidak ada nilai jugak lah ! Inilah yang terjadi tuan-tuan dan puan-puan . Jika kita kata ‘kan mung dah berjanji Dollar Amerika ada sandaran emas dulu’ mereka akan memberikan jawapan ‘kami tidak berjanji dengan kamu sebegitu! Kami buat perjanjian lain bahawa Dollar kami akan bersandar dengan emas! Jadi kamu tiada hak nak sekat kami !’ Begitulah halnya. Maka semenjak dari tahun 1971; semua matawangkertas ahli-ahli Perjanjian Brettonwoods KENA TIPU! Amerika Syarikat pun membenarkan semua ahli-ahli Perjanjian tersebut mencetak matawangkertas Negara mereka masing-masing tanpa sebarang sandaran kepada emas dah sehinggalah kehari ini!

Tuan-tuan dan puan-puan yang saya kasehi sekelian!

Yakinlah bahawa kita semua kena TIPU HELAH dan diperdayakan oleh Dajjal yang membuat strateginya dari belakang tabir ini ! Tahukah tuan-tuan dan puan-puan kertas-kertas matawang yang kita gunapakai hari ini sudah lama diistiharkan ‘HARAM’ OLEH PARA ULAMA’ KITA ? Tapi ini pun satu perkara yang pelik juga kerana Para Ulama tidak kata “matawangkertas HARAM’ secara terang, yang mereka putuskan ialah ‘matawangkertas adalah diterima untuk kegunaan kerana keadaan DHARURAT’! Tak ke pelik tu ? Kita kena buat takrif sendirilah nampaknya. Bahawa yang diputuskan oleh ulama’ ialah MATAWANGKERTAS ADALAH HARAM; tapi olehkerana keadaan menjadi DHARURAT dan atas muslihat semasa; maka terpaksalah gunapakai matawangkertas ini ! Kita nak tanya; kalau para ulama’ putuskan ianya adalah diterima pakai kerana keadaan ‘dharurat’ bila pulak perancangan nak keluar dari keadaan dharurat ni ? Nampaknya tak ada apa-apa perancagan pun! …setahun ke…sepuluh tahun ke ? Yang kita nampak- Kerajaan dari semua Negara yang menjadi ahli kepada Perjanjian Brettonwoods pun boleh tumpang semangkok ! Ah semua Negara didunia pakai kertas yang tiada nilai sebenar sebagai matawang mereka ; bodohlah kalau aku nak buat keras kepala ya tak ? Agaknya kalau tuan-tuan dan puan-puan diberikan can macam ni pun agaknya lekat ke kita pada perinsip kita ? Dah disorongkan bantal…orang mengantuk ! Godam gi lah ! Lega pemimpin sesebuah negara itu; mereka boleh mencetak matawangkertas sendiri tanpa batas! Tak gitu ? Saudara-saudari kaum Muslimin sekelian, tambahan pula sebuah institusi baru bernama International Monetary Fund atau IMF ditubuhkan pada tahun 1945[7] yang mana ahli-ahli asalnya adalah 29 buah Negara yang sama menandatangani Perjanjian Brettonwoods !. Peribahasa Inggeris ada mengatakan ‘ If you cannot beat them you join them’!! terjemahan : kalu kita tak leh kalahkan mereka kita sepakat dengan mereka sajalah!

Ambo tidaklah tuduh Kerajaan kita ! Negara Malaysia tidaklah sejahat itu; kita ada reseb matawangkertas Dollar Amerika; Yen dan Euro sebagai sandaran Ringgit Malaysia ! Pemimpin-pemimpin kita diMalaysia ini Alhamdullillah tidaklah sampai ketangga tu… tapi lihat apa terjadi kepada Negara jiran kita ? Kerajaan mereka mencetak terlalu banyak matawangkertas Negara mereka sehingga 2500 rupiah baru boleh disamakan dengan satu Ringgit Malaysia ! Buruh negara jiran kita ini dibayar 7500 rupiah sehari atau Ringgit Malaysia baru 3! Bayangkan saudara; betapa ketidakadilan ekonomi dalam dunia !

Dalam hokum Syarak kita jugak ; adalah HARAM kita berjualbeli dengan menggunakan secorek kertas yang tiada sebarang nilai! Hukum Syarak kita tidak benarkan tak soh kata kalu kertas tu tiada nilai ; kalu kertas tu kertas coretan hutang pun tak leh ! SiPenjual mestilah dibayar dengan sesuatu yang nilainya sama atau setimpal dengan barangan yang diberikan oleh si Penjual! Dalam hokum Syarak kalau nak dikatakan matawangkertas kita tu adalah jaminan Bank Negara …pun tak jadi jugak. Kerana kalu kita bawa kertas tu pergi ke Bank Negara minta sesuatu yang ada nilai bersamaan dengannya dia tak akan beri ! Jadi jaminan gapa tu? Hukum Syarak kita tak lekat pun ! Satu lagi aspek matawang kertas ni ialah; ia dicetak dari masa kesemasa pada asas yang diberikan andaian semata-mata; ketumbuhan ekonomilah; hasil penggeluaran Negara yang bertambahlah dll. Kalu terlebih cetak kertas; jadilah ‘inflasi’ – erti sebenarnya ? terlebih cetak wang tapi barangan tak bertambah seberapa yang di jangka pun! Nilai Ringgit Malaysia dari tahun ke setahun jatuh …itu sebabnya 10 tahun dulu ikan selayang baru RM2 sekilo la ni RM4.50 sekilo! Bukan kah Ringgit Malaysia baru dicetak mencuri nilai dari Ringgit Malaysia lama? Ini sahaja pun menjadikan orang miskin menjadi lebih miskin dan yang kaya semakin kaya ! Jadi kenaikan GAJI 100% BARU-BARU INI MEMBUKTI KEBENARAN YANG KITA SEMUA PERKATAKAN TADI ! Kerajaan Malaysia sendiri sudah akui bahawa matawang kertas Ringgit Malaysia telah HILANG NILAINYA !

JELASLAH : Matawangkertas yang kita gunakan hari ini adalah RIBA yang tidak boleh dipertikaikan lagi !!


4.2 Riba dalam Sistem Perbankan Islam dan Konvensional hari ini yang besar macam seekor Raksaksa!! Mekanisma kedua

Tuan-tuan dan puan-puan kaum Muslimin dan Muslimat sekelian! Semoga kita berkekalan dalam rahmat dan kaseh sayang Allah SWT ! amin!

Mekanisma kedua ialah melalui system perbankan dan kewangan. Melalui mekanisma inilah seluruh dunia adalah dalam satu fenomena ‘hutang’ sehingga hari ini dibudayakan dan menjadi suatu perkara yang paling sukar untuk kita buang dalam kehidupan kita diabad ini! Ambo nak cerita suatu cerita yang sungguh mengonjangkan kehidupan kita hari ini sehingga –hampir kesemua kita tak dapat tidak pasti akan tergoda dengan budaya hutang ni! Ini yang sangat susah kita nak basuh diri kita ni tuan-tuan dan puan-puan.

Macam mana kah PENIPUAN PADA SISTEM PERBANKAN dilakukan ? Agak ambolah - boleh jadi tekaan ambo ni tak berapa kena . Tapi tak salah disisi agama kita nak buat tekaan sahaja kemungkinan mekanisma inilah yang dikatakan oleh seorang warga Amerika – Edward G Griffin sebagai ‘RAKSAKSA YANG KELUAR DARI KEPULAUAN JEKYLL’[8] kerana pada tahun 1917 terjadi sebuah mesyuarat yang penuh misteri berbincang melahirkan penipuan ini yang diistilahkan sebagai ‘FEDERAL RESERVE DEPARTMENT ’ atau FRD ! Tahukah tuan-tuan dan puan-puan, mekanisma yang dipelupori FRD inilah sehingga kehari ini mengkawal seluruh pencetakan matwangkertas Dollar Amerika dan juga bank-bank di Amerika dan Europah sehingga hari ini ? Kalau pun FRD ini tidaklah ada hubungan apa-apa dengan Bank Negara kita atau di sebelah Asia ini tapi ASAS PERBANKAN YANG DIPELUPORI OLEH FDR INILAH YANG DIGUNA PAKAI DISELURUH DUNIA! Rakyat Amerika sendiri pun kena tipu sekali lagi ! Bunyi perkataan ‘Federal’ memberikan gambaran ianya dari kerajaan dan rakyat Amerika , tapi hakikat sebenarnya daripada 12 syarikat yang bergabung dalam FRD ini hanya dua syarikat persendirian rakyat Amerika Ahli-ahli lainnya adalah terdiri dari syarikat-syarikat dari England dan Europah !

Tuan-tuan dan puan-puan semoga kita dirahmati Allah sekelian,

Ambo nak cerita biar habis supaya tak dok timbul lagi keraguan dalam kepala kita mengenai perkara ini Insya Allah. Puak-puak FRD inilah yang melahirkan mekanisma dimana setiap institusi bank dalam dunia la ni menggunakan apa yang diistilahkan sebagai ‘FRACTIONAL RESERVE BANKING’ ATAU FRB atau di Negara kita istilahnya ialah ‘RESEB BERKANUN’atau ‘STATUTORY RESERVE’! SEMUA BANK-BANK NEGARA DIDUNIA HARI INI ADALAH MEMAKAI DAN MENGGUNAPAKAI MEKANISMA INI untuk mengawalselia SEMUA BANK DALAM NEGARA MEREKA ! INILAH BINATANG RAKSAKSA sapertimana yang rakyat Amerika – G. Edward Griffin kata tadi!.

Mekanisma ini lah yang dikatakan sesebuah bank itu - termasuklah juga Bank Islam Malaysia Berhad yang ambo sendiri mempelupuri suatu masa dulu - MESTI PATUH KEPADA BANK NEGARA ! Cerita pasal Bank Islam ini pelik sikit sebab pada awalnya ambo masih ingat lagi – Bank Negara tanya nak masuk bawah kawalan mereka kah ? Kita pada masa tu – tak tahu lagi pasal perkara ini – minta nak duduk bawah Bank Negara . Kalu duduk dibawah kawalan dia sahaja supaya atas muslihat menjaga amanah orang ramai sahaja tak apalagi tapi minta pula supaya dikawalselia sapertimana bank-bank konvensional biasa dikawal dan patuh! Maka jawapnya mestilah patuh pada mengadakan ‘Reseb Berkanun’ ini! Kita sendiri pun pada masa itu tak faham dan tak tahu akan hakikat ini tuan-tuan dan puan-puan!

Tuan-tuan dan puan-puan mesti tak sabar dah nak tahu …gaponya pelik sangat ‘FRB’ atau ‘Reseb Berkanun’ istilah Bank Negara Malaysia ini yang menjadi riba yang besar sangat tu dok ?

Mari ambo serita sedikit latarbelakang puak-puak RAKSAKSA DARI PULAU JEKYLL dulu sebelum kita nak faham pasal apa siLaknatullah MEKANISMA FRB ini . Semasa peperangan CRUSADE 1095-1291 atau perang SALIB [9]antara orang Kristian dengan orang Islam lagi puak ini telah faham . Mereka ini – umpamanya – Rothchild di Europah - Datuk pertamanya bernama Mayer Amschel Rothschild [10] adalah seorang Goldsmith atau tukang emas pada zamannya. Dipendekkan cerita, mereka faham dari awal lagi bahawa orang yang menyimpan emas dengan mereka pada peperang salib tidak akan keluarkan emas dari mereka sekali gus. Hanya sebahagian kecil sahaja bertukar tangan . Lagi pun oleh kerana mereka adalah sangat dipercayai dalam masyarakat mereka - jika mereka menggeluarkan Surat simpanan emas dalam simpanan mereka ; tiada sesiapa yang akan tahu pun ! Semua oaring percaya ! Jadi puak-puak inilah yang sedar hakikat ini –antaranya anak-anak Mayer Amschel Rothschild[11] . Dia hantar anak-anaknya kesemua penjuru dunia Negara yang besar dan kuat pada masa itu untuk membawa wadah ini. Tak heranlah gang-gang ini ; selain dari Rothchild ada lagi suku sakatnya di England dan Europah mereka bermesyuarat di Kepulauan Jekyll di Amerika – Georgia untuk melahirkan suatu tipu helah yang cukup besar padahnya pada ASAS KEADILAN DIDALAM DUNIA ! Atas asas inilah dan pengalaman mereka inilah mereka mencipta FRB ini ! .

Bagaimanakah mekanisma ‘Fractional Reserve Banking’[12] atau FRB ini secara praktiknya berlaku sehingga habis sebuah EKONOMI seluruh Negara didunia hari ini ROSAK NI ? Biar ambo cerita sedikit. Tahu kah tuan-tuan dan puan-puan kita semua caya bahawa sesebuah bank itu – Bank Islam ke atau Bank tak Islam ke – memberikan pinjaman atau pembiayaan atas wang ‘Deposit’ yang kita semua masukan kepada Bank tersebutlah ! Meleset fahaman ni tuan-tuan dan puan-puan! Sebenarnya mereka ni memberikan pinjaman atau pembiayaan atas angin sahaja! Macam mana ini boleh terjadi ? Bila tuan-tuan ambil pinjaman dari Bank mereka; mereka akan mencatitkan hutang anda dan mengkreditkan pinjaman/pembiayaan perumahan. Buku kira-kira mereka selesai. Cek yang dikeluarkan untuk diberikan kepada pemaju akan dimasukan ke Bank sipemaju. Setiap hari dua kali sehari semua 9 buah Bank bertemu di Bank Negara. Mereka bertukar-tukar ceklah. Bayangkan jika RM 20 juta Bank Islam kena bayar ke Bank CIMB dan Bank CIMB kena bayar ke Bank Islam RM 18 juta ini bermakna hanya RM2 juta sahaja Ringgit Malaysia bertukar tangan! Tapi pinjaman /pembiayaan yang telah diberikan kepada orang ramai adalah RM 28 Juta ! Ini bermakna sebanyak RM 28 juta adalah ‘wang kredit’ telah di bawa dalam edaran ekonomi ! Tidak kah ini menandakan pengeluaran wang kredit yang begitu berleluasa dalam ekonomi ? Inilah yang terjadi tuan-tuan dan puan-puan! Sukar nak faham tapi mesti faham jugak kerana sudah sampai masanya kita jaga dari tidor ni ! Kalu kita tengok perangkaan yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia – M3[13] adalah melebihi 100 kali ganda M1 yang berupa matawangkertas fisikal ! Ini menandakan matawangkertas ‘kredit’ adalah 100 kali gandaan matawang kertas yang dikeluarkan ! Di Amerika Syarikat – Bank Negara mereka tidak nak siarkan dah perangkaan M3 ini kerana nanti orang tahu berapa kali kerajaan mereka cetak Dollar ! Orang akan hilang kepercayaan! Hakikat budaya HUTANG DAN PEMBERIAN HUTANG YANG TIDAK ADA SEMPADAN INILAH DUNIA KITA HARI INI ADALAH DI DALAM ‘BUBBLE ECONOMY’ atau ‘EKONOMI BUIH’ yang BEGITU KETARA SEKALI ! LA NI BUIH NI DAH MENJADI CUKUP BESAR; TERLALU BESAR…SETIAP HARI KIAN MEMBESAR SEHINGGA….NAK PECAH DOH MUNGKIN TAK LAMA MASANYA LAGI….!! APA PERSEDIAAN KITA ?? APA AKAN TERJADI PADA EKONOMI DUNIA NANTI!

YAKINLAH; BAHAWA AMALAN RIBA YANG DIBAWA OLEH KEDUA-DUA MEKANISMA TADI – MATAWANGKERTAS DAN SISTEM PERBANKAN KITA HARI INI-TERMASUK BANK-BANK ISLAM ADALAH PENJANA RIBA DALAM EKONOMI DUNIA HARI INI !!

Tuan-tuan dan puan –puan semoga kita diberkati Allah SWT sekelian!

Masa dikesempatan hari ini tidak mengizinkan ambo memberikan keterangan lanjut lagi mengenai perkara ini . Insya Allah sekiranya diberikan kesempatan dan tuan-tuan dan puan-puan suka untuk ambo woyak cerita lagi kita sambung lagi ya ? Cukuplah setakat ini kita bercerita mengenai amalan riba ini. Yakinlah bahawa riba adalah cukup besar diabad ini. Kita semua tenggelam dalam arus riba ini dewasa ini ! Bila ini terjadi dalam masyarakat masaalah social timbul sehingga hari ini kita menyaksikan keruntuhan moral yang begitu ketara ! Ambo tak tahulah jiwa tuan-tuan dan puan-puan – bagi ambo setiap kali mendengar berita …tok dan bapa..ada juga emak pun tak kenal anak dan cucu…merogol; membunuh; berkhalwat …ambo menanggis ! Sebab gejala –gejala ini AKAL UMBINYA ADALAH AMALAN RIBA tuan-tuan dan puan-puan kaum Muslim Muslimat sekelian kerana …….RIBA ADALAH MENGGENAI SEBUAH PENGHIDUPAN YANG TIDAK ADA KEADILAN …ROSAK SE ROSAK-ROSAKNYA!! HARI INI ORANG TIDAK LAGI KENAL ALLAH SWT ! AKHLAQ MULIA TAK ADA LAGI DOH! SEBUAH PENGHIDUPAN HARI INI ROSAK BINASA OLEH KERANA AKAL UMBINYA ADALAH AMALAN RIBA!!

5.0 Apakah Perencanaan Dajjal keatas kita Umat Maanusia pada masa yang mendatang ?

Tuan-tuan dan puan-puan semoga kita berkekalan didalam rahmat Allah SWT sekelian!

Seorang alim yang saya bawa mari ke Kota Bharu baru-baru ini ialah Sheikh Imran Hosein. Pada tafsiran beliau ; berdasarkan kepada satu hadith[14] ;

Hadith Sahih; Muslim : Sunan Tirmidhi yang diriwayatkan al-Nawwas ibn Sam’an ‘

“…kami bertanya mengenai Dajjal : Ya Rasullullah SAW, berapa lamakah Dajjal akan berada didunia? Baginda menjawab selama empat puluh hari; satu hari semacam setahun; satu hari semacam sebulan , satu hari macam seminggu dan hari-hari lainnya adalah saperti hari kamu…’!

Hadith in menceritakan perencanaan Dajjal ‘sehari semacam setahun’ ialah semasa matawangkertas reseb dunia yang pada suatu ketika dahulu secara defector adalah Pound Sterling – England sebagai pembawa agenda ‘Mastermind’ Dajjal menguasai tamaddun maanusia. Lupakah kita bagaimana Inggeris menjelajahi Negara kita dan juga Negara-negara Timor Tengah dan dunia selain Negara Islam sehingga merekalah yang membawa ideology ‘Sekularisma’ yang memisahkan perkara agama dengan perkara keduniaan ? Negara kita telah diberikan kemerdekaan tapi system perundangan kita yang kita taati hari ini – keluhuran undang-undang- Perlembagaan Federal ( Federal Constitution ).

Kemudian ‘ sehari macam sebulan’ ialah beralehnya dunia kepada menjadikan Dollar Amerika pada tahun 1945 sehingga kini sebagai matawangkertas reseb dunia dengan Perjanjian Brettonwoods. Kedurjanaan hakikat menjadikan Dollar Amerika ini matawang reseb dunia menjadikan Negara Amerika bebas mengeluarkan Dollar Amerika tanpa had dan alangkah malangnya kita diabad ini. Bayangkan seluruh Negara di dunia menggunakan Dollar Amerika ini sehinggakan jika anda ke Negara mana sekalipun matawangkertas Negara tersebut tidak boleh ditukarkan terus dengan matawangkertas Negara kita ! Kita semua kena tukar dulu kepada Dollar Amerika selepas itu barulah boleh ditukar kembali kepada wang Negara tersebut ! Tak hebat tu? Seterusnya dunia menyaksikan kemunculan Zionist state ‘ ISRAEL’ yang dilahirkan dari Negara Amerika Syarikat dan disokong hebat oleh Briton pada masa Balfour Declaration dulu pada tahun 1948 dan jugak tertubuhnya IMF yang membawa misi yang sama Dajjal dan suku sakatnya Ya’juj dan Ma’juj ini. Semua Negara di dunia adalah terikat dengan Perjanjian Brettonwoods dan IMF ini. Perjanjian Brettonwoods – memberikan ahli-ahlinya kelulusan untuk mencetak matawangkertas tanpa sandaran kepada emas doh dan Perjanjian dengan IMF memastikan ahli-ahli mereka terus menggunakan matawangkertas Negara masing-masing dengan menjadikan matawangkertas Negara masing-masing ‘LEGAL TENDER’ . Apa maksud ‘legal tender’ ini ? Maksudnya ialah apabila Ringgit Malaysia dijadikan ‘legal tender’ gak maka lakulah wang kertas itu dalam Negara Malaysia . Siapa yang memberikan mertabat itu ? Tidak lain dan tidak bukan IMF lah ! Besar dok kuasa dia ? Semua Negara didunia pun iktiraflah. Kalu Dato’ Nik Aziz membuat satu matawangkertas yang mana semua orang Kelantan percaya dan yakin padanya dan misalkan Sultan atau katalah Agung kita pun setujupun…selagi IMF tak setuju maka wangkertas Dato Nik Aziz tak leh diperlakukan untuk berjual/beli ! Bisa dak IMF atas Negara kita ? Kenapa IMF gumakan strategi begini ? Jawapan cepu mas ialah supaya dinar dan dirham atau lain-lain wang berasaskan nilai sebenar tidak boleh di gunakan lagi dalam dunia sebagai ‘monetary unit’ lagi diabad ini.

Seterusnya pada tahun 1971 sapertimana yang kita katakan tadi - perencanaan Dajjal dan suku sakatnya Ya’juj dan Ma’juj – mereka ‘tarik carpet bawah kaki kita’ dengan mengistiharkan Dollar Amerika tidak lagi bersandarkan Emas ! Ini adalah tekaan Sheikh Imran Hosein pada tafsiran ‘ sehari macam seminggu’ dalam hadith yang ambo sebut tadi. Kalau Dollar Amerika sejak tahun 1971 tak ada bersandarkan emas dah gak tuan-tuan dan puan-puan sapertimana terjadinya sekarang - bayangkan seluruh dunia yang menggunakan Dollar Amerika inilah yang sebenarnya membiayai Peperangan yang sekarang berlaku di Iraq dan Palestine ! Negara Amerika membeli semua barangan terbitan dunia dengan hanya menggeluarkan coretan kertas Dollar Amerika dan/ atau pengeluaran Bon-Bon Perbendaharaan Amerika. Ini menjadikan Amerika sebuah Negara yang berhutang terbesar didunia ! Hutang Negara ini menjangkau 14 Trillion dan masih membesar dari hari kehari! Besar kemungkinan keadaan ini tidak lagi boleh dibendung dalam masa yang tidak lama sahaja lagi ! Kita tunggu dan tengok. Sehingga tahun ini 2007; tidak kah baru hanya 26 tahun kita dalam keadaan ini ? Ekonomi dunia hari ini adalah ‘BUBBLE ECONOMY’ atau ‘EKONOMI BUIH’! Ianya tidak akan boleh bertahan lebih lama lagi…!! Percayalah tuan-tuan. Kita hanya menunggu peperangan Iran dan ISRAEL yang akan meletus tidak berapa lama lagi kata Sheikh Imran Hosein !

Tuan-tuan dan puan-puan PERENCANAAN DAJJAL ADALAH BERTERUSAN - kita akan berdepan dengan suatu zaman dimana Hadith tadi mengatakan kita akan berdepan dengan DAJJAL LAKNATULLAH pada ‘… dan hari-hari lainnya adalah saperti hari kamu…’! ini . Ingatlah tuan-tuan dan puan-puan dan ambo bukanlah Tok Nujjum Mak Belalang - MATAWANG BARU akan muncul tak lama lagi bersekali dengan KEMUNCULAN DAJJAL SENDIRI ! Dia akan mengistiharkan dirinya sebagai ‘KING’[15] atau RAJA yang akan memerintah dunia dari Ibu Negaranya Israel –di Jerussalam !Inilah jankaan mengikut Sheikh Imran Hosein.!

Bila Dajjal memerintah dunia …Dajjal akan membawa matawang barunya . Matawang baru bernama ‘DEY’[16] gabungan matawang kertas Dollar; Euro dan Yen dan JUGAK matawang electronic dimana semua transaksi adalah dalam computer bytes.! Tuan-tuan dan puan-puan kaum Muslimin dan Muslimat sekelian, ini bukan cerita lagi atau andaian semata-mata lagi kerana pada tahun 2004 ; telah diadakan satu mesyuarat di Italy – dan telah keluar dalam akhbar The Wall Street Journal hakikat tentang berita ini ! Olehkerana kesemua matawang adalah dalam computer dan matawang baru didalam tangan mereka kemungkinan besar dan tidak mustahil akan datang suatu zaman dimana kita semua adalah dijajah dan mesti mengikut dan patuh kepada Dajjal yang gila kuasa tersebut ! Siapa yang menentang akan menerima nasib buruk ; harta anda dan diri anda sendiri akan dikawalselia oleh Dajjal! Siapa yang menentang akan menerima padah yang kita tidak boleh bayangkan penyiksaannya pada waktu ini . Bukan saya nak menakutkan tuan-tuan dan puan-puan tetapi reality perkara ini berlaku adalah bukan mustahil. Apa persiapan kita ?


6.0 Apakah Perancangan Kita ? Terima Sahaja tanpa buat apa-apa? Susah sangat kah nak keluar dari amalan Riba ini ?

Tuan-tuan dan puan-puan semoga kita didalam rahmat Allah SWT sekelian!

Allah Subha nahu watala mencela sikap kita yang tidak mahu memahami keadaan semasa kita dan tidak mahu ambil tahu dan cuba memahami strategi dajjal ini sebagai binatang ternakan – lembu? Keledai? malah lebih hina dari itu sapertimana firman Allah Ta’ala dalam kitab Al Quran :

“‘dan sesungguhnya kami jadikan isi neraka Jahannam kebanyakan dari jin dan maanusia , mereka mempunyai hati, tapi tidak dipergunakan untuk memahami ( ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata tetapi tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah) dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakan untuk mendengar ayat-ayat Allah. Mereka itu sebagai binatang ternakan , bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itula orang-orang yang lalai.” Surah Al A’raf Ayat 179

Insya Allah semoga kita rakyat dinegeri Kelantan ini tidak termasuk dalam kategori ini!
Tuan-tuan dan puan-puan semoga kita semua dirahmati Allah SWT sekelian!

Alhamdullillah! sekarang ambo harap kita semua yakin dengan suatu keyakinan yang kukuh bahawa riba adalah agenda Dajjal dan kita faham dan yakin akan mekanisma yang Dajjal dan suku sakatnya Ya’ajuj dan Mak’juj beroperasi.

Ambo nak tanya ; sungguh ko jika kita nak balik kepada berurusan dengan dinar dan dirham ini susah dalam ekonomi sekarang ni ? Adakah kita ada jalan-jalan keluar daripada keadaan kita hari ini ? Ataukah kita pasrah kepada Allah SWT tanpa berjuang menegakkan yang HAQ ? Apa yang kita secara individu boleh buat untuk lari dari keadaan ini ?

Kaum Muslimin dan Muslimat sekelian!

Allah SWT yang mempunyai nama-nama agung – Ar Rahman dan Ar Rahim ! Mustahil Allah SWT yang memiliki nama-nama yang begitu agung menjadikan perkara riba sesuatu yang susah bagi kita berlepaskan diri kita tuan-tuan dan puan-puan! Sangatlah tidak adil Allah SWT untuk menghukum kita atas amalan riba sekiranya ia adalah suatu perkara yang kita semua tidak mampu menanganninya ! Cuma yang ambo bimbang ialah diri kita sendiri yang suka memberikan alasan !

Ada yang beritahu ambo…Kerajaan Malaysialah yang kena tukar kepada dinar dan dirham ! Ini persoalan Negara bukan individu. Benarkan kenyataan begini ?

Pada pandangan ambo, dakwaan sebegini adalah meleset. Sebabnya Surah Al Baqarah ayat 278-282 ditujukan kepada kita orang perseorangan ! Seruan dalam ayat itu ialah “ WAHAI ORANG-ORANG YANG BERIMAN’! bukan kepada ‘ulil amri’! Sekarang negeri Kelantan ‘Ulil amri’ sudah pun menempa Dinar dan Insya Allah kita sedang mengkaji untuk menempa dirham pula ; jadi apa alas an yang kita nak berikan kepada Allah SWT nanti ? Ulil amri di negeri Kelantan sudah terlepas dah ! mereka telah pun menempakan Dinar dan Dirham …kita rakyatlah kena gunakanlah !

Kesungguhan kita kepada untuk berlepas diri daripada ikatan Riba ini adalah atas TAHAP KETAKWAAN DIRI KITA MASING-MASING! Sikap kita kena berubah kepada ‘SAMI’ NA WA A TOK’ NA’!! – KITA DENGAR DAN KITA PATUH !! Kita nak tengok sejauh mana kita semua takut; kasih dan sayang kepada Allah SWT sebenarnya !

Sekarang ini jika SiPenjual dan Si Pembeli sama-sama faham akan dosa yang sebegitu besar amalan riba ; maka Si Pembeli hulur Dinar dan Si Penjual terima Dinar atau Dirham maka siapa yang boleh menahannya ? Ambo nak cadangkan jika kita berikan sekeping ¼ Dinar kepada tuan kedai kopi hari ini; belanjakan lah untuk orang lain semua sampai habis nilainya – makan free!. Esok Pak Nik lain pulak belanja ! Dah kita sama-sama lari dari pembelian riba. Tak gitu ? Atau - kita janji dengan tuan kedai kopi - demo peganglah wang dinar ambo ini untuk ambo beli setiap hari dikedai demo. Kalu ambo mati dulu ambo halal dah ; kalu demo mati dulu ambo halal dah. Boleh jugak. Bukankah kita sudah melangkah keluar daripada pembelian riba? Susah kah itu ? Kalu kita cuba-cuba beli dengan dinar ni lagu ni lagi mana …kita guna dinar ini untuk sebarang pembelian; jika terlebih tambah dengan RM dan jika terkurang bayarlah baki dengan RM . Kita ni baru nak belajar tokteh semula …apa salahnya . Tak kan nak terus berlari ? Kita mengangkak dulu; buktikan kesungguhan kita berlepaskan diri dari riba ni ! Ada sesetengah daripada kita…tak leh nak beli dinar emas lagi sebab mahal. Kalu gitu, kita beli yang sehabis kecil dulu-1/4 dinar…setiap kali nak sembahyang letak ¼ Dinar bubuh dalam plastic dan semat dengan pin dalam kocek baju takut jatuh…pasangkan NIAT ‘YA ALLAH ! AKU TAK BERDAYA LAGI NAK BERLEPAS DIRI DARIPADA RIBA! TAPI AKU FAHAM DAH LA NI! …AKU BAWA DLM KOCEK DINAR YA ALLAH …SEBAB AKU BERNIAT UNTUK KELUAR DARIPADA RIBA INI INSYA ALLAH!’ Buktikanlah kesungguhan kita kepada Allah SWT ! Boleh jadi ada yang membeli sekeping setiap anak dan isteri dalam rumah dia tanda jadi dulu ! Semoga Allah SWT memberkati semua ahli keluarganya untuk berlepas diri dari bencana besar ini. Sheikh ambo-sheikh Imran Hosein kata –kita dizaman ni kena banyak menangis setiap kali sembahyang . Sebab ? Kita adalah dalam kawah riba yang sangat besar la ni! Kita tak nampak jah ! Bila kita menangis – setiap titik air mata kita kerana takut akan Allah SWT –adalah benteng kita daripada api neraka[17] ! - sambil berusaha pula bermacam-macam cara ; suami ambo dia redha temankan ambo untuk berceramah kerana mengharapkan Allah SWT sama-sama berikan dia ganjaran pahala menyeru pasal amalan riba ini : macam-macamlah cara ambo rasa bagi kita nak tunjuk dan bukti kepada Allah SWT; Tuhan Kita; Khaliq kita …akan semia’na wa’ato’na ini Insya Allah.

Jika tuan-tuan dan puan-puan takut kepada kena saman kerana menggunakan emas dinar dan dirham antara penjual dan pembeli – ambo nak beritahu sikit.

Ketahuilah bahawa perkara ‘legal tender’ ini adalah kena pada Kerajaan Pusat sahaja! Macam mana pulak ni ? Ketahuilah wahai kaum Muslimin dan Muslimat; IMF ini dia ikat kaki dan tangan Kerajaan Pusat jah ! Jadi ambo nak minta kita semua adek kakak supaya ‘BERHELAH’. Kita kena pasang strategi ‘berhelah’ jugak . Kita minta jangan sesiapa peniaga mengistiharkan ‘kedai ini boleh menerima bayaran dengan dinar dan dirham’! Jangan ! Tapi kita semua rakyat faham bahawa kedai Pak Nik tu jika dibayar dengan dinar dan dirham dia terima ! Macam tu. Jangan dok takut sangat pasal ‘legal tender’ ini-biar nya saman gak dulu - nak tengok? Orang Islam sendiri nak saman ko sama-sama Islam yang nak lari dari amalan riba?

Yang keduanya ambo nak beritahu. Sebenarnya seluruh dunia hari ini rakyat di semua Negara didunia telah pun melanggar ‘legal tender’ ni. Tuan-tuan dan puan-puan pun tahu – ramai kedai terima Dollar Amerika untuk pembelian oleh pelancung luar Negara ! Tak kena tangkap pun ? Kira tu dak langgar undang-undang ‘legal tender’ lah tu sebab sepatutnya dia diharamkan menerima wang selain daripada Runggit Malaysia kan ? Cumanya buat masa la ni susah sikit sebab harga ¼ dinar pun sudah bernilai RM 98 harga emas hari ini!


Tuan-tuan dan Puan-puan semoga Allah SWT memelihara kita dalam rahmatNya sekelian!

Ambo nak seru kepada semua Kaum Muslimin dan Muslimat untuk memiliki sekurang-kurang nya 40 keping dinar emas ini pada setiap keluarga ! Sebab? Sebabnya jika kita ada 40 keping zakat adalah 1 Dinar. Kalu boleh biarlah simpan lebih lagi . Dinar 40 keping ini tuan-tuan dan puan-puan bernilai harga emas hari ini ialah RM 12,000 lebih kurang. Satu lagi anjuran ambo ialah tolonglah kita semua hebahkan kepada semua Muslimin dan Muslimat diseluruh Negara kita akan perkara mengenai riba ini. Kalu tuan-tuan jadi imam masjid; berilah khutbah Jumaat mengenai riba . Kaum wanita pula, kitalah yang memegang ekonomi rumahtangga – hulurkan kepingan dinar dan dirham kepada penjual. Buatkan perolehan pembelian dinar emas cara ‘KUTU’ dengan member. Seluruh ofis di Kelantan ini boleh buat KUTU !! Pastikan semua urusan nikah kahwin anak beranak kita mesti menggunakan Dinar & Dirham kerana ia adalah perkara wajib ! Bayarlah zakat dengan menggunakan Dinar; ini juga perkara wajib !

7.0 Apakah perencanaan kita menghadapai keadaan ini ? Apa pelan-pelan tindakan kita jika ada ? Nak Menaikkan Daulah Islam cara mana dengan tidak menentang undang-undang negara kita ?

Tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati dan kasehi,

Ambo nak masuk gelanggang sekali lagi – ambo nak bawa kaum Muslimin dan Muslimat dalam majlis yang mulia ini sekelian untuk sampai kepada satu perhentian yang paling Mustahak untuk hari Insya Allah. Ambo nak mulakan dengan mengatakan bahawa perkara melarikan diri kita daripada amalan riba adalah perkara AGAMA kerana ianya berkait rapat dengan KEIMANAN kita ! Walaupun Negara kita dijajah dan perundangan Negara kita adalah tertakluk kepada PERLEMBAGAAN FEDERAL ; ambo rasa masih ada suatu ruang untuk kita membawa wadah dinar & dirham ini Insya Allah saudara-saudari kaum Muslimn dan Muslimat sekelian. Ada cara yang TIDAK MELANGGAR MANA-MANA PERUNDANGAN DALAM NEGARA KITA SEDIKIT PUN !

Ruang yang ambo nak kaitkan ialah sapertimana ambo berhujjah dengan Yang Di Pertua MAIK – Allahyarham Dato’ Nik Sulaiman Bin Nik Daud dahulu balik. Cuma kali ini kita tidak nak tubuhkan sebuah Bank Islam ! Kali ini ambo bawa cadangan untuk kita letakan wadah penempaan dinar dan dirham ini pada MAIK sendiri ! Isu mengembalikan dinar ini adalah ISU AGAMA maka wajarlah kita letakkan isu keagamaan ini ke bawah Duli Tuanku Al Sultan Kelantan sendiri ! Kita tidak payah melibatkan persoalan ‘legal tender’ kerana Kerajaan Negari Kelantan di bawah Al Sultan Kelantan tidak akan istiharkan dinar & dirham sebagai ‘legal tender’ menggantikan Ringgit Malaysia pun!

Tuan-tuan dan puan-puan semoga kita di tambahi rahmat oleh Allah SWT sekelian!

Kita boleh berhelah ! Kalau Dajjal dan Suku sakatnya membuat TIPU DAYA kepada kita umat manusia hari ini maka kita MESTI LAWAN dengan BERHELAH ! Cara gitu baru kena. Bank Negara dan Dato’ Awang Adek tak payah risau; jika rakyat Kelantan menggunakan dinar dan dirham untuk jualbeli pun kerana mereka hanya akan hanya berjualbeli secara persendirian sahaja. Mereka tidak istiharkan bahawa perniagaan mereka boleh menerima dinar & dirham sebagai pembayaran. Tapi KALU ORANG ISLAM ATAUPUN ORANG TIDAK ISLAM HULURKAN DINAR DAN DIRHAM UNTUK BAYARAN KITA TERIMALAH ! Inilah HELAH ambo nak ajar kepada kita semua. Yang menghalang kita daripada mempraktikkan berlepas diri daripada riba ini hanyalah diri kita sendiri jah tuan-tuan dan puan-puan! Duli Tuanku Al Sultan Kelantan ; Yb Dato Nik Aziz dan Dato Husam Musa Insya Allah telah selamat dah daripada disoal oleh Allah SWT dengan pelancaran Dinar ini wahai kaum Muslimin dan Muslimat ! Kita ini yang masih tidak terlepas selagi kita tidak menggunapakai dinar dan dirham dalam kehidupan seharian kita ! Oleh itu adalah menjadi kewajiban kita semua mendakwahkan mengenai riba ini wahai kaum Muslimin dan Muslimat!Dakwahlah kepada kawan kita, jiran kita dll

Tuan-tuan dan puan-puan semoga Rahmat Allah SWT berpanjangan dicurahkan keatas kita sekelian !

Untuk menaikkan DAULAH ISLAMIYYAH dinegeri yang bertuah ini kita perlu lakukan satu lagi perubahan ia itulah meletakan kembali Institusi BAITULMAL pada tempatnya yang HAQ ! Menegakkan institusi ini adalah seakan mendenyutkan kembali sebuah JANTUNG ! Dengan aliran darah yang mengalir semula dalam saluran darahnya; NADI DAULAH ISLAM Insya Allah akan HIDUP SEMULA ! Insya Allah dan Allah Hu Akbar !

Kita semua tahu bahawa pembahagian zakat ada peruntukan satu perdelapan ASNAF ZAKAT adalah diperuntukan untuk ‘FISABILLILLAH’! Bukan kah memeranggi riba adalah JIHAD FISABILILLAH ? Untuk merealisasikan perkara ini kita memerlukan hanya Perkenan Duli-Duli Yang Maha Mulia Al Sultan Kelantan dan Majlis MAIK.

Kita sebenarnya mesti menaikkan kembali taraf institusi BAITULMAL kepada taraf PERBENDARAHARAAN NEGERI KELANTAN tempatnya yang HAQ. Tapi perkara ini memerlukan banyak perubahan lagi sebab Penjajah British telah mengkotak-katikkan Negara kita. Perbendaharaan Negeri – adalah dibawah kawalan Kerajaan Federal walaupun zakat dan wakaf dibawah Al Sultan. Jadi langkah PERTAMA HANYALAH SEKADAR yang boleh kita laksanakan dulu. Jadi cadangan menaikkan taraf BAITULMAL yang kita cadangkan hanyalah sekadar – PEMANTAPAN INSTITUSI BAITULMAL DIBAWAH ENAKMENT MAIK 1966.. Walaupun kami di Jawatankuasa Teknikal Emas Dinar Kelantan memahami bahawa dari segi perundangan sebuah Perbendaharaan Negeri Kelantan yang sempurna tidak boleh diwujudkan kerana Akta Perlembagaan Negara hanya menghadkan perkara zakat dan harta wakaf sahaja dibawah penguasaan MAIK ; namun institusi BAITULMAL haruslah ditegapkan dahulu kerana ia adalah dibawah perundangan Enakment MAIK 1966 sahaja.

Penjajah Inggeris yang mengkotakkatikkan pentadbiran Negara kita. Mereka ingin memastikan supaya kita tidak akan mencapai matlamat yang kita tuju! Sebab itulah kita lah yang harus berhelah dan mencari helah untuk memperdayakan institusi BAITULMAL ini dibawah Akta MAIK 1966 semula . Pada pendapat kami dalam Jawatankuasa Teknikal Emas Dinar Kelantan - Akta MAIK 1966 sebenarnya adalah Akta penubuhan Institusi Baitulmal. Olehkerana tipu-helah pihak penjajah dan kemungkinan sebelum ini belum di jumpai dan difahami akan tipu-helah ini atau pun tak sedar pun ; maka tabungan zakat MAIK dan urusan wakaf di jadikan berasingan sehingga menamakan urusan wakaf sebagai Baitulmal dan urusan tabungan zakat dibawah MAIK. Inilah satu bukti yang cukup terang akan cara mereka membuat tipu helah terhadap kita umat Islam di negeri yang bertuah ini ! Cara yang kami cadangkan ialah supaya INSTITUSI BAITULMAL KELANTAN mengantikan nama institusi MAIK! Dan nama BAITULMAL yang mana menjaga harta wakaf sahaja ini kita jadikan sebahagian daripada institusi besar BAITULMAL Insya Allah! Jika kita katakan bahawa urusan wakaf ini adalah besar dan kompleks maka ianya boleh di jadikan sebagai satu badan khas menguruskan harta wakaf tapi HENDAKLAH diletak DIBAWAH KAWALAN BAITULMAL ! PEMANTAPAN INILAH YANG KAMI DI JAWATANKUASA TEKNIKAL DINAR EMAS KELANTAN USULKAN.

Walaupun nampak bahawa apalah yang boleh dicapai dengan perubahan pada nama sahaja ; tapi hakikatnya ialah daripada penyusunan semula tabung-tabung dan harta wakaf dalam institusi Baitulmal baru ini akan memberikan pentadbiran yang lebih baik sebelum kita akan membawa lain-lain perubahan dalaman pula Insya Allah. MENEGAKAN INSTITUSI BAITULMAL ini tersangat penting dalam MEMBAWA KEDAULATAN ISLAM diabad ini tuan-tuan dan puan – puan !

Insya Allah bila rakyat negeri Kelantan khasnya dapat keyakinan bahawa harta-harta zakat mereka dikendalikan dengan baik; dan dengan peruntukan AKTA CUKAI PENDAPATAN Negara yang memberi PENGECUALIAN kepada setiap warga Malaysia yang membayar ZAKAT; tabungan BAITULMAL KELANTAN akan mulai berkembang Insya Allah ! Itulah harapan kami di Jawatankuasa Teknikal Emas Dinar Kelantan ! Sangatlah berketepatan kita pada hari yang mulia ini dan dalam masa pelancaran dinar keputeraan ini hal perkara ini kita hebahkan agar kita semua faham akan duduk perkaranya. Insya Allah .

Perancangan selainnya ialah Insya Allah juga akan kami sedang usahakan membuat penempaan dirham pula kerana 95% daripada muamalah adalah dengan menggunakan dirham.

Tuan-tuan dan puan-puan semoga kita diberkati Allah SWT Sekelian,

Insya Allah kami di Jawatankuasa Teknikal Emas Dinar juga ada beberapa perancangan lain. Salah satunya ialah mengadakan sebuah Pasar atau ‘Market Place’ atau beberapa buah pasar yang boleh berjual/beli menggunakan dinar dan dirham –TANPA MELANGGAR UNDANG-UNDANG YANG SEDIA ADA PUN!. Dengan adanya pasarana ‘PASAR TERBUKA’ mungkin tak leh lagi buat di pasar terbuka wakaf Che Yeh pun – kita mula denga Pasar Buluh Kubu dulu Insya Allah.

8.0 Konklusi

WALAUBAGAIMANA PUN KEADAAN ; BIARLAH KITA MENGATAKAN ;
“ AKU MAHUKAN DINAR & DIRHAM KERANA ALLAH DAN RASULNYA MEMERANGGI DIRIKU SECARA ORANG PERSEORANGAN DULU” !! INSYA ALLAH DENGAN TERTEGAKNYA EKONOMI BERLANDASKAN DINAR & DIRHAM-DAULAH ISLAM KITA AKAN TERTEGAK KEMBALI! INILAH HARAPAN DAN IMPIAN KITA! ALLAH HU AKBAR!

Semoga usaha kita secara berpasukan ; Perkenan Duli-Duli Tuanku untuk meletakan perjuangan pengembalian Dinar & Dirham pada MAIK ; perkenan Duli-Duli Tuanku serta Kelulusan Majlis MAIK kepada menamakan Institusi MAIK kepada institusi BAITULMAL KELANTAN serta restu pemimpin-pemimpin kita Yg Bhg Dato’-Dato’ Nik Aziz dan YB Dato’ Husam Musa – yang merupakan Jaguh Mengembalikan dinar dan dirham ! ; serta kita Orang Perseorangan - boleh digembeling untuk kita sama-sama mengorak langkah dan mencari jalan keluar daripada amalan riba ini ! Insya Allah dan Allah hu akbar !! Apa-apa yang baik adalah dari Allah SWT jua; dan mana-mana yang kurang sempurna itu adalah dari kesilapan ambo sendiri . Wallah hu a’lam ! Wassalam wrt wbrt
[1] Constitution of Malaysia Part VI-Relation between Federal & The State -Chapter 1 Article 74 –9 th Schedule. Article 74
(1) Without prejudice to any power to make laws conferred on it by any other Article, Parliament may make laws with respect to any of the matters enumerated in the Federal List of the Concurrent List (that is to say, the First or Third List set out in the Ninth Schedule).
(2) Without prejudice to any power to make laws conferred on it by any other Article, the Legislature of a State may make laws with respect to any of the matters enumerated in the State List (that is to say, the Second List set out in the Ninth Schedule) or the Concurrent List.

[2] Nama Allah SWT salah satunya ialah : Al-Haqq - Yang Maha Benar
[3] 730 delegates from all 44 Allied nations gathered at the Mount Washington Hotel inBretton Woods, New Hampshire for the United Nations Monetary and Financial Conference. The delegates deliberated upon and signed the Bretton Woods Agreements during the first three weeks of July 1944.

[4] Exchange of gold to Dollar USD$35 setiap Ounce emas.
[5] The Vietnam War (also known as the Second Indochina War, the American War in Vietnam and the Vietnam Conflict) occurred from 1959 to April 301975 in Vietnam
[6] Meanwhile, in order to bolster faith in the dollar, the U.S. agreed separately to link the dollar to gold at the rate of $35 per ounce of gold. At this rate, foreign governments and central banks were able to exchange dollars for gold. Bretton Woods established a system of payments based on the dollar, in which all currencies were defined in relation to the dollar, itself convertible into gold, and above all, "as good as gold." The U.S. currency was now effectively the world currency, the standard to which every other currency was pegged. As the world's key currency, most international transactions were denominated in dollars. –Wikipedia


[7] IMF - Officially established on December 271945, when the 29 participating countries at the conference of Bretton Woods signed its Articles of Agreement, the IMF was to be the keeper of the rules and the main instrument of public international management. The Fund commenced its financial operations on March 11947
[8] In December, of 1913, (Please obtain and read thoroughly "The Creature from Jekyll Island"), a strange thing happened. Most of Congress was away for their Christmas break, but there were a few scalawags around, who made a quorum, and at the urging of bankers, passed the Federal Reserve Act, creating the Federal Reserve. The Federal Reserve is not 'federal,' and has no 'reserves,' in case you wondered. It is a privately owned bank, operated for a huge profit, and at the expense of every one of us.

[9] The Crusades were a series of military conflicts of a religious character waged byChristians during 10951291, most of which were sanctioned by the Pope in the name ofChristendom.[1] The Crusades originally had the goal of recapturing Jerusalem and thesacred "Holy Land" from Muslim rule and were originally launched in response to a call from the Eastern Orthodox Byzantine Empire for help against the expansion of the Muslim Seljuq dynasty into Anatolia.[2][3]

[10] The Rothschilds were supporters of the State of Israel, and Baron Edmond James de Rothschild was a patron of the first settlement in Palestine at Rishon-LeZion. In 1917Walter Rothschild, 2nd Baron Rothschild was the addressee of the Balfour Declaration, which committed the British government to the establishment in Palestine of a national home for the Jewish people

[11] The Mayer Amschel Rothschild family (often referred to simply as the Rothschilds), is an international banking and finance dynasty of German Jewish origin that established operations across Europe, and was ennobled by the Austrian and British governments.

[12] Fractional-reserve banking refers to the common banking practice of issuing more money than the bank holds as reserves. Banks in modern economies typically loan their customers many times the sum of the cash reserves that they hold.-Wikipedia

[13] Statistics BNM . Feb 2007 ‘Currency in circulation’ RM40.201juta sementara jumlah M1,M2 dan M3 ‘Monetary Aggregates RM773.709 juta. Ini bermakna wang kita telah di gandakan oleh mekanisma ‘fractional reserve banking’ melebihi 100 kali gandaan!

[14] Jerusalem in the Qur’an - Hadith Sahih; Muslim : Sunan Tirmidhi yang diriwayatkan al-Nawwas ibn Sam’an ‘

[15] Jerusalem In the Quran –Sheikh Imran Hosein ms 97
[16] The Wall Street Journal – 30-06-2003.The world money-Palavvo Mundell ‘ thus the global economy need a global currency - DEY’ Robert L. Bartley.
[17] How important is the prohibition of riba? –Sheikh Imran Hosein ms 49. ‘It is time we recognize that riba has now penetrated all of mankind. The least we can do is to weep over this; the greatest of all betrayals of Allah and His messenger by today’s believers – wep,that is, in fear of the punishment which awaits us. At least by weeping would bring some benefit in the hereafter : Abdullah ibnu Masoud reported Allah’s messenger as saying : ‘If through fear of Allah, tears –even to the extent of a fly’s head – fall from any believer’s eyes and drop on some part of his cheek , he will be kept away from hell by Allah’.

No comments:

Post a Comment