Pages

Powered By Blogger

Thursday, July 28, 2011


ISTIQOMAH DAN KAROMAH
Di naqal  dari: SYARAH KITAB HIKAM
(yang ditulis oleh Syiekh Imam Tajuddin Ibnu 'Atoilllah Al-Iskandarie)


Kata Syeikh Tajuddin Ibnu 'Atoillah dalam Syarah Kitab Hikam:
" Lazimkan menuntut Istiqomah, jangan engkau menuntut Karomah ".

Kefahama dan huraiannya:-

Allah lebih menghendaki seorang salik itu duduk dalam Istiqomah dan tidak menghendaki seorang salik itu menuntut Karomah. Adapun menuntut Karomah itu adalah dari tuntutan nafsu. Manakala menuntut Istiqomah itu adalah dari tuntutan Allah dan hak Allah. Utamakanlah kepada menuntut hak Allah dan jauhi dari menuntut hak nafsu.

Istiqomah;
1. Istiqomah bererti; seseorang itu hendaklh tetap pendiriannya zahir dan batin 
berada dalam maqom 'Ubudiyah. 'Ubudiyah bererti;
        1.1 Berbuat ta'at sebagai seorang hamba. Mana layak seorang hamba 
    meminta upah  daripada tuannya. Hendaklah melakukan ta'at 
    melulu tanpa mengharap apa-apa balasan. 
    Firman Allah: " Tidak aku jadikan jin dan manusia, melainkan 
    untuk meng'abdikan diri kepada Ku ".
        2.2 Maqom Ubudiyah juga bererti menuntut kita menjadi hamba Allah yang 
              Ikhlas dan Syukur..
        2.3 Hamba Allah yang Ikhls dan Syukur sentiasa dalam Qana'ah, iaitu hati 
              tidak bimbang  memikirkan tentang kecukupan dirinya disegi ma'isyah 
              atau sara hidup.

2. Kukuhkan agamamu dengan Wara'. Jadilah orang yang Wara' dengan mematuhi tuntutan Syari'at, Jika sekiranya menjauhi Syari'at kita jatuh Fasiq, kerana mengingkari perintah Allah dan Rasul. Jauhi dari melakukan maksiat, minta dijauhi dari yang haram, makruh dan syubahat.

3. Meminjam kata-kata Uwish al-Qorni: "Pohon rahmat Allah dalam berbuat ta'at, sertakan pengharapan dicelah-celahnya".
Huraiannya: Menuntut kita supaya sentiasa mengharap rahmat Allah ketika kita melakukan ta'at. Jika Allah menghendaki kita menebus segala ni'mt yang kita kecapi ketika hidup diatas dunia ini dengan nilai ta'at kita, niscaya tidak seorang pun yang akan dapat membayarnya, walau pun sekadar hanya untuk menebus satu nikmat mata sahaja.   Sebabnya ialah,  ta'at itu adalah kewajipan hamba. Akan disiksa siapa yang ingkar, namun diberi pahala siapa yang melakukannya. Disinilah letaknya pengharapan untuk memperolehi rahmt Allah dan terhadap janji Allah : "Allah  tidak menyalahi janji" dan kemuliaan sifat Allah yang  Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih.

4. Orang salik yang tidak Wara' umpama orang yang rapuh agamanya.

Ada sebuah hikayat dipetik daripda Wahab ibnu Munbah :-
Seorang lelaki daripada Bani Israil berpuasa 70 tahun lamanya. Dia hanya berbuka pada 2 hari raya dan 3 hari tasyriq. Dia berdo'a mohon kepada Allah supaya diperlihatkan kepadanya bagaimana cara syaitan menyesatkan manusia.
Setelah beberapa lama dia memohon tapi masih tidak diperkenankan oleh Allah. Lalu dia pun berkata: "Wahai Tuhan, alangkah baiknya jika engkau dapat memperlihatkan kepadaku segala keaibanku dan segala dosa-dosaku". Dengan izin Allah. tiba-tiba dia dapat melihat begitu ramainya tentera Iblis mal'un yang terdiri dariada syaitan-syaitan memenuhi segenap pelusuk bumi hingga tiada kelihatan seorang manusia pun diantaranya.
Dia pun berkata: "Wahai Tuhan bagaimana aku dapat selamat?"
Lalu dia mendengar suara berbunyi: " Dengan Wara'  "

Wallahu a'lam. Li 'ala-sawab, wa billahi taufiq wal-hidayah,
Wassalamu'alaikum warahmatullahi wa barakatuh

No comments:

Post a Comment