Saturday, February 18, 2012

Mishary Rashid Alafasy - Surah Mulk (The Dominion)


سـورة الملك
SURAH AL-MULK
Assalamualaikum warahmatullahi wa barakatuh,
Saya ingin berkongsi dengan anda sekalian tentang Surah Al-Mulk iaitu suatu surah yang patut menjadi hafalan, penghayatan, dan amalan harian bagi kita semua. Sebagai seorang Islam yang beriman dan beriktiqad Ahli Sunnah wal Jamaah, wajib percaya adanya siksa kubur. hari kiamat, hari kebangkitan, hari mahsyar, hari hisab, hari pengadilan, titian sirot, syurga dan neraka dan sebagainya. Semua ini adalah dalam lingkungan beriman kepada perkara-perkara yang ghaib.
Semua orang takut mati. Semua orang takut akan siksa kubur.  Jika kita mendapat musibah didunia, kita boleh dengan mudah minta tolong orang lain. Jika kita didalam kubur, siapakah yang akan menolong kita ?. Pastinya tiada siapa yang akan menolong kita. Tanggunglah sendiri apa juga akibat yang akan kita terima jika kita tidak mempunya bekalan yang cukup. Nak minta tolong Nabi Muhammad s.a.w., Baginda tidak dapat menolong kita ketika didalam kubur. Syafaat Nabi Muhammad (saw) hanya berlaku semasa di hari mahsyar kelak, bukan semasa kita  didalam kubur. Tidak kita ketahui berapa lama pula kita akan berada didalam kubur sebelum tibanya hari qiamat.
Namun, Allah Maha Pengasih dan Maha Penyayang terhadap hamba-hambaNYA. Masih ada pengharapan, iaitu syafaat beramal dengan al-Quran.
Pada ruangan ini saya hendak mewar-warkan khusus tentang fadhilat beramal dengan Surah Al-Mulk.
Ibnu Abbas telah menceritakan yang maksudnya lebih kurang begini:
“Pernah berlaku satu peristiwa, beberapa orang  sahabat, telah berkhemah di atas satu kawasan lapang dan bermalam disitu, Mereka tiba-tiba mendengar suara orang membaca Surah Al Mulk dari mula hinggalah akhirnya. Suara itu datangnya dari dalam tanah. Mereka kehairanan dan saling bertanya diantara satu sama lain. Tahulah meraka bahawa mereka sedang berada diatas perkuburan, lalu merekapun segera meninggalkan tempat itu “
“Hal itu telah diadukan kepada Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam. Maka Baginda pun bersabda yang bermaksud: “Surah Al Mulk adalah surah pelepasan kerana ia menghindar pembacanya dari azab neraka.”
1.Pada satu ketika lain Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: “Surah Al Mulk itu memelihara dan menghindarkan pembacanya dari azab kubur.”
2. Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah Shallallhu ‘Alaihi Wasallam telah bersabda  yang bermaksud: “Sesungguhnya di dalam Al-Quran itu, ada satu surah yang mengandungi 30 ayat, ia mensyafaat bagi lelaki yang membacanya. Maka selagi mana lelaki itu membacanya, selagi itu pula ia meminta ampun unutuknya. Surah itu ialah surah Al Mulk.”
3. Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: “Surah Al Mulk itu memelihara dan menghindarkan pembacanya dari azab kubur.”
4. Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: “Aku sungguh gembira, sekiranya orang mukmin sentiasa membaca surah Al Mulk sehingga seolah-olah surah itu tertulis di dalam hatinya.”
5. Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: “Barangsiapa membaca surah Al Mulk setiap malam, diselamatkannya dari azab kubur.”
6. Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: “Sesiapa membaca surah Al Mulk pada mana-mana malam, nescaya datang ke dalam kuburnya surah itu sebagai pengganti untuk bersoal jawab dengan Munkar Nakir.
7. Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya di dalam Al-Quran ada satu surah yang terkandung 30 ayat. Surah itu ialah surah Al Mulk. Ia akan datang kepada pembacanya untuk membantu bersoal jawab dalam kubur sehinggalah mereka selamat masuk ke dalam Syurga.”
8. Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: “Sebahagian surah-surah yang terdapat di dalam Al-Quran ada satu surah yang mengandungi 30 ayat. Surah itu surah Al Mulk. Ia memberi syafaat kepada orang yang membacanya dengan mengeluarkannya dari Neraka dan memasukkannya ke dalam Syurga.”
9. Ulama berkata: “Sesungguhnya Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam tidak akan beradu melainkan setelah membaca surah As Sajadah dan surah Al Mulk.”
10. Ulama berkata: “Sesungguhnya surah Al Mulk itu melepaskan pengamal-pengamalnya dari kena azab. Ia akan bersoal jawab pada hari kiamat di hadapan tuhan kerana menuntut kelepasan mereka yang mengamalkannya dari azab api Neraka.”
11. Saiyidina ‘Ali berkata: “Barangsiapa mengamalkan surah Al Mulk, nescaya dibawa ia pada hari kiamat di atas sayap malaikat serta wajahnya yang cantik seperti nabi Yusuf.”
12. Ulama berkata: “Sesungguhnya surah Yasin dan surah Al Mulk terkandung di dalamnya beberapa rahsia dan kelebihan. Barangsiapa mengamalkannya nescaya ia mendapat rahsia-rahsia dan kelebihan-kelebihan itu serta dikasihi oleh semua manusia dan juga menjadi hebat pada pandangan makhluk.”
13. Saiyidina ‘Abdullah bin Abbas berkata: “Barangsiapa membaca surah Al Mulk sehingga menjadi amalan wiridnya, nescaya ia mendapat bantuan dan pertolongan dari Allah Subhanahu wa Ta’ala di dalam kuburnya. Bila azab hendak datang ke pihak kepala, terdengar satu seruan: “Tidak boleh engkau datang ke pihak kepala ini kerana ada surah Al Mulk.”
Begitulah keadaanya bila azab itu pergi ke pihak kaki dan perutnya. Kerana semuanya mengandungi surah Al Mulk.”
Wallahu a’alam bissawab.
Marilah kita beramal denganya mudah-mudahan kita beroleh manfaat daripadanya.   Amin  !

No comments:

Post a Comment