WAKTU-WAKTU YANG KITA DILARANG SOLAT
HADITH SAHIH MUSLIM MENGENAI:
RASULULLAH S.A.W. MELARANG KITA MENGERJAKAN SOLAT SESUDAH SOLAT
‘ASAR & SUBUH DAN KETIKA MATAHARI SEDANG MENYINGSING & TERBENAM.
عَنْ أَبىِ هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُوْلَ اللهِ
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ نَهَى عَنِ الصَّلاَةِ بَعْدَ الْعَصْرِحَتَى
تَغْرُبَ الشَّمْسُ وَعَنِ الصَّلاَةِ بَعْدَ الصُّبْحِ حَتَّى تّطْلُعَ الشَّمْسُ .
Yang bermaksud: “ Dari Abi Hurairah r.a. katanya: “ Bahawasanya
Rasulullah s.a.w. melarang mengerjakan solat sesudah ‘Asar sehingga telah
terbenam matahari dan sesudah Subuh sehingga telah naik matahari “.
عَنِ ابْنِ عُمَرَ أَنَّ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى
اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لاَيَتَحَرَّى أَحَدُكُمْ فَيُصَلِّ عِنْدَ
طُلُوعِ الشَّمْسِ وَلاَ عِنْدَ غُرُوْبِهَا .
Yang bermaksud: “ Dari
Ibni ‘Umar r.a. katanya: “ Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. telah bersabda:
Jangan seseorang kamu mengintai-intai (waktu) untuk mengerjakan solat ketika
matahari sedang terbit dan ketika sedang terbenamnya ” .
عَنْ عُقْبَةَ
بْنِ عَامِرٍ الْجُهَنِّيِّ يَقُوْلُ ثَلاَثُ سَاعَاتٍ كَانَ رَسُوْلُ
اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ نُصَلِّى فِيْهِنَّ أَوْ أَنْ نَقْبُرَ
فِيْهِنَّ مَوْتَانَا حِيْنَ تَطْلُعُ اَلشّمْسِ بَازِغَةً حَتَّى تَرْتَفِعَ
وَحِيْنَ يَقُوْمُ قَائِمُ الظَّهِيْرَةِ حَتَّى تَمِيْلَ الشَّمْسُ وَحِيْنَ
تَضَيَّفُ الشَّمْسُ لِلْغُرُوْبِ حَتَّى تَغْرُبَ .
Yang bermaksud: “ Dari ‘Uqabah bin ‘Amir Al-Juhanni r.a. telah berkata
ia:: “ Tiga waktu,
Rasulullah s.a.w. telah melarang kami mengerjakan solat didalamnya atau
menguburkan mayat, iaitu; ketika matahari sedang terbit hingga agak meninggi,
ketika matahari sedang tepat dipertengahan langit hingga ia condong dan ketika
matahari sedang hampir terbenam hingga ia terbenam habis” .
Allah berfirman:“Sesungguhnya
solat itu adalah suatu ketetapan yang diwajibkan atas orang-orang yang beriman
(mengikut) waktu-waktu yang telah ditentukan ” .
(An-Nisaa’ : 103)
(An-Nisaa’ : 103)
Ada waktu yang wajib, ada waktu yang sunat dan ada
waktu yang makruh dan dilarang kita mengerjakan solat.
WAKTU-WAKTU YANG DILARANG MENGERJAKAN SOLAT IALAH:
1.Selepas solat Subuh
sehingga matahari terbit.
2.Ketika matahari sedang menyingsing naik sehingga
2.Ketika matahari sedang menyingsing naik sehingga
matahari itu terbit sepenuhnya (lebihkurang 28 minit).
3.Ketika matahari berada tegak tepat diatas kepala sehingga
3.Ketika matahari berada tegak tepat diatas kepala sehingga
matahari condong ke ghurub (barat).
4.Ketika matahari berwarna kuning sehingga ia terbenam.
5.Sesudah solat asar sehingga matahari terbenam.
4.Ketika matahari berwarna kuning sehingga ia terbenam.
5.Sesudah solat asar sehingga matahari terbenam.
Pengecualian:
Kecuali solat-solat yang bersebab, iaitu
1. Solat gerhana matahari.
2. Mengqadha’ solat.
3. Solat Janazah.
4. Solat-solat yang dikerjakan ketika menghadiri solat Juma’at.
5. Solat yang dilakukan di Masjidil Haram.
ULASAN
Ramai orang keliru
tentang larangan solat selepas solat Subuh dan ketika waktu Isyrak. Ramai pula
yang kurang memahami apa yang dimaksudkan dengan ISYRAK dan istilah
TATLU’-ASY-SYAMS atau TULUU-‘ISY-SYAMS (matahari sedang terbit).
ISYRAK atau SYURUK
ialah keadaan ketika matahari sedang terbit di ufuk timur selepas habis waktu Subuh.
Mengikut kiraan falak, matahari mengambil masa kira-kira 28 minit untuk
menyingsingkan seluruh badannya dan terbit meninggi di ufuk timur
Kebanyakan masjid mempunyai alat paparan Jadual Waktu Solat elektronik
yang canggih yang boleh mengeluarkan nada isyarat masuk waktu solat setiap
waktu, termasuklah waktu IMSAK dan
ISYRAK.
Untuk makluman
muslimin muslimat, isyarat itu sebenarnya terbahagi kepada dua:
Pertama; isyarat SURUH, & Kedua; isyarat LARANG.
Pertama; isyarat SURUH, & Kedua; isyarat LARANG.
Apabila isyarat waktu
solat berbunyi, bererti kita diSURUH azan dan solat.
Tetapi apabila isyarat
IMSAK berbunyi bererti kita diLARANG makan jika kita akan berpuasa pada hari
itu. Begitu juga apabila isyarat ISYRAK berbunyi, itu bererti kita diLARANG mengerjakan SOLAT
kerana matahari sedang menyingsing naik yang mengambil masa kira-kira 28 minit
baru terbit sepenuhnya dari ufuk timur.
Hadith Sahih Bukhari
Jilid 1 , bil.330:
Ibnu Umar r.a.mengatakan bahawa Rasulullah s.a.w.
telah bersabda; “Jangan kamu solat ketika matahari
sedang terbit dan jangan kamu solat ketika matahari sedang terbenam “.
Disebabkan kekeliruan
ini, apabila masuk waktu ISYRAK, terdapat orang yang bangun mendirikan sunat
ISYRAK. Sedangkan ketika itu adalah saat yang ditegah. Oleh itu harus difahami
bahawa tiada solat sunat ISYRAK melainkan setelah masuk waktu DHUHA. Disegi
istilah, bila dikatakan solat sunat ISYRAK, itu adalah merujuk kepada sunat
DHUHA jua, sebagaimana solat Fajar itu adalah merujuk kepada solat Subuh jua.
Walaupun kita ditegah
mendirikan solat pada waktu tersebut, namun kita sangat digalakkan melakukan
ibadat-ibadat yang lain seperti membaca Al-Quran, bertasbih, bertahmid,
berzikir, beristighfar, beri’tikaf di dalam masjid, muhasabah diri dan
lain-lain yang sangat besar fadhilatnya,
Wallahu a’alam bissawab.
No comments:
Post a Comment