Pages

Powered By Blogger

Saturday, April 14, 2012

[Muzakarah Ulama] Syiah: Kesannya Terhadap Masa Depan Islam Serantau



ABDULLAH BIN SABA’ (Yahudi penaja fahaman Syiah)
Abdullah bin Saba' (atau Ibnu Saba') adalah seorang pendita Yahudi dari Yaman yang telah menyusup masuk dikalangan orang-orang Islam bersama-sama beberapa orang yang lain pada zaman Khalifah Sayyidina Othman r.a. Beliau memeluk Islam dan datang ke Madinah dengan harapan diberi jawatan. Apabila hasratnya tidak dilayan, dia tidak berpuashati, lalu merancang makar stratergi jahat untuk menghancurkan Islam dan Umat Islam dari dalam.    
     Mula-mula beliau menghasut orang-orang diluar Madinah yang pro-Syyidina Ali kwjh. agar bangun bersatu menentang kepimpinan Khalifah Sayyidina Othman r.a. yang dikatakan tidak layak menjadi Khalifah. Beliau telah mencipta banyak hadis-hadis palsu tentang keunggulan Sayyidina Ali kwjh. dan hadis-hadis yang memburuk-burukkan Sayyidina Abu Bakar r.a., Sayyidina Umar r.a. dan Sayyidina Othman r.a. yang dikatakan telah merampas kehilafahan selepas kewafatan Rasulullah SAW yang sepatutnya disandang oleh Sayyidin Ali kwjh.  Dakyah beliau telah berjaya mencetuskan penubuhan gerakan “Syiah” yang mengagung-agungkan Sayyidina Ali kwjh. sehingga ketaraf melebihi Nabi dan mengkafirkan para Sahabat Nabi SAW yang lain.
      Kemuncak kepada cetusan gerakan “Syiah” ini ialah, berlakunya peristiwa Khalifah Sayyidina Othman r.a. dibunuh.
     Pada zaman Khalifah Sayyidina Ali kwjh. pula, beliau telah mencetuskan satu  fitnah besar melalui hasutan  “adu-domba” yang sangat licik, sehingga mencetuskan perang saudara diantara orang-orang Sayyidatina Aisyah dengan tentera Khalifah Sayyidina Ali kwjh. pada peristiwa hitam yang dipanggil "Perang Jamal" dan mencetuskan fitnah dan "adu-domba" sehingga mencetuskan perang saudara diantara pengikut Muawiyah dengan tentera Khalifah Sayyidina Ali kwjh. yang dipanggil  "Perang Sifin".   (wallahu a'alam bissawab).
Oleh:  Khalid Assalabaqie
24 Rabiul Akhir 1433 / 16 April 2012.


2 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. ABDULLAH BIN SABA’ (Yahudi penaja fahaman Syiah)
    Abdullah bin Saba' (atau Ibnu Saba') adalah seorang pendita Yahudi dari Yaman yang telah menyusup masuk dikalangan orang-orang Islam bersama-sama beberapa orang yang lain pada zaman Khalifah Sayyidina Othman r.a. Beliau memeluk Islam dan datang ke Madinah dengan harapan diberi jawatan. Apabila hasratnya tidak dilayan, dia tidak berpuashati, lalu merancang stratergi jahat untuk menghancurkan Islam dan Umat Islam dari dalam.
    Mula-mula beliau menghasut orang-orang diluar Madinah yang pro-Syyidina Ali kwjh. agar bangun bersatu menentang kepimpinan Khalifah Sayyidina Othman r.a. yang dikatakan tidak layak menjadi Khalifah. Beliau telah mencipta banyak hadis-hadis tentang keunggulan Sayyidina Ali kwjh. dan hadis-hadis yang memburuk-burukkan Sayyidina Abu Bakar r.a., Sayyidin Umar r.a. dan Sayyidina Othman r.a. yang dikatakan telah merampas kehilafahan selepas kewafatan Rasulullah SAW yang sepatutnya disandang oleh Sayyidin Ali kwjh. Dakyah beliau telah berjaya mencetuskan penubuhan gerakan “Syiah” yang mengagung-agungkan Sayyidina Ali sehingga ketaraf melebihi Nabi dan mengkafirkan tiga Sahabat Nabi SAW yang lain.
    Kemuncak kepada cetusan gerakan “Syiah” ini ialah, berlakunya peristiwa Khalifah Sayyidina Othman r.a. dibunuh.
    Pada zaman Khalifah Sayyidina Ali kwjh. pula, beliau telah mencetuskan satu fitnah besar melalui hasutan “adu-domba” yang sangat licik, sehingga mencetuskan perang saudara diantara orang-orang Sayyidatina Aisyah dengan tentera Khalifah Sayyidina Ali kwjh. pada peristiwa hitam yang dipanggil "Perang Jamal" dan mencetuskan fitnah dan hasutan sehingga mencetuskan perang saudara diantara orang-orang Muawiyah dengan tentera Khalifah Sayyidina Ali kwjh. dalam peristiwa hitam yang dipanggil "Perang Sifin". (wallahu a'alam bissawab).
    Oleh: Khalid Assalabaqie
    24 Rabiul Akhir 1433 / 16 April 2012

    ReplyDelete